See The World Through My Eyes: MELAKA - JOHOR - SINGAPORE 2016

MELAKA - JOHOR - SINGAPORE 2016




Tanggal 5 Februari (Jumaat) bertolak dari Perlis untuk menghadiri best fren wedding. Aku dengan gigihnya memandu dari Perlis sampai ke Tapah. Walaupun kurang sihat sejak balik dari umrah, aku tetap gagah demi meraikan hari bahagia sahabat yang dikasihi..

Perjalanan lancar hinggalah jam 3.00 petang kami sampai di Alor Villa, Alor Gajah Melaka. Hotel yang sangat dekat dengan highway, luas dan tenang dan yg paling penting padan dgn harga. berpatutan. RM80 semalam. Memandangkan esoknya hari kenduri maka kesempatan ni diambil untuk jalan2 sekitar Bandaraya Melaka pada petang ni.

Rehat sat, then ke Bandaraya Melaka, sebenarnya aku agak excited sebab ni kali pertama aku jejak kaki ke Melaka. haaaha..tapi jalan jem dengan trafik light yg banyak.walaupun Alor Gajah ke Bandar Melaka dekat ja tp sejam jugak ler nk sampai..tambah2 dekat Raya Cina lagilah jem.

Lokasi pertama adalah Menara Taming Sari. Agak lengang dan ok juga dengan bayaran RM15 sorang kami dapat naik ke atas tanpa berasak-asak. Tapi disebabkan hujan, pandangannya agak kabur.

Gaya BigBOSS
..walaupun demam selsema..gagah jugak nk berselfie
Menikmati sunset nun di Selat Melaka


Suasana selepas hujan pada petang hari cukup mengindahkan pemandangan. Subhanallah..Walaupun sekejap saja, tapi enjoy dengan view petang yang cantik. Turun dari Taming Sari, berjala2 di sekitar melihat beca-beca yang dihias pelbagai warna dan bentuk.

Beca berhias dan bermuzik
Sebaik saja turun, kami bercadang utk dinner asam pedas melaka. Dengar kabaunya sedap. Hmm..setelah merasa asam pedas ikan kembungnya..ya ada kelainannya dengan asam pedas utagha.. lagi pekat dan likat..
Boleh tahan pedasnya..
Lebih kurang jam 8 malam kami pulang ke hotel. Membatalkan hasrat untuk naik river cruise untuk menikmati pemandangan indah waktu malam yang dihiasi cahaya lampu. Sebab pembatalan adalah kerana merasakan diri ini semakin lemah dan x bermaya akibat demam. ditambah pula dengan keadaan sungai yang agak berbau, jadi cancellah utk naik river cruise. Pulang ke hotel dan berehat.


Keesokannya jam 11 bertolak ke Batu Pahat Johor, Perjalanan hampir 1 jam 30 minit sahaja..agak2 lupa jalan ke rumah Zaza, ni baru second time aku ke Kg Rejo Sari Senggarang Batu Pahat Johor. Tapi alhamdulillah, selamat sampai tanpa sesat berkat petua Zaza yg berulang2 kali. Betapa excitednya dia menunggu kehadiran aku ke majlisnya.

Sesampainya di sana, jumpa kak Sasha juga member lama uum. Nampak gaya ada la geng makan. Tambah2 menu kenduri sangat melazatkan. Memang sgt teruja dengan hidangan pecal lele, daging salai, haduihh..mmg feberet giler tu.siap suruh Zaza tapau siap2 utk aku buat bekal.




Sekejap saja jumpa Zaza, time mekap, time bersanding pun aku buat pulun beratur utk ambik tol..HAHA..lain juga adat kat sini..siap bertol2 nk jumpa pengantin. Selesai semua, kami bergerak ke rumah Pak Lang pula yang letaknya di Kulai.

Lepak2 di rumah Pak Lang lebih kurang 2 jam , meneruskan perjalanan ke JB dengan meredah hujan lebat sepanjang perjalanan ke sana. Tiba di hotel Golden Leaf berdekatan Tune Hotel, dan menunggu agen untuk bagi tiket untuk ke USS keesokan harinya.

Sepanjang malam xdapat melelapkan mata, bunyi bising bilik atas, sampai pening kepala aku. Esoknya jam 7.30 tepat bas bergerak ke USS Singapore. Dengan memakai baju sukan PJ kat sekolah je, aku sampai kat Singapore. hihi. Sampai je kat sana, alamak hujan pulak, dalam keterpaksaan merelakan diri membeli baju hujan yang bernilai 12 dollar singapore= 24 ringgit malaysia utk 2 pasang baju hujan plastik jernih tu..huhu...xda dlm bajet nihh...tukaq duit pun ciput ja nihh..

Ala2 Transtudio Bandung, cuma USS xberbumbung. sempat bermain 5 permainan ja. beratur punya la panjang..naaaalaa..masa nak naik transformer beratur 2 jam. brapa kali aku give up, tmbah dgn hidung tersumbat selsema, mmg rasa down. tp encik laki bg semangat ' DON GIVAP, KIPIDAP'. (ala2 Rani Kulop). aku gagahkan juga. mmg enjoy TRANSFORMER tu. tunggu 2 jam untuk naik yg tu 5 mnit..

Ni akibat silap percaturan. Tahun Baru Cina opkos la ramai manusia yg menyerbu USS. Hadoii.. masa nak naik roller coaster aku siap sesak nafas dan gawang2 tangan minta jangan start lagi.. gila time tu..mmg xleh napas tp ketegaq nak naik jugakk..tapi ni aku rasa yg terakhir naik Roller Coaster..aku dah x berminat dh sejak peristiwa sesak napas ni.

Sebelum masuk













Then.. bye2  Masa untuk pulang Ke Perlis

0 comments :

Post a Comment