See The World Through My Eyes: MY SWEET HOME

MY SWEET HOME

ALHAMDULILLAH..

Setelah berbulan tidak menjengah ke sini...disebabkan kesibukan dan kemalasan yang melanda..
So..today ..cuti2 ni bolehlah nak melambakkan segala cerita yang dah berbuku2 telah berlaku sepanjang tahun 2019..

NI kiranya catatan pertama pada 2019..Apa yang menarik tertarik pada tahun ni adalah rezeki berpindah rumah di Padang Korea..Syukur sangat Ya Allah atas rezeki ini,,ALHAMDULILLAH..

Hari ni just nak nulih bab rumah dan aktiviti tahun ni juga banyak fokus untuk teratak sederhana kami ni, start dari siap rumah..pindah rumah..menghias rumah..kenduri masuk rumah..n latest rumah kena ribut Lekima..mmg suspen..macam2 dah berlaku..

Alhamdulillah..ni ha Baiti Jannati yang dah siap pada 31 Jan 2019
Balkoni..ruang tepi
Balkoni tepi..view petang hari
Ruang tamu yang belum dideco

master bedroom yang serba sederhana..dengan tema purple pink2
Bilik kedua dengan tema merah membara semangat waja

baru selesai proses mengecat ruang tengah..tema hijau pucuk padi
Bilik air yang pertama
gambar 3D design dapur yang cenonet sahaja
dapur sebenar
dapur realiti..chef baru nak up sedang mengetest dapur 
dan menu baru..
ruang dapur dan ruang menonton yang berhubung
santai petang blakang rumah..aku dia dan mereka
My lovely mum
Antara proses-proses sebelum dapat duduk di rumah baru..punyalah banyak cabaran dan dugaannya...dari segi pemilihan cat rumah..jenuh la menjelajah segenap pelosok negeri ..mencari ilham..dan akhirnya putih dan kelabu jdi pilihan..

Apapun kami sangatlah berharap dapat duduk sebelum Februari, bagi mengelakkan membayar sewa pada bulan berikutnya..boleh lah berjimat..sehinggakan kami ambil cuti untuk aktiviti berpindah rumah secara beransur-ansur..penat tu sangatlah penatt..tapi apakan daya..dah dua kali berpindah rumah..dan mungkin ini kali terakhir..dah memiliki rumah pertama dan terakhir rasanya..harta dunia yang sementara saja ni..

Selesai berpindah..aktiviti mengemas yang memakan masa berbulan juga..dan yang penting kenduri doa selamat yang diadakan pada bulan 3..Alhamdulillah dapat jemput tetamu untuk mendoakan dan meraikan secara sederhana perasmian rumah baru duduk ni..dengan harapan dilindungi dari sebarang kejahatan manusia dan mahluk lain serta sebarang ancaman lain..Aaminn..

Ayah buat spot check
Si kecik Mateen ni memantau progress rumah dari kejauhan 
Mateen menikmati view pelangi bersama pak ngah tersayiang
sis, mum and si kecik yang melawat
proses mengecat depan rumah 90% baru siap
mencuci kotoran debu
sesi mengangkut yang meletihkan jiwa dan batin

baca Yaasin sebelum masuk rumah
Sesi pindah randah dengan bantuan rakan taulan MAQIS
kawan2 en hasben bertungkus berlemoih mengangkat barangan antik dr umah sewa
antara menu kenduri sempena kenduri doa selamat
terima kasih untuk tetamu yang hadir kenduri masuk rumah

Setelah selesai yang wajib2..barulah start mendeko rumah dengan bajet yang ciput..membeli barangan yang perlu2 sahaja dulu..tak apalah slow2..En Hasben siap membeli drill bagi memudahkan beliau membuat kerja2 penggerudian..Dalam proses mendeko rumah pun juga jenuh jugalah..seingat aku memasang rak tv pun memakan masa dua hari dua malam..tunging terbalik tera nak siap..tapi tula kenangan manis kami suami isteri..haha..

bekerja dalam tekanan..memasang papan DIY..
jaga2 ada yg memerhati
memasang rak tv tanpa mengenal erti putus asa
memasang katil keluaran 2011 untuk bilik kedua
memasang rak meletak barang supaya lebih tersusun rapi 
mententeramkan jiwa di bilik stor
membaiki mesin basuh lama yang masih 
sudi berkhidmat untuk kami
Mula2 duduk di sini..rasa teruja dengan suasana kampung yang menenangkan sanubari..maklumlah sebelum ni ..duduk rumah teres..mmg hari2 menghadap dinding..laman yg sangatlah terhad..asal siang ja bukak lampu..sebab gelap rasa..kadang2 xdapat beza antara rumah atau gua..

Di kampung..ada view yang menenangkan jiwa, kehijauan sawah padi terbentang luas di sekeliling rumah...menghirup udara segar pagi ..petang, dan yang paling tercapai hajat aku selama ni ..nak menikamti senjakala pada setiap petang..Alhamdulillah termakbul.. Dan bermula jugalah hobi baru as a gardener..en hasben makin mahir bab2 perkebunan, banyaklah tanamannya yang menjadi..aktiviti pagi hari pun berubah..sebelum pi keja, en hasben menyirami setiap tanamannya dengan penuh kasih sayang yang mendalam.. sehinggakan pada satu ketika tanaman bunga hiasan nya makin mengering dan melayu akibat baja berlebihan..hari2 dibubuhnya baja..aduh..

kawad kaki petang hari menyiram pokok bunga2 cinta layu di pasu

Si Apom layan blues waktu petang..
terkenangkan kisah silam di Market simpang

Pokok hiasan bunga2 cinta
warna warni terindah hanya sementara..kini tinggal tanah dan pasu

usaha menanam pokok Bak Choy dalam bekas hidroponik.. 
3kali hasil tuaian

sesi pertukangan xbertauliah menggergaji, memaku 
untuk menghasilkan para2 sakura 
menyiram pokok yang hidup segan mati xmau

en hasben menikmati mkn ptg dengan view mendung blakang umah ditemani 
Si Apom yang penuh setia
mencari ilham nak tanam pokok apa paling cantik di dunia
santai petang dgn penuh gaya - pinjam sluaq rock en suami
suasana yang mendamaikan di senjakala

senjakala ..view dari balkoni

sunset dari balkoni..SAGA cuma model sambilan
view sunrise di pagi hari

view belakang rumah..sunrise

view belakang rumah..hari nak hujan

Malah yang paling best..of courselah dekat dengan parents..hari2 ayah lalu depan umah..bolehlah tengokk-tengokkan rumah..ayah slalu saja bertandang ke rumah, bawa cucu..mak..dan kak su pun..slalu mai mandi si kecik Mateen tu kat sini..alhamdulillah rasa seronok sangat..studen pun ada yang mai berbuka puasa..hari raya puasa hari tu pun meriah dengan kehadiran my studen..

Cucu dan datuknya yang selalu berkunjung-kunjungan
Big Boss memantau bendang

ayah ke rumah nak menyelesaikan hal2 persaraan beliau
mak ayah mai buat lawatan bawak cucu kesayangan


Sekian sudah hasil review rumahku syurgaku..tercapai sudah hasrat yang terpendam sejak 8 tahun yang lalu..untuk memiliki rumah kediaman yang menenangkan jiwa..walaupun tidak seberapa kami sangat2lah bersyukur atas nikmat ni..ALHAMDULILLAH..



0 comments :

Post a Comment