See The World Through My Eyes: UMRAH DISEMBER 2015

UMRAH DISEMBER 2015

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

Masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di blog ini.

Sudah 2 minggu berlalu meninggalkan tanah suci Mekah, namun bayangan Baitullah masih lagi terasa dekat, seolah2 solat di depan kaabah, masya Allah pengalaman yang sangat berharga, peluang yang Allah berikan kepadaku untuk menjadi tetamu Nya. Nikmatnya cukup2 besar bagi diriku.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan sebaik-baik perancang, juga Maha Mendengar segalanya. Aku sangat bersyukur kerana Allah S.W.T mengizinkanku untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami, mak ayah, kakak dan juga abang ipar..hajatku selama ini telah dimakbulkan.

Bertolak dari Perlis pada 13 Disember, Ahad pada jam 6.30 pagi. Permulaan perjalanan yang sebak kerana mengingatkan adik yang tidak ikut bersama, harapan semoga kami dapat bertemu semula. Perjalanan berjalan lancar namun tayar bas pecah sebelum tiba di R & R Gurun.

Perjalanan diteruskan ke Dengkil untuk makan, bertukar memakai ihram bg kaum lelaki dan ada yang mengambil kesempatan untuk mandi. Sedikit dugaan apabila hujan sangat lebat pada ketika itu, terus ke KLIA 2 untuk menaiki penerbangan AirAsia pada jam 8.30 malam, namun flight delay sejam. 



Dalam flight kami bertiga berada dihujung dekat sgt dgn toilet, sgt mudah utk ulangalik ke tandas selama 9 jam penerbangan ke Jeddah. Berniat di miqat semasa penerbangan, dimaklumkan oleh pramugara. Tiba di Jeddah jam 2 pagi di Arab saudi. Kami diduga kesabaran apabila menunggu selama 6 jam untuk melepasi imegresen Arab Saudi. Pak2 Arab dengan sengajanya meninggalkan kaunter untuk bersembang, minum kopi dan sebagainya. 

Setelah bersabar selama 6 jam, kira2 jam 9.30 pagi kami menaiki bas untuk terus ke Mekah. Dalam perjalanan selama 2 jam sempat tertidur kerana keletihan, malah selama 9 jam penerbangan aku tidak dapat tidur kerana kurang selesa. Tapi xpa, yg penting alhamdulillah selamat sampai.

Setibanya di Hotel Durat Al Hud Hud, kami makan dan kemudiannya bergerak menuju ke Masjidil Haram. Perasaan yang sangat berdebar untuk melihat Baitullah. Kami dibimbing oleh Mutawif dari Indonesia. Apabila berada di perkarangan Masjidil Haram, rasa seperti mimpi..Betulkah aku di sini? Ya Allah..debaran bertambah apabila Mutawif membawa kami masuk ke Masjidil Haram dan terus menuju ke tingkat atas. Kami difahamkan untuk kali pertama umrah kami akan melakukannya di tempat tawaf yang teratas untuk mengelakkan kesesakan. 

Rasa semakin berdebar untuk kali pertama menatap Kaabah, dan dari atas dengan mata kepala sendiri buat kali pertamanya menyaksikan Baitullah yang dikelilingi umat Islam seluruh dunia sedang melakukan tawaf. Perasaan yang x dapat diungkap, semua perasaan yang berbaur. Indahnya perasaan itu apabila berada sangat dekat dengan kiblatku selama ini.

Segala letih dan penat hilang, rasa teruja dan alhamdulillah selesai melakukan umrah yang pertama. Tawaf 7 pusingan mengelilingi Baitullah, saie dan tahalul akhirnya selesai.. Alhamdulillah..Walaupun adakalanya mengalami jet lag disebabkan perubahan masa namun fizikal masih kuat, kami pulang selepas Isya' ke hotel yang letaknya kira2 700-800 meter dari Masjidil Haram.

Cukuplah sekadar aku mengabdikan kenangan pertama menjejak kaki ke Mekah Al Mukarramah.Perasaan yang terlalu rindu, sangat tenang berada di sana, langsung tidak memikirkan bebanan kerja, sentiasa mudah dalam segala urusan, masya Allah inilah kelebihan berada di Tanah Suci. Perasaan yang cukup lain, dan sesungguhnya aku merindui perasaan itu. Semoga dipermudahkan untukku datang kembali suatu hari nanti.

Perasaan rindu akan terubat jika mendengar alunan ayat2 suci Yusuf Khalu, cd yg sempat aku beli di Mekah. Alunan ayat suci Al Quran sangat meruntun jiwa. Terdengar alunannya di bilik hotel semasa hari Jumaat, cukup merdu. Sayu rasanya..sayu.......

Perkarangan Masjidil Haram
Di subuh pagi, kami tersesat untuk mencari gate King Fahad
Hajat kesampaian untuk bersama mak ke Tanah Suci..Alhamdulillah
Ramai yang berebut untuk solat dan berdoa di depan Multazam, tempat mustajab untuk berdoa
Umat Islam dari seluruh pelosok dunia berpusu-pusu menuju ke Masjidil Haram pada setiap kali waktu solat
Air Zam-Zam yang sangat mudah didapati dan dinikmati sepuas-puasnya
Suasana yang sentiasa hidup di Masjidil Haram tidak kira waktu.
Dengan hanya menatap Kaabah mendapat pahala. Masya Allah
Ribuan umat Islam sedang melakukan tawaf. Suasana yang dirindui
Sebak, sayu....
selesai tahalul, bercukur kali kedua
Laluan ulang alik dari hotel ke Masjidil Haram, rinduu....
Merpati yang setia di Tanah suci
Ambil kesempatan memberi makan burung merpati
Tercipta sejarah..berkaki ayam ke shopping complex utk mencari kasut yang hilang ketika tawaf sunat
Menu yang disukai..balik masjid singgah beli
Pemandangan semasa menuju ke Madinah
Masjid Nabawi, adanya Makam Rasulullah S.A.W



Bukit Uhud
Mak ayah yang disayangi dan dikasihi
Solat sunat di Masjid Quba menyamai pahalanya seperti melakukan satu kali umrah
Berangkat pulang. Alhamdulillah rezeki dapat duduk di bisnes klas. Selesa



0 comments :

Post a Comment