See The World Through My Eyes: 08/08/15

Cara-cara menyimpan duit

So today, sambil2 melayan lagu modern Talking yg best membestkan..hati tersentuh2 mendengar bait2 lagu.. ' i know my dreams it will come true'...yupp.. mmg banyaklah aku punya dream khususnya nk membawa diri ke seluruh pelosok dunia, insyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari Nya..moga2 impianku ini akan menjadi kenyataan..insyaAllah...aminn.. 

So, memandangkan aku ni hanyalah golongan pertengahan, yg mna bukanlah dari kalangan org kaya raya..yg punyai wang berjuta2 hinggakan x tahu nk buat apa duit yg ada...i'm not that type of that person...so sangatlah penting untuk manage duit supaya boleh jugak berjalan2 ke obersee, at least bolehlah release tension n as a rewards 4 myself after having a very tiring working over the year.. COII..Inglish pepulak tetibe..grammar pun tunging terbalik..

Ni ha..di sini aii nak berkongsi beberapa cara/ tips bagaimana untuk menyimpan wang yang telah dipraktikkan.Kemon bebeh, u ll pun boleh try test cara aii ni..
Look below: 

1. Saving 20% daripada gaji

Every month, dapat gaji yang xseberapa itu, ku saving kan sesiap di akaun Tabung Haji sebanyak 20% daripada jumlah pendapatan melalui potongan slip gaji. duit saving ni xkan kuambil kecuali betui2 TERDEHAK (org Perlis kata) atau erti kata lain sangat MEMERLUKAN.

Tips: Kalau boleh, melalui cara pertama, korang@hampa dipersilakan buat demikian dengan disiplinnya dengan membuat potongan gaji. Set kat mind yang duit gaji yg korang ada tu adalah hanya di akaun bank saja.. Jangan duk gatai2 cuba mencucuk duit simpanan Tabung Haji melalui Bank Rakyat, Bank Islam.. Baik xpayah duk buat potong gaji..Potong jari terus supaya xla terus mencucuk-cucuk mesin ATM utk mengeluarkan duit simpanan TH.. Ada paham ka?

2. Asingkan duit keperluan untuk bayar hutang.

Of course dapat saja gaji, teruih asingkan duit yang perlu bayaq hutang, contohnya hutang PTPTN, hutang kereta, rumah, atau apa2 saja yg aku berhutang. AWAS ya.. jangan suka tangguh daripada membayar hutang, rezeki akan jadi semakin sempit, jelaskan hutang dengan disiplinnya..insyaAllah hidup kita akan lebih berkat.Rezeki lain akan datang...

Tips: Asingkan juga duit2 keperluan lain contohnya topup RM50 (utk sebulan), anggaran minyak kereta ke tempat keja, bayaran internet, makan harian n lain2...kemudian barulah berbelanja dengan senang hati, xkisah lah nak beli apa asalkan pandai adjust supaya x kopak seminggu sebelum gaji.

3. Bayar lebih
Istilah bayar lebih ni maksudnya lebih advance. Contohnya bil air RM 27, bayar lebih RM 50. Untung2 nanti bulan depan kalau bil RM 28.. kan dah xpayah bayar?samalah juga macam hutang kereta, PTPTN,  kalau boleh bayarlah lebih..supaya hutang2 ni habis cepat. Aku memegang konsep 'bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Lega rasanya kalau xda bebanan hutang ni.

Tips: Buat list  budget bulanan, kalau ada duit lebih boleh bayar lebih untuk hutang2 semua ni. atau kalau bulan tu dapat bonus, bayar dulu hutang2 yang ada. Jangan pula p menambah hutang dengan membeli perabot2 yang baru dan sebagainya.

4. Berjimat cermat

Jimat cermat bukan bermaksud kedekut, org perlis kata 'kedekut taik idung masin'..Pelik no, sampai sekarang aku xdapat tau apa kaitannya sifat kedekut dgn taik idung yg masin?? iyarkkk...wekk.. geli oii..OK, berjimat cermat ni mksudnya kalau dapat gaji pada 25hb janganlah dihabiskan pada hari tu jugakk atau di tengah bulan dah kopak sopak..kena lah beringat, jgn dapat2 gaji terus pekena secret recipe 5 hari 5 malam xkenyang2!.. mau sekali tu stakat lepas gian tu xpala..jgn melampau2 dlm berbelanja..besederhanalah..sama jugaklah bagi kaum Hawa yg suka sangat menyoppingg pantang dapat gaji teruih terbeliak biji mata mau2 ada SALE.. haha..mujoq la aku ni jenih iman tebal sikit dari kulit bawang..susah nk terjebak dgn aktiviti yg paling disukai wanita2 ini... mudah2an istiqamah.

Tips: Untuk nak berjimat cermat senang saja, jangan selalu keluar ke tempat2 shopping yang best2, kekerapan ke tempat2 sebegitu akan menjadikan poket kering sekering2 nya. Fikir sebelum membeli sama ada itu keperluan atau kehendak semata2.

5. Menabung setiap hari

Langkah 4 ni juga sebenarnya sedikit sebanyak banyak memberi manfaat. cukuplah sekadar sehari RM2. Kalau setahun?? dah RM 720 kan?? lepas dah ni tambang flight pergi balik ke Indonesia utk 2 orang..memang nampak sikit 2 hinggit tu..tapi sikit2 tu la jadi bukit..rasa sangat berbaloi2.Kalau mcm aku ni mmg x suka simpan duit syiling dalam dompet, so terus masukkan dalam tabung ayam.duit kertas pun lebih2 masukkan ja. tapi ingat , mesti buat EVERYDAY.

Tips: Untuk mengelakkan daripada terlupa nak menabung setiap hari, belilah tabung yang cantik2 n letak la kat satu sudut yang senang dilihat supaya lebih termotivasi nak menabung tiap2 hari. Kalau aku punya tabung biasa2 aja, janji masyukk,, :)

6. Bersedekah/ memberi zakat

Cara yang paling penting untuk menjemput rezeki adalah BERSEDEKAH. Jangan lupa beri sedikit dari hasil pendapatan kita kepada ibu bapa atau kepada sesiapa yang memerlukan.Jangan kedekut atau berkira. mmg betul kata orang, semakin kita bersedekah semakin murah rezeki kita. InsyaAllah..

Tips: Asingkan duit untuk ibu bapa setiap kali gaji pada setiap bulan, jangan putus memberi hasil pendapatan kita kepada mereka. Alhamdulillah, kita akan sentiasa merasa cukup dengan gaji yang kita ada walaupun gaji kita sederhana saja.Sedekah di masjid yang dikunjungi dan selalunya peluang bersedekah ni terbuka luas bila kita pergi ke pasar malam, pasar tani. Ada golongan yang memerlukan. dan sedekah yang paling mudah adalah ; KEEP THE CHANGE'.. Xpayah la ambil balance duit yg 40 sen, 50 sen.. anggaplah itu rezeki mereka..Jangan lupa zakat pendapatan. Buat potongan gaji untuk pembayaran zakat pada setiap bulan.

OK, senarai di atas adalah cara mudah yg telah aku praktikkan untuk menyimpan wang. Maklumlah, semua orang ada impian masing2, nak pergi umrah, nak bina rumah, nak beli kereta. nak buat itu ini, so apa yang penting adalah rezeki yang kita cari tu adalah halal. Itu yang paling penting, dan kemudiannya kita kena percaya rezeki yang kita ada bukan hak kita saja tapi sebaliknya hak orang lain juga. Di samping sibuk menyimpan duit, jgn lupa tanggungjawab untuk memberi juga. INSYAALLAH ..Allah akan memberi rezeki yang berganda kepada kita..aminn