See The World Through My Eyes: Jalan-jalan famili 2022

Jalan-jalan famili 2022

Hampir dua tahun sunyi tanpa berita blog ni, las update cuti di Cameron Highlands 2020 yang lalu.
Ini membawa maksud dah dua tahun juga aku x ke mana-mana, hanya bercuti di rumah, menghabiskan PKP dengan meng upgrade rumah.
Alhamdulillah, untuk tahun ni aku rasa semakin normal dan semakin sihat, berkat puasa pada tahun ni banyak bantu pemulihan perut dan usus. Allah pertemukan juga dengan team Qulusa Theraphy yang banyak serasi dengan aku. 
 
Walaupun hari ni pada 25/8 aku mc dua hari akibat kealpaan diri sendiri, makan xhingat dunia, terimalah padahnya. Apapun aku tetap bersyukur berjaya menghabiskan percutian terpendek dan terdekat bersama family terchenta. Sekian lama kami xberkumpul dan bercuti bersama, malah si Kecik Jujul  (anak nakan ke 2) belum pernah lagi pergi bercuti ke mana-mana.
Dah lama sebenarnya aku menyimpan hasrat nak bercuti dekat2. Mulanya nak ke Langkawi menaiki Roro, namun berapa kali terpaksa memendam hasrat lantaran Roro yang sentiasa penuh dan padat. Tak apalah, mungkin ada hikmahNya. 

 

So nak dijadikan cerita, kebetulan abang ipaq nak balik ke kampung pada 19/8, maka dengan tekunnya aku mengajak bersungguh2 mama n Kak Su pi berjalan2. Walaupun hanya ke Kedah saja pun, huh banyak dramanya. Aku dengan penuh sabar dan tawaduk meyakinkan mereka dengan teknik pemujukan yang sangat dramatik. Even petang Jumaat tu kak aku masih ketegaq xmau pi dengan alasa nak perbaik kereta kodok Oren Myvi. Jadi aku mencadangkan supaya eloklah buang ke parit saja kereta tu sbb dh banyak songeh. Huh!

 

Paling steady mak ayah aku, mmg ok ja kalau ajak p mana2, cuma komitmen mereka sangat terikat dengan mengasuh cucu-cucu. So, sempat jugalah aku tambah booking hotel pada saat-saat akhir, kak aku telah bersetuju nak ikut sekali. Sebelum tu adanya adegan krisis kucing kurap yang dikutip bawa balik Kak Su mati akibat cherry berry. Hal ini menjadi serius apabila timbulnya perbalahan kecil antara mak dan Kak Su. Oleh itu, aku selaku hakim yang Arif Lagi Bijaksini cuba mengadili hal kecik ini dengan mudah sekaligus meleraikan kekusutan dan kekalutan drama episod ini.

 

So, berkemaslah aku pada petang Jumaat. Menunggu esok harinya..dimulakan dengan aktiviti isi perut dulu, sementara menunggu Adila PT sekolah menghantar kek marble yang aku order khas untuk majlis kenduri Mak Tam. Oh ya..kebetulan maktam buat kenduri pada hari Sabtu juga. kenduri kesyukuran unuk Aiman dan Shimah yang tamat belajar. Then, hasben pula ke market cari ikan dan ambil duit. aku kat umah ngemas apa yang patut, letih la juga.

 

Tepat jam 9.20 pagi kami ke rumah maktam dlu hantar kek, borak kejap. Jam 9.45 pagi sampai rumah mak dan tanpa membuang masa kmi terus bertolak sebab destinasi pertama nak ke Dusun Riffa, tempat makan viral. Kami naik dua kereta, Si Iriz dan Si Preve ayah. Asalnya aku nak sewa keta ALZA tapi xberapa cukup pulusnya.. So dua kereta pun ok.adik aku xikut.tunggu orang nak ambil padi kami n bagi makan kucing-kucing yang kami tinggalkan.

 

Maka bertolaklah kami untuk perjalanan yg pendek namun jauh bagi aku sebab si Mateen duk menyempit dalam kereta kat depan dengan aku. Mengah aku dibuatnya adui. Jam 10.45 pagi kami sampai ke Dusun Riffa, Changlun. Jalan xberapa elok sangat tapi okla. Sesampainya kami di sana terus memparking kereta, mengorder makanan Ikan Siakap Miangpla 2 ekor, daging bakaq dua pinggan n nasi 7 pinggan. Walaupun kami order awal tapi tetap boleh ambil makanan pada jam 12 tengahari. Maka menunggulah kami dengan sabarnya.


Nak ke dusun Riffa ni kak su punya idea

Ramai juga orang masa tu, kami hanya bergambar sambil usha2 keriangan famili yang mandi  manda kat situ. Strategikla juga tempatnya, cuma panas sbb xda angin time tu. Aku dah kelaparan dan kehangatan siap berehat kat dalam kereta sebab lambat sgt, dah mati kutu2 rambut xtau nak buat apa. Hampir jam 12, kami tunggulah  nama dipanggil, masa tu dah ramai orang berasak-asak. Mungkin baru beroperasi dan terus viral, pengurusan agak ke laut dalam. tak sistematik, jadi berebut-rebutlah kami nak ambil makanan dan minuman. Masa ni memang menguji keimanan btui, dengan panas, sesak tapi Nak marah..tapi kena sabar..

Ayah sempat ja menyaut ambil topi

Posing2 menunggu makanan


Panggilan masuk nak menuai padi

Ditambah dengan kak aku yang terlupa nombor, jadi menunggulah kami sehingga berjanggut  hinggakan sampai ke sinki dapur kami terjah. Ramai la juga yg kurang berpuas ati. Rupanya kami dapat giliran no 12. Masa ni kami memang bekerjasama menunggu, abg rizal tunggu air pun dh lama, hasben aku pun habih berpeluh dahi. Las2 dapatlah juga kami ikan siakap miangpla dengan nasik.tapi daging pula belum siap bakaq. makanlah kami dulu, dekat setengah jam pula baru dapat daging. Aku memang dh give up lutut start lenguh, kpala pusing miangpla punya pasal. Akhirnya aku lari naik duk dlm keta. Kesian si hasben yang xmenyempat nak makan gara2 aku pening. 


Masa awal menunggu, kak su dah start cekak pinggang
Menunggu giliran yang xkunjung2 tiba

Akhirnya baru dapat setelah menggigil lutut menunggu

Hampir jam 1.30 kami bertolak nak ke EDC Hotel. Time ni sekali lagi menguji, kereta start sesak, nak keluar pun susah. Mak naik dengan kami masa ni. Setelah melalui cabaran keluar dari Dusun ni, maka aku rasa seolah-olah first n last dh nak mai sini  walaupun masakannya sedap. Actually dah dekat sangat Dusun Riffa ni dengan hotel yang kami duduk. dalam 7 minit dh sampai.

 

Aku keluar check in dulu dengan bayaran rm417 dapat tiga bilik. Kak ngn abang ipaq tiduq dalam keta dlu sbb Si Jujul lena. Kami naik dlu cek apa yg patut, bilik no 317 pula xdapat buka, jadi kami tukar bilik 309 bertentang dengan bilik kak. Memang bilik dekat2 saja , boleh pilih2 sebab time tu xda sapa pun, sunyi, jadi hotel ni kami yang conquer. Strategik oo mai masa ni, cuti semester, aman, tenang dan damai. Bilik pun oklah, agak selesa sesuai dengan harga. Yang penting mak ayah nampak happy ja.

 

View dari bilik mak ayah 318


Bilik mak n kak su


                                                  


View luar dari bilik aku 309

Tengahari tu rehat2 saja, jam 4 ptg kami turun makan kat bawah Mayang Sari Bistro, si hasben nampak mcm kelaparan mungkin xmakan sgt masa di Dusun tadi. aku pun makan sikit sgt td sebab dh xda mood time tu. Maka dengan itu, Si hasben makan Char Kuew Tiau dgn ajus epal hijau, aku pula mengtapau nasi putih ayam goreng, cucur udang 2 bekas dengan aiskrim untuk anak nakan. Harga boleh tahan, tapi sedap. Aku selesai delivery sambung makan dalam bilik saja.

                                             
Wan cik n cucu sulung kesayangan

Jam 5. 45 kami keluar nak jalan-jalan masuk ke UUM. Universiti tempat pengajian yang sangat aku rindui momen-momen di sini. Dulunya zaman study xsempat nak pusing2 UUM yang sangat luas, penuh dengan landskap yang hijau menenangkan. Zaman study hanya dipenuhi dengan kesibukan belajar semata-mata. Jadi memang aku impikan untuk bergambar dengan famili kat sini, tak sangka setelah 12 tahun berlalu impian aku menjadi nyata. Masa konvo dlu pun xsempat ambil gambar sgt, konvo DPLI pula batal sebab banjir. Tragiskan ?..  

Oleh yang demikian, bagi merealisasikan hasrat yg xkesampaian, aku membawa famili singgah jap di Dewan Muadzam. Tengok dewan ni terubat rindu di hati, betapa manisnya kenangan di sini saat terima ijazah yang menjadikan aku seorang guru pada hari ni. Isk..iskk..iskk..sebak...Namun sebaik ja sampai di sini, ada insiden tak diingini berlaku apabila Si kecik Jujul terkepit jari tingkap kereta gara2 abahnya membuka tingkap kereta belakang. Bergema satu UUM dengaq tangisan Jujul. Mujur xluka apa. Alhamdulillah.. sapu minyak urut yang sentiasa aku bawa dalam handbag ke mana-mana. Kalau x spoil mood nak bergambar. Gambar-gambar kami posing memosing..layann..

     
Dewan Muadzam Shah
Cari port bergambar

 
tiber..ada telinga kucing pula melekat di mama๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ

      
as a mithali husband, kasi pegang handbag mama

      
jurugambar cilik, hasil gambarnya cukup meletopp๐Ÿ˜ฌ

gigih setting camera 16 saat utk cukupkan korum๐Ÿ˜‚

diskus untuk dapat angle yang terbaik

๐Ÿ’•๐Ÿ’•




Minta suapkan makanan

                                       

Abang Rizal kasi makan 

Dah setel aktiviti pertama, kami meninjau sekitar uum, banyak juga perubahan . apa pun keindahan dan ketenangannya masih kekal. Destinasi kami ke ladang rusa, tapi sayangnya lupa bawa buah tangan untuk rusa-rusa manja ni. Mujur ada abang tu yang bagi roti putih utk kami suap pada rusa2 berkenaan. Best juga tengok ragam2 rusa yang hampir 300 ekor jumlahnya. Mateen nampaknya enjoy. Perjalanan diteruskan dengan singgah ke Varsity Mall untuk ambil duit, kat sini juga menggamit memori lalu, tempat yang menjadi feberet kami menyopping habiskan duit PTPTN. oppss..!


Lama xselfie berdua, aku makin mengurus tetapi dia sebaliknya
xleh cakap nanti sentapp..๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Pilih menu. Kedai Amirul Tomyam

Sesi menjamah

Jujul konpius abang ambik order tiru pesyen rambutnya

Alhamdulillah..sedap

Niat nak makan malam di restoran tasik UUM tapi tutup pula. Kami singgah makan di kedai makan thai berdekatan pintu masuk UUM. Order set makan 7-8 orang dgn harga rm100 memang berbaloi sebab sedap. aku pun bole makan siakap stim tu xpedas sgt. Kat sini Si Mateen terperasan ada si pekerja kedai yang ikat rambut katanya macam adik baby. HAHAHA berderai ketawa kami. Betapa dia meneliti dan menganalisis dengan tajam akalnya. Bijak..bijak.. Kami enjoy makan kat sini sebab orang pun xramai, dekorasi kedai pun ok dengan makanan yg ok. Lalu pulanglah kami kekenyangan ke hotel jam 8 malam dan berehat. Tapi malam tu aku xberapa boleh tidur, asyk terjaga-jaga..gatal badan, hama tilam aku agak. yang si hasben quyup lepas ke Mekah Madinah dh hagaknya..

Keesokannya bangun, seawal jam 5.30 aku bersiap awal untuk mengisi perut sebelum perut ni meragam. So kami berdua keluar cari breakfast di gerai makan tepi2 jalan sekitar kampung. Hujan agak lebat time tu, sempat aku sambar beli roti canai lima biji, nasi kuning 2 bungkus, sambal petai, nasi putih ayam goreng. Kemudian singgah lagi di kedai tambah beli 7 biji nasi lemak..dan bungkus air suam. sesampai di hotel aku makan sorang diri di bawah. Saat2 aku lapar diakui sememangnya aku mementingkan diri sendiri. HAHA.

 

View pagi otw cari bekpes

Memandangkan hujan turun, terbatallah hasrat nak makan kat kerusi bawah. justeru kami berkumpul makan kat bilik mak. makan ramai2 mmg best di bilik 318. Dan aku cakap pada hasben .andainya ada kesempatan suatu masa nanti dtg sini balik,  aku akan pilih menginap di bilik 318 juga sbb adanya terpalit memori kami sekeluarga bersama di sini. hmmm...Sentimental kan aku, jiwa cukup halus dan berseni. walaupun nampak mcm memuji diri sendiri, tapi aku benar2 maksudkannya, betapa sesungguhnya aku sgt menghargai org sekelillingku, aku bahagia apabila melihat orang2 yg aku sayangi juga bahagia. Cuma aku sentiasa berdoa supaya aku semakin sihat dan berkesempatan memberi kebahagiaan kepada orang lain. Insyaallah..
My lovely mom n dad
๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ˜
Selesai makan dan isi perut dengan jayanya, acara kemuncak ialah jeng3x..mandi kolam. Paling excited Si mateen, first time nak terjun kolam kan. Alhamdulillah, hujan dah berhenti, suasana pun xpanas sgt, jadi sangatlah best view dan suasana yang sejuk tenang mengiringi kegirangan kami menikmati suasana kolam renang tanpa orang lain. Hanya famili kami saja. Memang sangat bestlah bak kata abang Rizal 'Hotel ini Kita Yang Punya'. Hidup Abang Rizal! Tu dia gambar2 keriangan walaupun hanya Mateen sorang saja yang mandi, kami hanya sekadar peneman sbb xda baju spare. Celup2 kaki dalam air pun jadi lah..Ayah n mak pun nampak teruja. Si Jujul pun nampak happy sebab dia kali pertama tidur hotel dan keluar jalan2 macam ni. Alhamdulillah semua happy. Mateen mandi sampai biru mulut, aku yang cuak. Mujur hujan turun  kalau x si mateen mmg duk teriak nak mandi kolam lagi.
First time mandi kolam
tok wan pun excited juga nih
Membawang tepi kolam pun best juga nih
santai pagi
Nun di kejauhan ayah sedang 'me time'
Kesian ayah, sakit lutut naik tangga
Jujul muka redho kena bungkus plastik sambal petai gara2 nak elak hujan
Time ni sesi nak ngam ngan Pak Ngah
     
Sampai ke dalam lif bau petainya
    
    
Selesai mandi kami bersiap nak balik, jam 11.30 kami turun check out. Ondaway balik sempat menyinggah makan di Cik Jah Ayam Bakaq. tempat viral rupanya, oklah famili aku suka. walaupun aku xbole makan sangat ayam bakaq dia ..agak pedas..tapi yg best dapat sup ayam percuma. aku bole makan yang tu. siap bungkus bawa balik percuma. Dan akhirnya jam 1 petang selamat lah kami sampai ke rumah. alhamdulillah.. Semua happy walaupun bercuti dekat ja pun, yang penting banyak kenangan untuk diingati bila duduk hotel bilik dekat2. Ayah dan kak asyik teringgal kasut kat luar bilik, mak pula xleh masuk bilik sebab ayah kunci dari dalam. Macam-macam hal lah. Sweet sgt. 

Tunggu nak check out

Bosskur..

Nasi ayam mendy Cik Jah AyamBakaq Changlun


Jujul behave saja dapat eskrem oreo
 
Alhamdulillah, release juga stres aku yang asyik terperuk di rumah bertahun. Dan dapatlah juga modal untuk aku berceloteh menulis dalam ruangan ni. Anyway, semoga aku semakin sihat dan bahagia bersama suami dan family terchenta.


 

 


 

 










0 comments :

Post a Comment