See The World Through My Eyes: PATTHALUNG, THAILAND.

PATTHALUNG, THAILAND.

How time flies...sedar x sedar dah setahun dh berlalu meninggalkan memori di negeri Gajah Putih 'Thailand'...tapi baru hari ni sempat nak nulih semula cerita cuti2 Thailand ni.. Sori sebab cerita ni xsempat update ..tapi xpa xbasi lagi di ingatan...masih ku ingat pengalaman bercuti di sini..ini adalah serba ringkas catatan percutian ke Thailand.

Ok..percutian ni adalah percutian beramai2..lebih kurang rombongan Cik Kiah la. Kali ni aku mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh BKG SMK Sanglang ke Patthalung, Bangkok, Pattaya sehinggalah ke Aranputchai yg bersempadan dgn Kemboja, Wow jauh tu.....tapi agak berbaloi2 la sebab hanya dikenakan bayaran RM350 seorang. So, aku ngn hasben cuma RM 700.. My sis and brother in law pulak asal nk p..siap bt paspot kumpulan las2 xjadi sbb dua2  xdpt cuti..Ok say bye2 to them..

Al kisahnya, perjalanan bermula pada  4 Jun 2013, berkumpul di SMK Sanglang sekolah 'tercinta' (sangattt)..ramai di kalangan ckgu cekgi yg membawa anak pinak skeluarga.. ada yg anak berderet2..tapi ada jugak yg p solo ala2 bujang wlupun anak dkat sedozen.. tp yg sememangnya benar2 bujang pun ada..hehe...

Sesudah berkumpul, bilangan peserta rombongan pun dh cukup maka bertolaklah kami ke Padang Besaq nun di hujung utara Perlis....dengan menaiki bas Sekolah warna keorenan...Kira Geng Bas Sekolah la ni...huhu..

Perjalanan ke Padang Besaq selama 40 minit, agak laju juga bas ni ...Kami sampai di imigresen dan menunggu lebih kurang 20 minit utk urusan cop paspot. Then bila dh setel kami bertukar naik bas Siam pulak, double Decker gitu..kiranya dua biji bas lah rombongan kami..Seat agak sempit , xleh nk santai lebih2..tp ok la...cuma yg x ok bab tv..mmg ada sebijik tv dalam bas, tapi aku rasa klu benda ni xwujud pun xpa pada masa tu ...Aduh..nk kata pngalaman pahit pun xjuga, manis tu ada la sikit..
Taraa.. ini lah basnyer.. cantik kan..?
Story sikit, pakej yg kami pergi ni adalah di bawah pengurusan Kak Mah. Kak Mah ni la yg jdi guider kami sepanjang percutian ni..Tapi Kak Mah ni bawak temannya yg bernama..........Teman Kak Mah ni sangatlah suka berkaraoke di dalam bas, boleh kata sepanjang perjalanan menyanyi.....aduhh, klu sora sedap xpa juga, ni membingitkan telinga..tmbah2 lagu zaman tok nadoq dlu, irama asli..sekali dia tarik suara perghh boleh pancit tayar bas..mujurla aku bwk bantal Strawberi yg beli kt Cameron tu..boleh la buat tutup telinga...haishhh..mmg potong stim btul la org nk tidur...

So..perjalanan diteruskan selama lebih kurang 4 jam sehinggalah kami tiba di restoran Pattani Muslim Food di Patthalung. Memang sedap makan di situ terutamanya sup daging..tapi sori la xda gambar sup tu..Selesai makan, kami solat Zohor di surau yg ada di situ.  

Perjalanan di teruskan ke Talae Noi, Patthalung. Kat sini  ada tasik yang sangat luas dan dipenuhi pokok teratai.. Sebenarnya tempat ni sgt sesuai utk photographer sbb view yg sgt cantik..dan juga penggemar pelbagai spesies burung, mmg di sini habitatnya ' bird sanctuary'..actually view lbih cantik kalau teratai tu kembang mekar bewarna ros...mcm di bawah ni..gmbr dr tenet la..
Cantik sgt viewnya...
Sebelum naik perahu ke bot ntah, aku xpasti... ternampak ada seekor kucing bewarna hitam putih, duk perati je kami..then masa dh que nk naik perahu tu kucing tu datang ke arah kami..mybe dia tringin nk join skali..Tiba2 ada sorang pakcik yg bawak perahu dgn slambernya mencampak kucing tu ke dalam air...huh...menyirap darah aku melihat kelakuan pakcik yg kurang berperikemanusiaan tuh...dalam hati brtanya.. "pakcik ada pengalaman kena pukul dgn pendayung x..?

Rupanya bukan aku ja yg tgk kejadian tu , ramai lg..semua pakat2 menjerit..auuwww..aaauwww,...aaaaaa....dan ada juga yg termaki pakcik tu.....sib baik dia xpaham..lalu pkcik td terkejut dan kemudian mengaihkan kucing dgn pendayung..tapi pelik, kucing tu mcm dh biasa kena baling ja..mulanya terkial2 lepas tu terus berenang renang ke tepian..bijak..bijak...

Best sini, dapat menikmati view tasik yang luasnya seperti lautan. Keluasan Tasik Thale Noi adalah 1,040 km² dan bersempadan dengan Wilayah Songkhla. ini bermakna keluasan tasik ni adalah melebihi keluasan negeri Perlis (795 km²).Luasnyaa...Juga terkenal dgn penghijrahan burung-burung dari seluruh dunia yang berhijrah pada setiap tahun. Actually Thale Noi ni adalah kawasan lindungan yg sudah diwartakan sebagai kawasan  perlindungan dibawah kawalan kerajaan Thailand. So..mmg enjoylah sini dgn pmandangan tasik yg luas dan cantik sgt..

Perjalanan diteruskan sehingga sampai di R&R..difahamkan pekerja perempuan di sini semuany brpakaian uniform dan sgt seksi..betul ke?? Mmg betullah...serius..giler singkat pakaian mereka itu.. MASYAALLAH..tp maaf ye aku xletak gmbar2 itu di sini sbb blog aku ni mencegah kemungkaran... Astagfirullah....

Ada paham..??
Bukan stakat pekerja dia..skali dgn kucing ni pun depa bg pakai skirt
Kucing berbaju +berseluar..apa kess

Then..kami bermalam di dalam bas dalam perjalanan menuju ke Bangkok. Utk keesokkan harinya..KLIK DISINI






0 comments :

Post a Comment