See The World Through My Eyes: 2015

My Sugar Glider

Sugar Glider..apakah itu?

Ntah cemana aku terjebak untuk mula mengenali dan memelihara spesies haiwan comel nih. Kalau sebelum ni ada sorang kwn kt skool membela binatang ni tp aku xberminat sgt pon...sbb mngkin harga nya mahal.. so xda dlm bajet bulanan atau tahunan utk membeli seekor sugar glider.

Kisah rentetan perjalanan asal usul membeli sepasang sugar glider

Asalnya bermula dgn cerita boring. Boring petang itu, pergi ke tapak ekspo di Kuala Perlis bersama en hasben. Situ ada ekspo pertanian , bermacam2 jenies spesies pokok ada dijual. dan juga terselit sebuah kedai yang menjual haiwan eksotik..ada iguana, ada ulaq sawa n en hasben terbekenan untuk membeli seekor kura2 yg comel. Namun aku x menggalakkan beliau utk membeli kura2 tersebut walaupun kosnya hanyalah RM10.  then aku nampak wajah hampa en somi. rilek..rilek..kura-kura je pun..belambak lg kat kdai pets. nanti aku belikan..' bisikku di dalam hati'.. lalu kami pulang begitu saja..

Keesokan malam harinya, en hasben mengajakku utk ke tapak ekspo tersebut buat kali kedua. Kali ni ada matlamat utk membeli kura2..kali ni aku bersetuju sbb aku dh xsanggup nk tgk en hasben menanggung duka dan nestapa akibat hajat xkesampaian membeli seekor kura2.. (ayat tokok tambahan bagi nampak lebih melankolik dan tragis)..

Sampai je kt tapak ekspo, dah tertulis bukan rezeki kami di situ, cengkerang kura2 pun xnmpak..sbb nak parking pun xboleh.. org ramai dan sangat jemm... otak pun jemm memikirkan nk parking kat mana.. disebabkan kedua2 otak kami pun jem sekali lagi kmi pulang dgn tangan kosong tanpa kura-kura. Sekali lg jelas wajah hampa en somi ditambah lg dengan aku yg membebel dengan dialog merungut..'  abang ni..macam xlogik ja nak bersesak2 parking, nk jalan jauh semata2 nak beli kura2 SEKOQ!........en somi diam membisu 1001 bahasa.

Then di keheningan malam aku diselubungi rasa bersalah, rasa kesian dan rasa berdosa dgn bebelan itu td.. dan KEESOKAN HARINYA... aku sendiri bertekad nak p beli kura2 itu khas buat suamiku yang dicintai.. (nampak x di situ betapa mithalinya aku).. kali ni aku pergi mengajak kakak kesayangan ku Kak Suhaila, sbb en somi kerja. jadi aku nk buat SUPRISEEE....

ARGHH..... tensyen mmg xda rezeki betul..kura2 tu dah sold out.tapi hari ni ternampak Sugar Glider yg sangat jinaaak.. kak aku dh mmg bekenan sgt tp aku kata sabaq.. 'hang ada ka lani duit 200 hinggit lani? sekoq 200 oiiii...NAAALLAA..ok stop. xjadi beli.Pulang dgn 3 kali hampa dan kukhabarkan pada en somi tentang suprise ku yg xjadi tuh...

                               
Tapi malam tu aku xboleh tido dah mula terkena aura SG kt ekspo tu.. dah mmg terbekenan sgt nk beli. lalu aku mencari di Mudah.com utk membeli SG yang lebih murah.. banyak jugak yang ada dan semua aku msg tanya. sepanjang malam aku men survey..Hmmm.. sememangnya aku seorang yg sgt sukar membuat keputusan, tambah2 berkaitan dgn bajet membajet nih...

Selama 3 hari jugaklah survey punya survey dan akhirnya aku dh buat keputusan utk membeli sepasang SG yg dijual oleh seorang pemuda dr Kuala Kedah. Pada 9 Jun 2015, maka bertolaklah aku ke Kuala Kedah dgn kak su utk membeli sepasang SG.

Sesampainya di sana, alahai jatuh hati tgk sepasang SG jantan betina yg comel sgt berusia 4 bulan. Adik tu jual sepasang dengan harga RM350 dapat sekali sangkar kecil, pouch bag, makanan dan sedikit aksesori.. Ok la tu..haha...Setelah story panjang berjela ini dia

MEMPERKENALKAN..

DEWI DAN RADEN.. (aku ambil nama ni sbb masa tu tgk hot cerita DIA ISTERI LUAR BIASA)..
Ini la WIWI dan DEN DEN
gayat la pulakk
wahh.. dapat buai baru..bau kedai g
apa aku nak buat nihh
Lenguh ketiak uiii..
Jemput makan milky ball
Best la tidoq dalam ni..habih la tudung aku ...waaa
hAI.. sweet x kami mkn berdua??
Cubaan menebuk air lengkong
sangkaq lama yang kecil
arghh... ngantuknyaaa..
Sangkaq baru kami.. luas dan byk mainan


Untuk kisah selanjutnya, fiil2 Wiwi dan Den Den akan aku story kan nanti..Dah lenguh menaip. Nak g breakfast jap. Bubbyee

Cara-cara menyimpan duit

So today, sambil2 melayan lagu modern Talking yg best membestkan..hati tersentuh2 mendengar bait2 lagu.. ' i know my dreams it will come true'...yupp.. mmg banyaklah aku punya dream khususnya nk membawa diri ke seluruh pelosok dunia, insyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari Nya..moga2 impianku ini akan menjadi kenyataan..insyaAllah...aminn.. 

So, memandangkan aku ni hanyalah golongan pertengahan, yg mna bukanlah dari kalangan org kaya raya..yg punyai wang berjuta2 hinggakan x tahu nk buat apa duit yg ada...i'm not that type of that person...so sangatlah penting untuk manage duit supaya boleh jugak berjalan2 ke obersee, at least bolehlah release tension n as a rewards 4 myself after having a very tiring working over the year.. COII..Inglish pepulak tetibe..grammar pun tunging terbalik..

Ni ha..di sini aii nak berkongsi beberapa cara/ tips bagaimana untuk menyimpan wang yang telah dipraktikkan.Kemon bebeh, u ll pun boleh try test cara aii ni..
Look below: 

1. Saving 20% daripada gaji

Every month, dapat gaji yang xseberapa itu, ku saving kan sesiap di akaun Tabung Haji sebanyak 20% daripada jumlah pendapatan melalui potongan slip gaji. duit saving ni xkan kuambil kecuali betui2 TERDEHAK (org Perlis kata) atau erti kata lain sangat MEMERLUKAN.

Tips: Kalau boleh, melalui cara pertama, korang@hampa dipersilakan buat demikian dengan disiplinnya dengan membuat potongan gaji. Set kat mind yang duit gaji yg korang ada tu adalah hanya di akaun bank saja.. Jangan duk gatai2 cuba mencucuk duit simpanan Tabung Haji melalui Bank Rakyat, Bank Islam.. Baik xpayah duk buat potong gaji..Potong jari terus supaya xla terus mencucuk-cucuk mesin ATM utk mengeluarkan duit simpanan TH.. Ada paham ka?

2. Asingkan duit keperluan untuk bayar hutang.

Of course dapat saja gaji, teruih asingkan duit yang perlu bayaq hutang, contohnya hutang PTPTN, hutang kereta, rumah, atau apa2 saja yg aku berhutang. AWAS ya.. jangan suka tangguh daripada membayar hutang, rezeki akan jadi semakin sempit, jelaskan hutang dengan disiplinnya..insyaAllah hidup kita akan lebih berkat.Rezeki lain akan datang...

Tips: Asingkan juga duit2 keperluan lain contohnya topup RM50 (utk sebulan), anggaran minyak kereta ke tempat keja, bayaran internet, makan harian n lain2...kemudian barulah berbelanja dengan senang hati, xkisah lah nak beli apa asalkan pandai adjust supaya x kopak seminggu sebelum gaji.

3. Bayar lebih
Istilah bayar lebih ni maksudnya lebih advance. Contohnya bil air RM 27, bayar lebih RM 50. Untung2 nanti bulan depan kalau bil RM 28.. kan dah xpayah bayar?samalah juga macam hutang kereta, PTPTN,  kalau boleh bayarlah lebih..supaya hutang2 ni habis cepat. Aku memegang konsep 'bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Lega rasanya kalau xda bebanan hutang ni.

Tips: Buat list  budget bulanan, kalau ada duit lebih boleh bayar lebih untuk hutang2 semua ni. atau kalau bulan tu dapat bonus, bayar dulu hutang2 yang ada. Jangan pula p menambah hutang dengan membeli perabot2 yang baru dan sebagainya.

4. Berjimat cermat

Jimat cermat bukan bermaksud kedekut, org perlis kata 'kedekut taik idung masin'..Pelik no, sampai sekarang aku xdapat tau apa kaitannya sifat kedekut dgn taik idung yg masin?? iyarkkk...wekk.. geli oii..OK, berjimat cermat ni mksudnya kalau dapat gaji pada 25hb janganlah dihabiskan pada hari tu jugakk atau di tengah bulan dah kopak sopak..kena lah beringat, jgn dapat2 gaji terus pekena secret recipe 5 hari 5 malam xkenyang2!.. mau sekali tu stakat lepas gian tu xpala..jgn melampau2 dlm berbelanja..besederhanalah..sama jugaklah bagi kaum Hawa yg suka sangat menyoppingg pantang dapat gaji teruih terbeliak biji mata mau2 ada SALE.. haha..mujoq la aku ni jenih iman tebal sikit dari kulit bawang..susah nk terjebak dgn aktiviti yg paling disukai wanita2 ini... mudah2an istiqamah.

Tips: Untuk nak berjimat cermat senang saja, jangan selalu keluar ke tempat2 shopping yang best2, kekerapan ke tempat2 sebegitu akan menjadikan poket kering sekering2 nya. Fikir sebelum membeli sama ada itu keperluan atau kehendak semata2.

5. Menabung setiap hari

Langkah 4 ni juga sebenarnya sedikit sebanyak banyak memberi manfaat. cukuplah sekadar sehari RM2. Kalau setahun?? dah RM 720 kan?? lepas dah ni tambang flight pergi balik ke Indonesia utk 2 orang..memang nampak sikit 2 hinggit tu..tapi sikit2 tu la jadi bukit..rasa sangat berbaloi2.Kalau mcm aku ni mmg x suka simpan duit syiling dalam dompet, so terus masukkan dalam tabung ayam.duit kertas pun lebih2 masukkan ja. tapi ingat , mesti buat EVERYDAY.

Tips: Untuk mengelakkan daripada terlupa nak menabung setiap hari, belilah tabung yang cantik2 n letak la kat satu sudut yang senang dilihat supaya lebih termotivasi nak menabung tiap2 hari. Kalau aku punya tabung biasa2 aja, janji masyukk,, :)

6. Bersedekah/ memberi zakat

Cara yang paling penting untuk menjemput rezeki adalah BERSEDEKAH. Jangan lupa beri sedikit dari hasil pendapatan kita kepada ibu bapa atau kepada sesiapa yang memerlukan.Jangan kedekut atau berkira. mmg betul kata orang, semakin kita bersedekah semakin murah rezeki kita. InsyaAllah..

Tips: Asingkan duit untuk ibu bapa setiap kali gaji pada setiap bulan, jangan putus memberi hasil pendapatan kita kepada mereka. Alhamdulillah, kita akan sentiasa merasa cukup dengan gaji yang kita ada walaupun gaji kita sederhana saja.Sedekah di masjid yang dikunjungi dan selalunya peluang bersedekah ni terbuka luas bila kita pergi ke pasar malam, pasar tani. Ada golongan yang memerlukan. dan sedekah yang paling mudah adalah ; KEEP THE CHANGE'.. Xpayah la ambil balance duit yg 40 sen, 50 sen.. anggaplah itu rezeki mereka..Jangan lupa zakat pendapatan. Buat potongan gaji untuk pembayaran zakat pada setiap bulan.

OK, senarai di atas adalah cara mudah yg telah aku praktikkan untuk menyimpan wang. Maklumlah, semua orang ada impian masing2, nak pergi umrah, nak bina rumah, nak beli kereta. nak buat itu ini, so apa yang penting adalah rezeki yang kita cari tu adalah halal. Itu yang paling penting, dan kemudiannya kita kena percaya rezeki yang kita ada bukan hak kita saja tapi sebaliknya hak orang lain juga. Di samping sibuk menyimpan duit, jgn lupa tanggungjawab untuk memberi juga. INSYAALLAH ..Allah akan memberi rezeki yang berganda kepada kita..aminn




Santai di Putri Ayu Chalet, Yan Kedah.


Salam...Entri kali ni lain dari yang sebelum2 ni.. bukan bercuti, tapi ber 'kem' bersama bebudak pengawas n rakan2 sejawat.. Cuma 1 hari setengah jer, tapi cukuplah..memang agak ponat namun dapat pengalaman baru bercuti bersama bebudak ni.. Best juga sebenarnya..Maklumlah tanggungjawab menjaga 70 pelajar pengawas bersama 6 guru yang lain bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Aku bertugas sebagai AJK Pendaftaran, AJK Dokumentasi, Memasak dan Mengawal segala aktiviti di sepanjang kem..

26 Mei 2015, bertolaklah kami ke Putri Ayu chalet yang terletak di Yan Kedah, area Gunung Jerai la jugak. Kami turut sama mengiringi budak menaiki 2 buah bas sekolah. Cuma aku berdua dgn Cikgu Hayati, Perjalanan lebih kurang 1 jam 40 minit dari SMK Sanglang terchenta..sampai kira-kira jam 10 pagi di sana, slot pertama bermula.. Sebenarnya banyak kem yang terdapat di sekitar Yan ni.. Kalau dulu masa aku muda remaja, ber kem di Kem Kenari. Tempatnya boleh tahan best. But ok la Putri Ayu ni..Tempat yg chantek n sesuai sgt buat kem dan bersantai sebab suasananya menenangkan..Namun agak kureng sedikit dari aspek pengurusan. Yg tu xmau storylah di sini..

Anyway, layan je gambar aktiviti bebudak pengawas ni..
Sesi pendaftaran sebelum naik bas
First time pakai selendang..jadi ke idokk?? haha
Kena berjalan sejauh 1KM juga untuk sampai ke chalet
Aktiviti memunggah kelengkapan untuk memasak
Sesi mengumpul henset oleh Pn Hayat yg garang nih..
Slot pertama
Muka kena masak. time ni mengantuk sangat
Pn Hayati menunjuk skil menetak 10 ekor ayam sekelip mata
Pn Hayati Ahmat dibantu oleh Pn Hayati Ismail.. erm..jomlah kita hayati..
Sesi taklimat sukaneka waktu petang
Game 1
Game 2
Sesi pekena Teacher Hafiza ..Beliau kena tuang tepung ngn bebudak ni
Para cikgu lelaki yang tiba jam 7 malam utk buat BBQ.. Semua buat muka kemaih.. anyway mmg best sgt depa ni sbb supersporting dan sanggup datang untuk memeriahkan kem ni..Thanks!
Memproses ayam oleh chef Azhar dibantu Chef Zamzaidi. Yg 2 orang tukang pantau
Habis licin. perut kenyang sangat2..macam2 yg harus di makan..ERKK
Ni bebudak pengawas punya keja.. habis hangus..sapa nk makan ni??
Patut ler..ni nk membakar apo nih??

Hari kedua 27 Mei 2015
Sesi Tazkirah selepas Qiyamullail jam 4.30 pagi
Dapat peluang Qiyamullail berjemaah
Alhamdulillah..selesai berQiyamullail 
Sesi senam robik di pagi hari
Guru dan student
bersama pengawas lelaki
bersama pengawas perempuan..sori yg x kelih muka tu..
JOM kita selfie


             Sesi taklimat jungle trekking
                Trekking yg boleh tahan mencabar
                    Kena mendaki la pulokk
               Menuruni bukit yang curam dan licin

    Meredah anak sungai..

Bebudak ni mmg bukan main gumbira

  Terjunan terakhir beramai-ramai

 Sesi penutup dan penyampaian hadiah

       Menunggu bas untuk pulang

Alhamdulillah, selamat sampai dengan selamat..