See The World Through My Eyes: Taiping Mac 2023 Short Vacay

Taiping Mac 2023 Short Vacay

  

Sudah 2 tahun bertapa..diselubungi kebosanan

Sempadan Kedah Penang xpernah lepas. Las cuti di Cameron Highland bersama family 2020.

Tahun 2021, 2022 hanya pusing around Perlis Kedah go round..go round, jemu juga trip yang sama

So kali ni, dah masuk tahun 2023, cuba jugalah untuk meloloskan ke negeri lain, tu pun dekat saja di Taiping. Atas tujuan untuk rawatan urutan juga aku gagahi melawan anxiety menempuh 4 jam perjalanan juga. Alhamdulillah, dapatlah juga healing sekaligus menyuntik semangat ketravelan yang hampir padam.

Perancangan awalnya pada awal cuti akhir penggal 18/2 Sabtu, dalam otw ke Perak, panggilan fon daripada Kak Su membantutkan perjalanan kami di Alor Setar. Baru saja selesaikan bayaran homestay di Teratak Opah Kamunting diselangi lima minit kemudian panggilan telefon daripada kakak. Berita tentang Mak Lang meninggal membatalkan perancangan ke sana dan kami berpatah balik. 

Al Fatihah Mak Lang Olah yang telah kembali ke negeri abadi

Seterusnya minggu selanjutnya pun tidak dapat pergi atas sebab tayar Iriz pancit pada hari Khamis. Ditambah dengan  keletihan mengemas rumah, menerima tetamu kakak ipar yang bermalam 4 hari 3 malam di rumah kami. Alhamdulillah healing juga berkumpul ramai2 dan yang pastinya aktiviti bakar membakar mengeratkan lagi silaturrahim kami gitew. Berkumpul dengan dua kakak ipar, saudara mak tam, family Sham dan family Dik Yon malam tu.

Ntah bila nak berkumupul lagi macam ni

Bakar membakar, family gathering


Melayani anak-anak buah bermai wau

Seterusnya minggu berikutnya pada Jumaat 3 Mac, tiba2 datangnya aura pada malam tu rasa macam teringin ja nk pi Perak pula. Dengan gigihnya barulah mencari port untuk bermalam las2 minit. Tapi semua dah penuh homestay, ada pun mahal sangatlah. Tak berbaloi untuk dua orang kami sahaja. Pulun mencari sehingga larut malam namun hampa, tiada kata putus untuk menginap di mana. homestay atau hotel di Taiping, Batu Kurau, Penang atau Sg Ijok?. Terjah sahaja la esoknya kalau dh confirm nak pergi.

Maka dengan redhanya, pagi Sabtu, mengemas barang, memasak bekal ayam masak kicap. Dalam masa yang sama ada Pesta Angin Timur berdekatan dengan rumah saja. Rugi juga rasanya sebagai warga kampung yang tinggi jati diri kekampungannya  tak dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan program sebagai tanda sokongan. Never mind, aku akan pulang sebelum selesai program. Masih sempat! Dihangatkan dengan gambar2 Mateen, kak dan adik yang memposkan pelbagai aksi posing di tapak pesta yang nampak happening! Teringin juga la nak pi tengok.

Setelah mempersiapkan barangan dan keperluan seperti periuk memasak, ubat-ubatan serta senjata untuk peperangan 'anxiety'. Maka dengan berat hati bertolaklah kami seusai memberi pesanan khas bibik kepada majikan yakni kucing2 kesayangan. Bukti kasih sayang bibik apabila sanggup dan sempat memecut laju ke pekan Spg 4 membeli stok Wiskes untuk majikan. Tapi 1000x sayang majikan yang adakalanya langsung xmenghargai malah selalu memainkan perasaan bibik-bibiknya.

ni ha..antara majikannya

Paling bos dan diva. Si Sado. No wetpud no talk

Time ni bibik sedih nak tinggal majikan
majikan xkisah, yg penting ada stok wetput

Jam 10.15 dari rumah, singgah di Gurun, makan. Asal g jalan2 aku asyik lapar, lapar dan lapar. Hati gumbira bole jalan2 walaupun kadang best fren Si Anxiety cuba menjengah. Otw, Ibu Has (perawat Qulusa merangkap tukang urut) kol bertanya status perjalanan dan tempat penginapan. Lalu beliau mencadangkan supaya kami menginap di Taiping atau Bagan Serai. Aku pun mencuba nasib menggogle melalui booking.com. Ok dah selesai menempah di Taiping Legend Inn. 

Tapi..tapi..tapi...baca pula review macam xok, so aku kol hotel berkenaan lalu mengkenselkan dengan jayanya. Saat las, terjumpa Hotel Flemington berdekatan Zoo Taiping, harga boleh tahan rm 208..hurmm...itu saja pilihan yang ada, bilik pun ada dua saja yg masih available.. maka pejamlah mata sambil menekan 'confirm booking'.  Huarghh....dengan harapan hotel tu bersesuaianlah dengan jiwa ragaku. Actually, dengan keadaan kesihatanku sekarang lebih prefer duduk di homestay, senang nak masak memasak, lebih mudah. Tapi xpa, tengok jela macammna nnt..On ke X On.

Berehat di RnR Bukit Merah, aku dah start kebas, pening duk dalam ekon keta lama2. Sengaja melengahkan masa sebab check in lambat lg. Jam baru 1.30 petang. Lalu jam 2 terus ke Taiping, cuaca redup tenang..ribut jiwa...eh..takk..jiwa aku x ribut, memang santai saja..Santai-santailah sayang ku..pergi mana laju2, ini bukan kereta mewah..ini cuma iRIZ hijau..auu..auu

Opss..aku memang xboleh lebih2 buat joke dengan si Iriz ni. Nanti dia buat hal pulak. Asal ada nawaitu kat hati nak ke Perak ja dia buat perangai.. Dua kali dia pancitkan tayar, kali pertama kena skru tayar depan, selang 16 hari lepas tu tayar belakang pula pancit pun kena skru jugak. Huh..rupanya dia nak pau 4 kasut rega rm 650..2 kasut TOYO, 2 kasut  SILVERSTONE...aiyo..pandai pula dia..macam paham2 ja tuan dh time gaji dan dapat hasil menuai padi..Tapi that's ok, aku paham dia cuba berbakti dan menjaga tuannya dengan sebaiknya. Ni dia dah warning awal sebab dah hampir 5 tahun belum tukar kasutnya. Kasi can la, nk bawa tuan jalan jauh2 kena la kasut baru..Apa pun ada hikmah Nya. Masya Allah..

Lama betul intro perjalanannya, maklumlah 4 jam perjalanan kan..

Sepanjang susur keluar Taiping, melalui Kamunting dah rasa healing dan teruja. Nampak sangatlah jiwa ni memang dh bosan terperuk di rumah. Suasana nyaman, mendung nak hujan, view yang santai mengiringi perjalanan kami hinggalah ke Hotel Flemington, Taiping. Dah dekat sangat dengan Zoo Taiping, malah yang paling best Hotel ni dekat sangat dengan Taman Tasik Taiping. Masya Allah cantik sangat view pokok-pokok pukul lima yang dah berusia 100 tahun lebih ni. Menenangkan, tasik yang bersih indah tanpa pencemaran. Aku teruja! Rasa rugi sangat xbawak kamera digital. Kalau harapkan henpon aku sekarang ..hurmmm...

Cuaca mendung, sepanjang perjalanan
Dah sampai hotelnya, alhamdulillah

Bilik standard twin je yang available

Check in jam 2.30 petang, parking xbest sikit, sangat terhad. Mujur kami dapat ground parking tapi kena panjat tangga pula nak ke lobby. Anyway layanan staf ok. Dapat bilik yg available standard twin room. View luar memang x cantik. tapi keadaan bilik not bad.cuma yang xbest sebab xda peti ais untuk aku simpan barang basah. Baru duk pasang angan2 nak beli ayam kat lotus nk masak ayam kicap. Bab makan ni ghisau la juga, harap2 dapatlah cari kedai makan yang ok petang ni. Kalau sempat bolehlah ke nIght Safari, tengok binatang2 noktural yang aktif waktu malam..healing juga tu. Tapi..hujan pula di luar, makin lebat, boleh ke x rancangan aku berjalan dengan lancar?

Krohh...krohh.. lamunan ku terhenti tatkala mendengar alunan melodi yang kerapkali didengari dan dikenalpasti, sebati dalam diri. Sah..memang sah..! Macam biasalah itu aktiviti  en suami apabila menemui katil...terjadinya BSB.. (bukan Backstreetboys) tapi Berehat sambil Berdengkur.. tak palah rehatlah, asalkan dia bahagia, biarkan aku sendiri merancang aktiviti petang ni, walaupun badan rasa lemau sangat tapi keterujaan tu mengatasi segalanya. Aku pun sempat berehat sat regangkan otot badan..lalu kroh..krohh..zzz..

Petang jam 3.45 keluar cari makan, kedai makan banyak ditemui area hotel, tak jauh dalam 5 minit perjalanan saja, namun cuaca hujan membataskan pergerakan kami. Apa yang mantopnya kedai makan terletak berdekatan tasik. View tasik dalam mendung hujan menimbulkan rasa ketenangan jiwa, ada sentimental value, ibarat satu irama instrumental hadir membelai jiwa..mencengkam perasaan kesyahduan, mencipta momen indah yang pastinya menjadi memori abadi. Apatah lagi makan dalam suasana macam ni memang rasa berselera. wlupun aku hanya makan nasi dan ayam kunyit sahaja. Yang penting aku rasa healing dengan nature di taman tasik ini. Sempat bergambar di sekitar tasik dalam keadaan hujan renyai tapi tetap rasa xpuas menikmati momennya.  

Nyamannn...

Menunggu order makan Nasi Goreng USA

Selpi sendirik. Beliau tiada mood kerna perut belum berisi nasik

Menu simple yang lulus

Area foodcourt yang dibuka start tengahari hingga malam

Taman Tasik Taiping yang mendamaikan 

Ini disebabkan en suami yang xmenyabor nk ke LOTUS..Aku pun xpaham , kenapa beliau nak sgt ke situ, kat alor setar pun boleh pi. hurmmm.. rasa kecewa juga tapi aku kan isteri yang taat setia, so ikutlah beliau ke lotus, sekejap saja dapat masuk aku pening kepala. Bukan agenda memprotes ke Lotus, tapi sememangnya aku lemah dengan aircond yang sejuk sangat, hujan pula tu. Maka pulanglah kami ke hotel. Malam tu sempatlah makan order kat hotel saja. Chicken Chop BBQ. Tapi malam tu Ibu Has msg xdapat hadir sebab kena mengemas selepas tahlil. Sesi urutan ditunda esok sahaja. So kami sempat naik atas hotel 'SkyBar' membuat lawatan tak rasmi ke swimming pool dan menikmati pemandangan malam tapi sayang hujan pula turun. Malam tu aku tidur terjaga2 sebab keadaan katil dan batal yang xngam. Adeh sakit la pinggang sampai pagi.

Usha2 menu dengan harga yang berpatutan

Ciken Cop menjadi pilihan, makan di lantai Bersama Mu

Lawatan ke tingkat atas, Swimming pool Skybar

Keesokannya bangun agak lewat jam 6.40, kalut bersiap, mandi, nak menikmati view tasik awal pagi. Kecewa sekali lagi sbb terlewat bangun jadi, dah drag masa setengah jam breakfast. Kami sarapan di hotel, dah masuk dalam bayaran hotel. Boleh tahan sedap juga, aku hanya boleh makan moi dan telur dadar saja. Tu pun perut dah tak sedap. Then, berjalan2 sekitar tasik yang 2 minit saja menapak. Tapi dah xbest sebab orang dah start ramai beriadah dan jogging. Xdapatlah aku nk posing maut buat content Tik Tok kat sini. 

Breakfast di hotel, banyak juga menunya

Menikmati mee goreng mamak dengan kusyu'

Standby nak lintas ke Taman Tasik yang hanya seminit dua perjalanan

Haruslah bergambo dengan deretan basikal kekuningan

Dah start ramai yang berjogging2

Banyak kemudahan basikal untuk ronda2

Nampak agak pulun and teruja

Belakang tu ja hotel kami

Jam 8.15 dah naik hotel menunggu ibu has datang mengurut. Alamak sekali dia sampai jam 9.30 pagi, aku dah cuak sebab nak check in jam 12, sempat ke x nak ngurut nih. Alhamdulillah semuanya selesai ngam dengan waktunya. Walaupun masa turun jemput ibu has kat lobby aku dah pening2 lalat. Automatik jadi confuse habis tekan lif sana sini, ke swimming pool lah, ke tingkat 1 lah- ada wedding chinese , kejap tingkat 4.. sampaikan ibu has pun rasa cuak dengan aku. 'Ntah betul ke tidak budak ni '

Check out jam 12, menemani ibu has ke lobby, sambil menerima pesanan, petua, nasihat tentang rawatan. Syukur sangat dapat mengurut dan dapat ilmu daripada ibu Has. Dah lama teringin nak mengurut dengan beliau. Aku harap berbekalkan usaha rawatan dengan Qulusa, aku akan sembuh sepenuhnya 100% pada tahun ini. Insya Allah. Lepas ni pasti aku akan datang lagi untuk rawatan urutan dan semestinya Taman Tasik  menjadi destinasi wajib. Bak kata ibu has, tasik ni terapi dirinya sepanjang rawatan, buat grounding, deep breathing, naik itik..back to nature, berdamai dengan alam. Itu healing yang terbaik untuk recharge balik energy badan. Pasti aku akan kembali.

Perawat Qulusa Theraphy, ibu Has

Marilah mengcheck out dengan seluar macam nk turun ke bendang pula

Rate yang sebenar, tapi masih boleh lagi diskaunnya

Kami bergerak cari makan memandangkan perut aku berkeroncong dan merajuk sebab makan moi saja pagi tadi. Jadi untuk memujuknya kembali, maka singgahlah kami di sebuah restoran 'Warisan Tok Abah'. Menunya superb!. Ada tempoyak, lempuk..perghh..makanan feberettt tuh..meleleh2 air liuq oo lalu telan semula. Glurpp....! Sabarrr..sabarr.. aku yakin nanti tiba masanya aku akan dapat semula nikmat makan tempoyak. (dalam hati menangis ..huhuu..hu)..Aku hanya ambil sup ayam sahaja, menu selamat untuk memujuk perut.

Kedai Warisan Abah

Seterusnya ke Zoo Taiping, parking jauhnya lahai, yg dekat full pula. En suami nak parking jauh, haruslah aku tak setuju dan membantah. Lalu aku buat drama  dengan berpura2 ajak balik padahal aku nak beliau berusaha untuk cari parking paling dekat. Aku memang nak masuk ke Zoo. Memang dah ada dlm list plan. Takkanlah aku tak mau masuk kot. Ha! ha!.. Drama aku hampir menjadi sebab en suami kata sayanglah tiket dah beli online. RM32 kot. sekepala rm16 sekarang. kalau night safari rm20. Lalu disuruhnya aku turun cari parking yang dekat. Aku pulak yang kena..halamak..! Tapi disebabkan aku dapat detect wajah kestresan beliau, maka aku pun bertindak mengikut arahan. Memang aku sedia paham beliau akan stres bila aku suruh cari parking terdekat sedangkan dah tulis full. 

Dont worry, as a wise wife, aku pun turun dari kereta bertanyakan seorang lelaki india yang sedang santai2 di bawah terik mentari, yang menjaga parking. Aku berpura2 tak faham bahasa dengan bertanyakan soalan sudah terang lagi bersuluh. "Parking memang full ke?".. Dia jawab" Ya la kakak, depan tu kan sudah tulis FULL". Mujur dia tak kata FULL la FOOL..atas sebab kesengalan aku yg pura2 tidak memahami signboard. 

Aku masih tak berganjak, walaupun dalam hati mula bermonolog sedih 'Punahlah harapan aku nak masuk Zoo. Aku tau aku takkan mampu nak berjalan jauh kalau parking jauh nun di sana dengan keadaan cuaca panas terik.  Keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Xsekuat orang lain. Teringin  tapi tak mampu nak jalan jauh. Mungkin tiada rezeki nak masuk hari ni. Kesian hasben dah bayar tiket. tapi kalau ada rezeki parking, bolehlah masuk, semuanya aku berserah supaya Allah permudahkan.'

"Kakak!". .Ops terkejut aku. panjang monolog aku, kaku berdiri di situ dengan muka sedih. Lelaki india tu terus berkata, " kakak kena tunggu sekejap, nanti saya buka kon. Saya pergi check kejap ada kosong ke tak". Mendengar kata-kata itu hatiku terus berbunga2 kembali dengan harapan adalah ruang parking yang kosong. Aku kembali ke kereta menunggu di dalam kereta sambil berharap en suami bersabar menunggu. Walaupun pada ketika itu aku sendiri tak pasti selama mana perlu menunggu untuk mendapat parking.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mengasihani hambanya. Walaupun nampak kecil hal ini, parking ja pun, tapi Allah tahu aku betul2 inginkannya, tanpa menghampakan aku, sekejap sahaja kon dibuka. Berdoalah kepada Allah S.W.T, sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan permintaan hamba-Nya. Aku sangat bersyukur di atas perkara sekecil ini. Betapa aku melihat kasih sayang Allah, mempermudahkan segala urusan dan merancang yang terbaik untuk hamba Nya. Walaupun kadang2 sesuatu perkara itu hanya terdetik dalam hati, Allah sudah mengabulkannya. masya Allah, Apa yang penting ialah keyakinan berdoa kerana Allah adalah tempat terbaik untuk mengadu segala-galanya dan sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Sebaik sahaja masuk ke Zoo Taiping mengimbau kembali nostalgia dengan family yang datang ke sini hampir 15 tahun yang lalu. Juga datang bersama rombongan sekolah pada tahun 2013. Ini merupakan kali ketiga datang bersama suami. Tidak banyak beza, cumanya ada perkhidmatan tram atau keretapi yang memudahkan pengunjung untuk meneroka keseluruhan zoo. Namun, datang pada waktu tengahari tidak seperti waktu pagi. Cuaca yang terik menyebabkan banyak binatang yang menyembunyikan diri di balik pohon-pohonan, nampak stres dan tidak aktif.  Aku dan en hasben berjalan kaki sahaja disebabkan ramai yang beratur panjang untuk naik train. So kami pergi yang dekat2 saja , tu pun rs dh nak tercabut kaki. lenguh. Panas.

Dalam 30 minit sahaja kami di situ, tercapai juga hasrat teruja nak masuk Zoo Taiping. Sebenarnya, bukanlah binatang di zoo yang nak tengok sangat tu, tapi sebenarnya lebih kepada nak mengimbau memory value masa datang dengan family dulu. Sekejap saja dah healing dan of course menambah koleksi gambar. Kami hanya ambil pakej gambar sekeping rm30 sahaja. Aku berkenan yang spektrum tu, tapi mahal la pula, RM70. Gambar2 ni depa snap masa awal2 masuk. 

Muka penat xsangga, tempurung lutut start melonggar


Kepenatan juga beliau. Ha jomlah kita pulang menunggang kerbau

Soulmate 4 ever

Kerbau pun bolehlah teman posing

Muka bangga sebab berjaya mengharungi anxiety😝

Seterusnya perjalanan kami di teruskan ke Design Village. menyempatlah juga beli ehem2 dan bantal Akemi serta seluar slack. Aku dah tak tahan, pening, letih sangat, lenguh kebas kaki badan. semua pakej adalah. Lalu kami balik terus singgah Gurun untuk solat, en hasben ambik kesempatan minum kopi starbuck dengan burger Ramly.. nI kalau di Perlis menu sebegini susah nak dapat permission. Jadi beliau punya taktik, menjamah menu tersebut sebelum sampai Perlis, akai dia tu...mentang2 lah bini tengah mood baik, dia masuk jarum. tapi xpala..dia pun nak healing juga ..letih jd drebar, tambah2 jamme pula, Kedah ada lawan Bola. jenuh ikut Pendang jalan biasa nak elak jem.

Finally, sampai di rumah jam 9.15 malam, menunggu Kak Yati nak menghantar kaki ayam 3 kilo. Aku dah tidur awal sebab letih sangat. Maka menantilah si Hasben di luar rumah, santai2 di gazebo sampai jam 11 malam lebih tunggu kaki ayam yang xkunjung2 tiba. Rupanya Kak yati pula hantar setelah selesai bersuka ria di Pesta Angin Timur terlebih dahulu. Kesian my sweet husben 4 ever..tapi tak pa, banyak pahala dia dapat sebab membahagiakan isteri. Dalam diam, doaku sentiasa untuk suami terchenta , setiap saat, setiap waktu, semoga kami sentiasa kekal bahagia hingga ke jannah , juga berda dalam limpahan rezeki dan rahmat kasih sayang Allah S.W.T sentiasa.

Harap2 lepas ni bolehlah bertiga@ berempat bawa anak2 ke Zoo Taiping.. Aaminn..

nota kaki: semua gambar aku, memakai tudung yang sama tanpa gagal. Lupa bawa tudung pula.

0 comments :

Post a Comment