See The World Through My Eyes: 12/28/17

Azam 2018


Salam akhir penghujung tahun 2017...hari ni dah 28 DIS 2017, coretan penutup dan terakhir 2017..

Corat coret kenangan pahit manis sepanjang 2017..Yang indah2, yang dah tercapai dan masih belum tercapai..

Yang manisnya, Awal Februari, selepas cuti sebulan tanpa gaji pada awal tahun..dah boleh mula bekerja walaupun dalam keadaan yang masih belum sihat sepenuhnya..namun alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk kembali bekerja..perjuangan untuk ke sekolah pada awalnya sangatlah kuat dari segi mental psikologi..ni disebabkan fizikal yang berubah sangat..berat yg dulunya 50 kg ke 37 kg..mmg nak menghadap rakan sekerja dan studen kena kuat tahan dgn komen2 yg boleh meruntuhkan semangat aku nih.. tapi sekarang dah lali..malah ada perubahan dah bertambah sedikit kilonya..

Pada Mac, alhamdulillah rezeki en suami dapat APC, APC kali kedua sepanjang perkhidmatannya..Alhamdulillah.........

Manisnya lagi..bulan 5, sambutan hari guru..aku terpilih sebagai untuk Anugerah Guru Wanita Popular..mungkin sebab pada tahun ni aku lebih dekat dengan pelajar, lebih memahami dan lebih2 ikhlas dalam menyayangi mereka..dan tahun ni aku rasa lebih rapat dengan studen, i love my students especially tingkatan 1 yang saban hari keja melepak di bilik Geo time rehat.. Malah ada studen Form 2 yang sanggup membantu untuk mengemas bilik Geo dan lebih nampak ceria..Tirai pun dah pasang, nmpak lagi cunn..


Memorable moment..kat pentas boleh sebak pula..haishh..
Thank u my students..sangat enjoy mengajar tahun ni..siap dengan mcm2 prtandingan aku buat, membina model petempatan, debat, eksperimen gunung berapi la..n sgt mencabar juga utk satu kelas yg hyperactive..fuhh..!! agak nightmare hari selasa, kelas padat dan kena kelas yg super aktif 2g.. 
Yang paling xlupa ada 4 pelajar yang ponteng masa aku lari balik, dan eksiden..mujurlah aku sempat bt pengumuman dalam telegram rasmi dan announce nama2 pelajar ponteng..kalau x jenuh aku kena menjawab.

Bulan puasa pula alhamdulillah, boleh berpuasa dengan kuat berbanding tahun lepas bergantung pada ubat..dan semasa pertengahan Ramadhan, doaku dimakbulkan..abang ..en suamik dapat transfer ke Perlis setelah 5 tahun di Kedah..dan pengakhiran Syawal berita gembira lagi kakakku dah pregnant..Alhamdulillah............eh..tgh menulih ni kak su mcm tau2 ja..dia hantar gambar scan bby dia..mmg sejibik muka dia..haishh..xsabar pula aku nak uli anak sedara yg first ni..Allah...harap tahun depan rezeki aku pula..aaminn..

Bulan Ogos pula seronok, pertama kali anak didik chess ku , Saipudin telah berjaya ke peringkat kebangsaan..seronok sangat..jenuh juga la ke rumahnya untuk membolehkan dia ke peringkat kebangsaan..ada cerita sebaliknya..budak yang berpotensi tapi sayang selalu ponteng sekolah.

Diikuti dengan pengakhiran hujung ni..alhamdulillah..aku dah berjaya melangsaikan hutang PTPTN..rahmat besar ni..selesai hutang..

Kisah percutian pula sepanjang tahun ni..kami hanya ke Putrajaya, 2 kali..KL shopping semata2 sekali, Langkawi (masa bulan puasa) ke Bukit Tinggi, Pahang..Satun Pak Bara Thailand dan Bukit Bendera Penang sahaja..Insyaallah selepas ni akan menapak lebih jauh lagi..Dengan harapan aku akan sihat sepenuhnya seperti dahulu kala..aamin ya Rabbala'lamin....

Untuk azam dan harapan tahun depan..aku mengharapkan supaya lebih sihat, lebih cemerlang dalam kerjaya, bertambah kukuh dan erat hubungan suami isteri keluarga dan dilimpahi kasih sayang dalam keluarga kami, ayah mak, kak adik semua sihat juga..Aku mengharapkan supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..dan impian untuk bina rumah tahun depan juga tercapai..serta dipermudahkan urusan naik gred untuk tahun hadapan..serta en suami akan habis bayar loan kereta dan juga loan MARAnya..harap2 yang bertambah2 baik dan manis2 juga tahun hadapan.. Semoga keimanan dan ketaqwaan kami juga akan bertambah..aaminn..

2018 akan memberi banyak sinar dan rezeki dalam hidup kami dengan perlindungan dan rahmat kasih sayangMu Ya Allah..