See The World Through My Eyes: Cuti CAMERON AIDiLADHA

Cuti CAMERON AIDiLADHA

 Salam Aidiladha, hari kedua Raya Korban.

Alhamdulillah, selamat sampai semalam dari Cameron jam 8.00 malam. Percutian yang sangat singkat dan cuti yang tidak di rancang. Malah boleh aku katakan cuti yg xberapa best sgt sbb dibelenggu dgn assignment yg perlu disubmit Sabtu ni... Waaaaaaaa...sampaikan kena usung laptop ke sana.

Jumaat, 3 Okt ..rasa stres dan sgt jemuuu..jemu menghadap assignment, mula berpikir jalan utk hilangkan stres. Agak2 klu ke tempat yg cool best jugak ni..Cameron Highlands ?? tapi bajet cukupkahh?? selepas bincang membincang dgn si hasben lalu tiada keputusan yg dibuat. Lena begitu saja..

Esoknya, en Hasben bertanya, jadi ke x nk ke Cameron?? dgn pnuh keyakinan..i say YESS!!..padahal agak was2..sebab esok kn dh raya, knapa harus cari pasal utk bersesak2 sejak di jalanan..? tapi ku redah jua.. mula mempacking barang apa yg patut2 utk dibawa. paling penting laptopp..konon nk menyiapkan assignment di puncak..Fuh..baju sambar mana yg ada je..sbb 8.30 kami dh bertolak. Tapi hasben berpatah blik ke rumah sebab x sedap hati. Balik tgk rumah kunci ke x lg..Maklumlah kmi skrang dh mula berhati2 sbb awal bulan puasa rumah kna pecah masuk.. habislah brg2 brharga n trmasuklah kamera dslr hantaran kawin i sang penyamun curi jugakkk.. benci betul. Kamera tu kmi syg sgt, ke mana pergi bercuti, benda yg sgt penting dan wajib dibawa...Xpalah..ada hikmah Nya dan sekarang kami dh pun berpindah rumah.. Perjalanan diteruskan singgah di Petronas ambil duit dan isi minya RM40.

Ok, perjalanan smoothly..wlupun hujan lebat sangat.Jam 11.30 kami singgah di Sungai Perak untuk lunch dan topup minyak rm50.. Sempat juga makan sambal tempoyak ikan patin..i likee.Then sampai di Jelapang, jam pulak.Whyy...oh rupanya ada xcden berlaku di lorong bertentangan. Mmg teruk..treler dgn beberapa buah knderaan lain. Ada 2 mangsa yang maut.. MasyaAllah ngeri tgk .rasa mcm nk berpatah blik. Tapi mmg sgt jem sepanjang 13km. Then keluar berita nahas ni di TV dan paper esok hari.
Nahas jalanraya yang menyebabkan sesak sepanjang 13km.
Utk ke Cameron ada dua jalan yang boleh dilalui, tapi nk adventure kami memilih jalan Tapah. Mmg langsung x jem tapi agak bahaya sebab selekoh liku dan tajam. Hujan pula tu, jalan licin. Dan akhirnya pada jam 12.36 kami sampai di Ringlet. Sempat singgah di Bharat Tea Plantation, so that hanya singgah utk guna toilet. tapi pemandangan mmg cantik dan tenang kehijauan..nak duk lama lg tp hasben i ajak pi Tanah Rata xdan2.. ok ..i follow..

Pemandangan yang sangat menenangkan
Ala kakak ni..curi posing ngan i yerr..

Sebenarnya kami pun xtau nk tdo kt mna, check booking.com hotel semua dh penuh.. xpa, reda jela..just walk in n finally kami memilih Alina Budget Hotel. Hotel yg mmg khas utk org Muslim sahaja. Tapi dun worry lah..kat sini byk sgt hotel yg boleh dipilih. Antaranya Camelia Inn, TJ Lodge, Natasha, BB Inn.. n so on..dgn membayar RM100 (selepas minta diskaun, harga asal rm120 sbb hari Sabtu) kami pun berehat2 di bilik sahaja sbb hujan lebat, n kmi pun xtahu nk ke mana lg..Ada juga yg bilik rm70 tapi bilik tu di belakang, n xda view yg menarik. so i pilih la yg ada view..kn i suka view yg best...tp di bilik ni xda almari, meja ke apa..yg ada cuma katil n tv saja..xpela padan la dgn harga..


Tepat jam 5.30 kami bersiap2 utk ke Pasar Malam Brinchang. Meredah hujan, lecah dan akhirnya sempat membeli makan yg mcm2.. Meh sini nak senarai apa yg dibeli..nasi lemak, jagung bakar, strawberi coklat, kambing grill, udang goreng n total rm32.50.. tudiaa..mujur hujan, nk jalan pun xbest. klu x lagi byk la belinya..

Balik bilik, mandi2..makan..malam buat assignment u ollss..mmg terbaiklah, first time ni bercuti bwk laptop + buat kerja..eloklah berkorban masa sempena Raya Korban ni. Korban utk segulung sarjana..huuuuhu..Tapi serius mmg sangat sejuk malam2 + hujan sepanjang malam. Mcm nk g beli stokin kaki ja kt kdai dpan ni tp mls turun n save budget..hahaha..So 12 mlm ...zzzzznite!

Bgun pg on tv nk dgr takbir, astro buat hal hujan2 ni..langsung xda siaran. Bersiap2 jam 7.30 kami ke Masjid Abu Bakar Tanah Rata utk menunaikan solat sunat Aidiladha..Alhamdulillah, cuaca pagi ni hujan renyai2 saja..Feeling ala2 org Cameron n merasa la jugak beraya di perantauan...huahuaaa

Wukuf

Selepas selesai solat jam 9.20 pagi, kami bertolak balik ke hotel, berkemas dan terus ke Brinchang utk ke Kea Farm.. Agak lengang, sbb maybe awal lg. org xramai n kami dpt parking dgn bayaran rm3. Breakfast di situ n pusing2 ...hubby beli teh strawberi 4 kotak. masa awal pagi ni masyaAllah sgt lah sejukk, angin kuat..menggigil2 aku..membeli ubi ungu 2 kilo kiriman kwn2, sayur sayuran , jagung mutiara dan sehelai T Shirt.. 
Lengang ..awal pagi di hari raya pertama


Sejuk sangat time ni.angin kuat..menggigil2
Shopping sakan
Breakfast

Then destinasi seterusnya tempat yg sgt ingin aku pergi..tujuan utama dtg sini adalah utk menikmati pemandangan di puncak yg tinggi di Cameron Highland, iaitu di Ladang Teh BOH Sg Palas.mendaki dlm 10 minit..jem..byk kereta yg turun, xdpt naik ke ats disebabkan kesesakan. Haishhh...kempunan nk naik ats jem la pulak..Kami pun turun n terus balik jerrr lalu ikut Simpang Pulai.. Impian xtercapai...cuma sempat berhenti di Bharat Plantation, tapi tempat ni xtinggi pun..view boleh tahan la..

turun dari Simpang Pulai singgah beli strawberi kering, 3 kotak rm30..then terus ke Penang. saja nk merasa jambatan baru Penang melalui Bandar Cassia...lengang saja xda org.. singgah makan di Nasi Kandar Subaidah kemudian terus pulangg..haha..mmg itu je tujuan ke Penang..nk pekena nasi kandaq habaq hang..Singgah di Gurun utk solat terus perjalanan singgah di Giant A.Star kemudian jam 8 malam sampailah kami di teratak... Sekian saja percutian yg sgt pendek..Tapi cukup mengisi ruang memori utk dikenang suatu masa nanti..cewahhh.. bubyee...nk g kenduri korban..xsabar nk menikmati daging rebus cicah air asam... =)

P/S : Soryy..gambar xclear..guna enset kamera jer..dslr dh dikebas org ;(


0 comments :

Post a Comment