See The World Through My Eyes: 12/22/17

PTPTN............habisss daaaa

Assalamualaikum..

For today...PTPTN..nyah dari kamus budget hidupku...haha...masa ni rasa gembira..syukur baru saja balik setelkan hutang PTPTN smoothly..rasa bahagia sangat dan lapang..Alhamdulillah, dah hilang rasa beban yang ditanggung hampir 7 tahun ni..dan syukur sangat Allah bukakan hati untuk bayar lump sum hutang PTPTN..

Sebenarnya agak rugi sebab dulu lepas habis study (2010) umur 25, dah kerja..bayar tak proper.x ikut jadual..ada duit bayar, kdg2 lupa..dah tu pulak aku tolak tawaran ujrah sebab xmau potong dalam slip gaji..aduh..rugi sebenarnya..caj kos pentadbiran konvensional lebih mahal dari ujrah.. Rentetan daripada tu, aku terpaksa membayar jumlah hutang yang lebih atas kelewatan bayaran..Pinjam RM19500 untuk 3 tahun..tapi dh jadi hampir 22 000 disebabkan caj kos pentadbiran..Rsa macam bulan2 tu bayar bunga sahaja...hmmm..nI mungkin disebabkan aku berniat jahat..hanya nak bayar separuh sahaja hutang PTPTN (aku mengaku mmg berat nak bayar balik sbb bunganya tuh...haduh)

Lalu pada 2015 baru la kesedaran meningkat, sebelum pergi umrah, dalam bulan Julai aku bertekad nak langsaikan PTPTN dalam tempoh 5 tahun..aku buat potongan gaji sebanyak RM300 sebulan melebihi jumlah yang perlu dibayar dalam jadual (rm171 sahaja).. Dan start pada hari tu aku semakin bersemangat untuk menghabiskan hutang PT.. dan sangat jemu bila bulan2 menjenguk dan memeriksa baki online..dan stres.. Bila laaa nak habis..

Sampaikan 20 Disember 2017 (2 hari yang lalu), tiba2 aura nak bayar lumpsum PTPTN makin membuak2..aku xsabar dan sgt meluat tgk potongan bulan2 di slip gaji..sampaikan mimpi2 ke pejabat PTPTN.. dan aku rasa aku kena dan perlu segera bayar secara lump sum.. Congak mai congak pi..kalau dulu aku rasa rugi nak bayar hasil duit simpanan..tapi kali ni aku dah tak kisah..aku perlu setel segera..hutang perlu dibayar..barulah tenang..Strategi belanjawan kewangan akan berubah selepas ni..yang menariknya ada diskaun 20% untuk bayar keseluruhan hutang.. So agak untung dalam 2K..Kena rebut ini peluang..

Atas semangat yang semakin membara malam tadi, efeknya hari ni hasben xp kerja sebab teman aku g ambik duit kat TH dan ke opis PTPTN yang bertukar ke UTC (aku xpernah p sebab tu aku nebess).. huhu..maap la en suami..aku kalau nakkan sesuatu mmg la la tu juga la nak buat..macam xda hari lain dah..dan akhirnya Alhamdulillah..sebaik saja setelkan bayaran..rasa lapang sebelah dada (org perlis kata)..mmg rasa seroonokkk sangat, xtau nak habaq gena..huhuuu...

Anyway lepas ni..planning nak buat rumah kecik2 saja, akan tambah hutang baru ..jadinya xperlu susah payah pikir byk hutang..setelkan yg mana dulu..dalam masa yang sama, bolehlah rm300 bulan2  yang ke PTPTN akan beralih arah ke Tabung Haji pula...Alhamdulillah..aaminn..mudah mudahan segala urusan selepas ni akan lebih dipermudahkan dan diberkati...insyaAllah...

Dan sangat tak sangka sebab aku berjaya habiskan hutang sebelum target..Allah bagi hidayah untuk bayar hutang..sebab sblum ni rasa tak tergerak hati nak bayaq bagi perabih..duk tangguh2..guna kot lain..dah tu pulak berjaya mengatasi hutang belajar MARA en hasben yg akan berakhir Mei Bulan depan.. haha..5 bulan lagi nu...lambat lagi noo..en hasben ku yg sweet..aloloo..hak2..hahaha(gelak paling jahat)......

Resit terakhir kenang kenangan..GUDBYE PTPTN forever