See The World Through My Eyes: Perlis - KL - K.Kinabalu, Sabah

Perlis - KL - K.Kinabalu, Sabah

Salam semua...membuka tirai backpackers 2014 ....kali ni  xberapa backpackers sgt sebab bercuti dengan family. Percutian kali ni adalah ke Sabah Negeri di bawah bayu....mmg best Sabah ni , ni dah masuk kali kedua aku ke Sabah. Kali pertama pada 9 hingga 11 Disember 2012.

Ok jom mulakan cerita , first of all dimaklumkan bahawa aku bercuti pada bukan hari cuti. Istilah bercuti hanyalah disebabkan aku mengambil Cuti Rehat Khas yang diluluskan oleh pengetua. Al kisahnya aku terlalulah expert , pantang tgk tiket murah sikit kira nk main booking ja..tapi kali ni aku tersalah percaturan, kusangka dapat cuti awal sempena SUKMA di Perlis tetapi rupanya tidak...SO percutian 4 hari 3 malam bermula pada 22 Mei hingga lah 25 Mei... So...silalah merajinkan diri untuk membaca entri yang begitu panjang. Klu buat esei cnfirm full mark sbb lebih daripada 500 pth prkataan,...

Sebenarnya mmg xmerancang langsung cuti kali ni, saja ku ajak ajak ayam sama kakak, kebetulan dia cuti time tu, tapi tulah betapa azabnya dia nak minta cuti . Cutinya dibekukan sempena SUKMA.. tapi Alhamdulillah rezeki memihak kepada kami, cuti kami diluluskan. Walaupun begitu, aku tetap rasa kurang seronok bercuti tatkala rakan2 sekolah terlibat dengan pelbagai aktiviti padang. Sian depa, aku senang2 bercuti depa duk sibuk mengurus padang. Sori kawan2ku... dan tahun ini aku juga xberkesempatan menyambut hari Guru. Cuti awal!!

21 Mei  2014
Okeh, bermulanya perjalanan kami seawal 6 petang menuju ke stesen Arau, naik keretapi ok. Tapi sayang xsempat nk merasa stesen keretapi baru sbb belum rasmi lg. Actually saja aku pilih untuk naik keretapi disebabkan bwk mak ayah, ambil seat yang ada tempat tidur, senang la utk org tua2 nak ke toilet ke apa ke...

Tapi gara2 naik keretapi ni, beberapa malam aku diganggu dgn mimpi2 ngeri...antara mimpi2 tu adalah kami ketinggalan keretapi, keretapi delay 4 jam dan mcm2 lah sehingga aku stress.. aku risau klu keretapi delay cnfirm flight pun trlepass...haiyakk!!


api Alhamdulillah..perjalanan dari awal hingga akhir smoooothh jer..aisehh. Kami smpai di stesen Arau jam 6.30 petang, aku sempat membeli nasi lemak kopi o + air mineral di kedai berdekatan. Tepat pukul 7.30 malam pengumuman dibuat, keretapi hamper tibaa.. aku lak excited sbb ni kali kedua aku naik keretapi ke KL. kali pertama pada tahun 2011, time tu p skali rombongan sekolah kanak2 hingusan,.. seat duduk ,bayangkan 12 jam duk tegak kt seat, sakit pinggang habaq hang..tapi kali ni ada tempat tidur, jom layan gambar2 muka gumbira naik keretapi..hahha

Ada katil atas dan bawah..of cos parent di bawah kami di atas
Peace yaww...
Jom tdoo... agak sempit dengan barang2..tapi xpa aku tidur sangat 'sopan'
huh...mengintai?? nasib baik MUHRIM =P
Alhamdulillah...akhirnya kami selamat sampai di KL Sentral pada jam 6.15 pagi...tamat sudah perjalanan keretapi selama 11 jam 15 minit..Actually  kami tiba awal, sepatutnya pada jam 6.30 pagi..Terus kami menuju ke surau untuk solat dan menggosok gigi.. Kami mempunyai banyak masa sebelum flight berlepas.. Apa yang aku takutkan termimpi-mimpi kami tertinggal flight insyaAllah tidak berlaku....
Sebaik saja selesai ...kami menuju ke kaunter KLIA Ekspres untuk membeli tiket, harga seorang rm35.. patut la tak ramai yang naik, agak mahal rupanya..sebenarnya  saja nak cuba naik keretapi elektrik pula. Kelajuan 165/km sejam..tapi serius memang xrasa langsung lajunya. Tup tup sampai dah KLIA 2...masa perjalanan hanyalah 32 minit berbanding naik bas sejam 15 minit baru nk smpai..Setiap 15 minit keretapi ni ada, so xyah risau.. aku ambil tiket pukul 7 pagi.
Menunggu KLIA Ekspres
Setibanya di KLIA 2  jam 7.32 minit pagi... (mmg sharp masa dia).. agak kagum tgk rekaan canggih KLIA 2. ...mmg jauh berbeza dari LCCT... sangat CANGGIH, wahhh... first time kan menjejak kaki ke sini..kira orang terawal jugaklah kami...KLIA 2 baru dirasmikan pada 2 Mei yang lalu. Tapi tudiaaa jenuh la mendera kaki.... perlu berjalan jauh sebab sangatt luass.. macam2 kedai ada ...jual kain baju, coklat, aiskrim dan serba mak nenek...mulanya aku berhasrat nak makan aiskrim, tgk harga pun boleh rasa nak pengsan..harga sehelai baju di pasar malam... RM 17.00 satu!!... perghh...bayangkan la kalau aku baik hati nak belanja 5 orang, nmpak di situ agak membazir ...ku batalkan hasrat....kedai makan lauk campur mmg xnampak...kot nk pekena roti canai mmg xda can la.. yg banyaknya kedai makanan segera, MC Donald, KFC  n lain2.. xkan la nk breakfast mkn semua tu.. xbiasa i... tambah2 parent cnfirm la xmakan.


Sudah sampai
Berkelah
Pusing - pusing 
KLIA 2
Maka dengan itu tak berlapik la perut masing2..sangat lapar, nak menunggu flight kul 10.20..huh! lagi 2 jam!!.... aktiviti kami berdua suami isteri pusing2 KLIA 2 sampai penat.....parent + kak aku steady ja duduk di kerusi. Aku pulak yang teruja nak menjelajahi segenap ruang di KLIA. Tapi memang xkan habis pusing la atau kaki terpusing sbb jalan jauh2... aku xlarat dah, las kami semua hanya duduk diam2 di kerusi menunggu sambil melayan blues masing2..... Akhirnya, nasib agak baik kak aku Berjaya menemui roti bilis murah..60 sen ja..sama macam kedai biasa...so,   apalagi ngap la dulu...huhu..tapi ayah aku steady ja xmakan roti2 bilis ni....xlapar ke ayahanda?? Anakanda ni nyaris2 tertelan plastic roti akibat kelaparan yg amat sgt (kalah mangsa kebuluran di obersee)
AK5136
Penat menunggu tp masih xnampak sayap kapal terbang lagi. rupanya flight delay..hah?? takutnya kot2 delay buat sejam dua..xsanggup nak menunggu, tp selepas 30 minit kemudian, pengumuman dibuat untuk AK5136 berlepas.. lewat la setengah jam.. masih ok.ni kali pertama flight delay sepanjang aku menggunakan perkhidmatan Air Asia. Nak dijadikan cerita, ayah memang memasang niat nak menikmati nasi lemak Pak Nasser di awan biru, tapi rezeki tak da, nasi lemak, nasi ayam uncle chin pun semua dh cerah..yg ada pun maggi.. Kesian ayah xmakan megi ...siap bagitau pramugara tu yg dia lapar sambil menepuk2 perutnya ... Aduh lawak sngguh ayah, aku pula mmg xpernah booking awal makan2 ni..slalu main beli dlm flight ja.. kesian pula ayah.. yg aku pulak siap makan megi kari.. rm6 satu..xbrapa nk kenyang sbb kongsi ngn hasben...huhuuu

My Mummy n Daddy
Pada jam 1.30 tengahari, sampailah kami di Sabah negeri bawah bayu..mmg bayu yang menyegarkan, kali kedua aku menjejak kaki ke sini, xjemu sbb Sabah sgt best..apa yg bes?? Jom layan story seterusnya..

Beratur agak panjang nak mendapat pas masuk ke Sabah.. Uncle sewa kereta tu dah setia menunggu kami dengan kereta saga yg kami booking, sebnarnya kami menggunakan perkhidmatan kereta sewa uncle ni masa mai Sabah 2012, masa tu kami sewa Viva. Harga Saga untuk 3 hari RM 360..agak murah berbanding kereta sewa lain, so terus kami isi minyak rm60.. mmg tahan tiga hari..then terus singgah di Restoran Tuaran tempat yg sama kami mkn dulu..perjalanan diteruskan ke Kundasang. 2 jam 30 minit tempoh perjalanan dapat tengok  jambatan Tamparuli, rumah terbalik yg menjadi tarikan pelancong.  Puncak gunung mmg xkan Nampak petang2 macam ni, yg ada kabus dan awan tebal yg menutupi pemandangan puncak gunung, ditambah pula dengan hujan yang agak lebat, cuaca agak gelap walaupun pada masa tu baru jam 4 petang... Kami singgah di Pekan Nabalu untuk membeli buah yg segarrr... sempat usha2 barang kraf ..mmg cantikk..tp xsempat beli sbb prjalanan jauh lg, klu boleh nk smpai Kiram’Village sebelum jam 5.00 ptg. Jalan sangat becak, byk construction di sepanjang jalan..

Dalam jam 4.45 petang, kami selamat sampai di KIram. Tapi cuacanya kurang sejuk berbanding masa 2012, yela masa tu kami datang sini bulan Disember, kan tiupan angin monsoon timur laut, skrang ni angin peralihan...angin sumatera..so apa bezanya?? Tu kna studi Geografi ler...harga sebilik utk 2 atau 3 org RM 80, harga murah berbanding masa cuti sekolah,, sebilik RM 110... dapatlah berjimat sbb kami menginap di sini selama 2 malam.

Kampung yang mendamaikan
Sebenarnya Kiram’s Village membuatkan aku jatuh hati masa prtama kali aku dtg. satu perkampungan kecil yang ada chalet ala2 inggeris.. Kini  terubat sudah rindu....melihat bunga-bungaan yg sgt cantik di sini. Subhanallah...dan Alhamdulillah dapat juga menjejak kaki lagi di sini, Ada banyak perubahan sebenarnya, banyak bilik baru dibina, chalet yang lain telah dibina berdekatan Kiram;s Village ni.. apa2 pun bertambah2 cantik suasananya. Apalagi terus berposing sakan le nk mengabdikan kenangan di sini. Mmg langsung xingat nk mandi padahal dah seharian xmandi.. Kakak n paren mandi dulu...diorang duk satu bilik yg ada 1 katil queen dan 1 katil single...yg pasti mereka selesa dgn bilik yg ada. Jom layan gmbar 











Dan sempat kami berjumpa dgn En Kiram, owner Kiram's Village. Hasil temubual dengan beliau, banyaklah maklumat detail tentang Kiram's Village ni. Rupanya idea untuk tanam bunga-bungaan ni adalah idea isterinya..maklumlah hobi wife yg suka menanam pokok bunga. Rupanya owner dulunya pegawai bank, bekerja di Perak. Menetap di Kota Kinabalu dan hari minggu datang utk tgk Kiram' Village. Tapi sejak tahun lepas ada sebuah rumah ala-ala inggeris telah dibina oleh En Kiram yg menelan belanja RM 50 ribu.
Wife En Kiram tengah menanam bunga
Sangatlah sweeettt...
Ala-ala Inggeris gitu..

En Kiram dan isterinya yang ramah mesra

Menurut En Kiram, chalet yang baru dibina berdekatan dengan Kiram's Village adalah kepunyaan besannya. Pada aku semua chalet di sini sangat cantik , tengok ni..



Senja hampir menjelma, suasana semakin gelap...sunyi..tenang...perut dah mula menyanyi.... Kami makan malam di cafe yg ada di Kiram. Menu malam ni adalah nasik goreng. Sedapp...So..selesai makan kami balik ke bilik masing2 utk berehat dan tidur....nite Everibedi.........Untuk cerita selanjutnya klik SINI


0 comments :

Post a Comment