See The World Through My Eyes: 2017

Azam 2018


Salam akhir penghujung tahun 2017...hari ni dah 28 DIS 2017, coretan penutup dan terakhir 2017..

Corat coret kenangan pahit manis sepanjang 2017..Yang indah2, yang dah tercapai dan masih belum tercapai..

Yang manisnya, Awal Februari, selepas cuti sebulan tanpa gaji pada awal tahun..dah boleh mula bekerja walaupun dalam keadaan yang masih belum sihat sepenuhnya..namun alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk kembali bekerja..perjuangan untuk ke sekolah pada awalnya sangatlah kuat dari segi mental psikologi..ni disebabkan fizikal yang berubah sangat..berat yg dulunya 50 kg ke 37 kg..mmg nak menghadap rakan sekerja dan studen kena kuat tahan dgn komen2 yg boleh meruntuhkan semangat aku nih.. tapi sekarang dah lali..malah ada perubahan dah bertambah sedikit kilonya..

Pada Mac, alhamdulillah rezeki en suami dapat APC, APC kali kedua sepanjang perkhidmatannya..Alhamdulillah.........

Manisnya lagi..bulan 5, sambutan hari guru..aku terpilih sebagai untuk Anugerah Guru Wanita Popular..mungkin sebab pada tahun ni aku lebih dekat dengan pelajar, lebih memahami dan lebih2 ikhlas dalam menyayangi mereka..dan tahun ni aku rasa lebih rapat dengan studen, i love my students especially tingkatan 1 yang saban hari keja melepak di bilik Geo time rehat.. Malah ada studen Form 2 yang sanggup membantu untuk mengemas bilik Geo dan lebih nampak ceria..Tirai pun dah pasang, nmpak lagi cunn..


Memorable moment..kat pentas boleh sebak pula..haishh..
Thank u my students..sangat enjoy mengajar tahun ni..siap dengan mcm2 prtandingan aku buat, membina model petempatan, debat, eksperimen gunung berapi la..n sgt mencabar juga utk satu kelas yg hyperactive..fuhh..!! agak nightmare hari selasa, kelas padat dan kena kelas yg super aktif 2g.. 
Yang paling xlupa ada 4 pelajar yang ponteng masa aku lari balik, dan eksiden..mujurlah aku sempat bt pengumuman dalam telegram rasmi dan announce nama2 pelajar ponteng..kalau x jenuh aku kena menjawab.

Bulan puasa pula alhamdulillah, boleh berpuasa dengan kuat berbanding tahun lepas bergantung pada ubat..dan semasa pertengahan Ramadhan, doaku dimakbulkan..abang ..en suamik dapat transfer ke Perlis setelah 5 tahun di Kedah..dan pengakhiran Syawal berita gembira lagi kakakku dah pregnant..Alhamdulillah............eh..tgh menulih ni kak su mcm tau2 ja..dia hantar gambar scan bby dia..mmg sejibik muka dia..haishh..xsabar pula aku nak uli anak sedara yg first ni..Allah...harap tahun depan rezeki aku pula..aaminn..

Bulan Ogos pula seronok, pertama kali anak didik chess ku , Saipudin telah berjaya ke peringkat kebangsaan..seronok sangat..jenuh juga la ke rumahnya untuk membolehkan dia ke peringkat kebangsaan..ada cerita sebaliknya..budak yang berpotensi tapi sayang selalu ponteng sekolah.

Diikuti dengan pengakhiran hujung ni..alhamdulillah..aku dah berjaya melangsaikan hutang PTPTN..rahmat besar ni..selesai hutang..

Kisah percutian pula sepanjang tahun ni..kami hanya ke Putrajaya, 2 kali..KL shopping semata2 sekali, Langkawi (masa bulan puasa) ke Bukit Tinggi, Pahang..Satun Pak Bara Thailand dan Bukit Bendera Penang sahaja..Insyaallah selepas ni akan menapak lebih jauh lagi..Dengan harapan aku akan sihat sepenuhnya seperti dahulu kala..aamin ya Rabbala'lamin....

Untuk azam dan harapan tahun depan..aku mengharapkan supaya lebih sihat, lebih cemerlang dalam kerjaya, bertambah kukuh dan erat hubungan suami isteri keluarga dan dilimpahi kasih sayang dalam keluarga kami, ayah mak, kak adik semua sihat juga..Aku mengharapkan supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..dan impian untuk bina rumah tahun depan juga tercapai..serta dipermudahkan urusan naik gred untuk tahun hadapan..serta en suami akan habis bayar loan kereta dan juga loan MARAnya..harap2 yang bertambah2 baik dan manis2 juga tahun hadapan.. Semoga keimanan dan ketaqwaan kami juga akan bertambah..aaminn..

2018 akan memberi banyak sinar dan rezeki dalam hidup kami dengan perlindungan dan rahmat kasih sayangMu Ya Allah..

PTPTN............habisss daaaa

Assalamualaikum..

For today...PTPTN..nyah dari kamus budget hidupku...haha...masa ni rasa gembira..syukur baru saja balik setelkan hutang PTPTN smoothly..rasa bahagia sangat dan lapang..Alhamdulillah, dah hilang rasa beban yang ditanggung hampir 7 tahun ni..dan syukur sangat Allah bukakan hati untuk bayar lump sum hutang PTPTN..

Sebenarnya agak rugi sebab dulu lepas habis study (2010) umur 25, dah kerja..bayar tak proper.x ikut jadual..ada duit bayar, kdg2 lupa..dah tu pulak aku tolak tawaran ujrah sebab xmau potong dalam slip gaji..aduh..rugi sebenarnya..caj kos pentadbiran konvensional lebih mahal dari ujrah.. Rentetan daripada tu, aku terpaksa membayar jumlah hutang yang lebih atas kelewatan bayaran..Pinjam RM19500 untuk 3 tahun..tapi dh jadi hampir 22 000 disebabkan caj kos pentadbiran..Rsa macam bulan2 tu bayar bunga sahaja...hmmm..nI mungkin disebabkan aku berniat jahat..hanya nak bayar separuh sahaja hutang PTPTN (aku mengaku mmg berat nak bayar balik sbb bunganya tuh...haduh)

Lalu pada 2015 baru la kesedaran meningkat, sebelum pergi umrah, dalam bulan Julai aku bertekad nak langsaikan PTPTN dalam tempoh 5 tahun..aku buat potongan gaji sebanyak RM300 sebulan melebihi jumlah yang perlu dibayar dalam jadual (rm171 sahaja).. Dan start pada hari tu aku semakin bersemangat untuk menghabiskan hutang PT.. dan sangat jemu bila bulan2 menjenguk dan memeriksa baki online..dan stres.. Bila laaa nak habis..

Sampaikan 20 Disember 2017 (2 hari yang lalu), tiba2 aura nak bayar lumpsum PTPTN makin membuak2..aku xsabar dan sgt meluat tgk potongan bulan2 di slip gaji..sampaikan mimpi2 ke pejabat PTPTN.. dan aku rasa aku kena dan perlu segera bayar secara lump sum.. Congak mai congak pi..kalau dulu aku rasa rugi nak bayar hasil duit simpanan..tapi kali ni aku dah tak kisah..aku perlu setel segera..hutang perlu dibayar..barulah tenang..Strategi belanjawan kewangan akan berubah selepas ni..yang menariknya ada diskaun 20% untuk bayar keseluruhan hutang.. So agak untung dalam 2K..Kena rebut ini peluang..

Atas semangat yang semakin membara malam tadi, efeknya hari ni hasben xp kerja sebab teman aku g ambik duit kat TH dan ke opis PTPTN yang bertukar ke UTC (aku xpernah p sebab tu aku nebess).. huhu..maap la en suami..aku kalau nakkan sesuatu mmg la la tu juga la nak buat..macam xda hari lain dah..dan akhirnya Alhamdulillah..sebaik saja setelkan bayaran..rasa lapang sebelah dada (org perlis kata)..mmg rasa seroonokkk sangat, xtau nak habaq gena..huhuuu...

Anyway lepas ni..planning nak buat rumah kecik2 saja, akan tambah hutang baru ..jadinya xperlu susah payah pikir byk hutang..setelkan yg mana dulu..dalam masa yang sama, bolehlah rm300 bulan2  yang ke PTPTN akan beralih arah ke Tabung Haji pula...Alhamdulillah..aaminn..mudah mudahan segala urusan selepas ni akan lebih dipermudahkan dan diberkati...insyaAllah...

Dan sangat tak sangka sebab aku berjaya habiskan hutang sebelum target..Allah bagi hidayah untuk bayar hutang..sebab sblum ni rasa tak tergerak hati nak bayaq bagi perabih..duk tangguh2..guna kot lain..dah tu pulak berjaya mengatasi hutang belajar MARA en hasben yg akan berakhir Mei Bulan depan.. haha..5 bulan lagi nu...lambat lagi noo..en hasben ku yg sweet..aloloo..hak2..hahaha(gelak paling jahat)......

Resit terakhir kenang kenangan..GUDBYE PTPTN forever

Hampir ke penghujung 2017

salam selamat malam..

pertama kali menulis blog di kala waktu malam..dh xda kerja nak buat, en suami ondaway balik dari KL..rutin dah kali ke-15 ke sana bawak boss..hmmm..aku jugak yang boring..kelmarin melepak di rumah mak dan kak hana.. Kelmarin dulu ahad 10 Dis ke rumah Ngah kenduri cucu2nya yang comel..Mak njang pun balik hari Sabtu, sempat juga la ke umah maktam belajar membungkus lepat liat..pengalaman..Balik dari rumah ngah hantar Kak Ti ke rumah, terus ke Padang besar teman abang ambil barang untuk ke KL. Then ke Pdg Keria, ayah folow tgk tapak tanah...jumpa dengan Pak Njang Usop untuk tambun tanah..Nampak gayanya kena keluarkan kos minggu depan RM800 untuk urusan membeli dua lori tanah, 2 buah KOQ dan juga menyewa backhoe sekerat hari dgn kos RM200..HUH..Merecikk..

Semangat berkorbar2 untuk ada rumah sendiri, dah xlarat menyewa..dari 2012 dah semangat nak buat rumah, insyaallah tahun depan akan tercapai..cuti panjang ni saja aku bz melukis pelan rumah(poyo..dan bz mengalahkan arkitek)..sampai stress2 aku memikir plan dan survey kontraktor..hampir 10 pelan aku dh buat dan sentiasa berubah2..n last dah dapat plan rumah yang aku suka dan teruih hantar ke kontraktor untuk dilukis dgn lebih terperinci.. Kontraktor tu pun dah siap hantar plan tu hari ni..aku sangat excited ..walaupun ianya melebihi harga dalam bajet kami..tapi aku mmg dah berkenan dan istiqamah dgn pelan rumah idaman tu so..saiznya sajalah yang mungkin akan dikecikkan sikit..xsabar..nak duk rumah baruuu...

tapi untuk tujuan ni aku kena banyak berkorban..dah tak boleh nak bercuti kerap2 macam dulu..kalau nak stabil dari segi kewangan pun mybe 2020 nanti..takpala..korban sikit xpa..rumah tu kan keperluan..dan boleh jimat kos untuk x tinggal menyewa lagi..boleh juga aku duk di kampung lagi dekat dengan mak ayah..lagi dekat dgn skool..

Anyway tadi kak aku datang umah lepak2..dia baru sj ke klinik buat checkup..sempat la borak2 panjang..sado pulak demam..sebab semalam kot dia tdoq kat luar..dgn adik2nya osdo pun dia xmau main..makan pun xlalu..hmm...pada mak ayah aku pula, aku hadiahkan cadar..dah lama aku xbeli hadiah,,harap2 mak ayah aku suka dan tidur dengan lebih nyenyak..hehe..thermos aku juga dan sampai..nice...boleh la makan nasik panas nnt kat skool..baju pun bru siap sepasang hari ni, kak basha msg terus g ambil..

Sepanjang cuti ni..aku xbuat apa2 sangat ..byk masa untuk planning buat umah thun depan..esoknya cadang nak melawat kawan baikku asma di pdg besar..dan khamisnya akan ke penang..menyopping barang apa yang patut utk thun depan..ingat boleh bercuti ke vswiss garden damai laut..aku dapat vouvher free tapi xboleh pulak masa cuti skolah ni..penuh..nanti2 la..

Oklah untuk tahun ni banyak kenangan pahit manis..apa pun alhamdulillah kesihatan akau semakin pulih..semangat pun semakin pulih dan harapanku untuk tahun depan supaya azam dan impianku tercapai..aaminn..Azam nak bagi gemuk sikit, nak semakin sihat, semakin bertambah ahli keluarga kami, dan semakin bahagia serta bertambah iman dan taqwa..aaminn...

Seminggu cuti sekolah...ke SATUNN?

Assalam..bismillahirrahmanirrahim..


2017..Malaysia sebagai tuan rumah sukan SEA kali ke-29 telah melabuhkan tirai..
boleh berbangga dengan 145 pingat emas di kedudukan pertama antara 11 buah negara Asia Tenggara..namun ibu emasnya nggak ada..gara-gara ibu emasnya xterpunyai oleh Malaysia..makanya aku juga menang..ada kisah di sebalik kemenangan Thailand ke atas Malaysia utk acara bola sepak..

Paling tragisnya apabila gol sendiri yang dijaringkan oleh Si Haziq penjaga gol Malaysia akibat tertumbuk bola ke jaring sendiri.. Namun, tak apalah....dah tertulis rezeki Malaysia hanya di situ..kekalahan 1- 0  itulah yang melayakkan aku bercuti ke Satun, Pak Bara Thailand..hal ini berlaku kerana pertaruhan di antara aku dan hasben..kua..kua...kuaaaaa..Jika Thailand menang malam tu..tanpa was2 en hsben terpaksa akur untuk turut bercuti ke Siam..maaf..takdir telah menentukan..

2017, bulan 8..agak padat dengan aktiviti..mulanya cuti sekolah seminggu pd 25hb.tapi aku cuti awal..jumaat dh start sbb sakit perut. Jumaat tu hsben pun kna keja..blik pun lewat dlm 6.30 petang.ingatkan pindah sini mkin kurang kojenyer..tp bertambah lg ada la....hmmm.....pada petang tu..sakit perut aku mkin teruk..nk bngun pun dh xda selera..wlupun kdengaran enjin  mesin rumput yg membising di blakang umah.. Aku pun xpaham dgn si tukang mesin rumput tu..apa yg dimesinnya..? rumput kah atau tanah kah? 3 mnggu yg lepas dia dh mai mesin rumput..yg pelik rumput pn xdan tumbuh sejengkal..habis dibotakkan lg..aduhh..(aku berleter-leter tnda protes kpd si pemesin rumput)

27hb..aku mengikut hsben ambil keta jabatan di opisnya..sempatla menanam nenas pada paginya..tup2 bos kol..suh en hasben standby ke Kelate petang tu jugak...sodihnyaaa perasaan aku masa tu..tambahan pula kesihatan pun xok..senggugut berlarutan dan perut berangin len macam ja..dalam keterpaksaan kurelakan jua..petangnya dalam keredupan mentari petang diikuti hujan renyai2..hsben bertolak ke Kelate..Malamnya aku bersendirian di temani Sado, kucing kesayangan hamba..(puii)..dan juga ditemani rasa sakit perut..yang ntah hapa2 emosinya akibat kejadian yg berlaku Khamis lalu di skool..selaku guru bertugas sgtlah bebannya bila 3 kes plajar tumbuk berlaku serentak pd hari terbabit..dn mengakibatkan hormon2 aku mengalami kejutan mendadak..hampir2 aku pula yg bertumbuk dengan....eh, rahsia xleh habaq..biaq aku pendam dlm ati..

28hb...nurul dengan rela hati menenmani aku yg sendiri dan sepi..baik betul la sohabat sorang ni..secara otomatik aku rs sihat bila nurul temankan..siap pi giant, mkn kt tpi highway..n malam tu kmi layan industan.keesokan harinya aku dan nurul ke kenduri Ckg Mat..waduh2..sesak napas akibat tidak pakai stokin time jalan tgh ujan ke umah kenduri..akibatnya..balik umah Allah Taala yg tau betapa siksanya angin masuk badan..mula anxiety menyerang...dah la sorang2..nurul dh balik umah..tapi aku gagahkan juga..malam tu tidurlah aku lagi keseorangan menantikan saat ketibaan en hasben pada keesokan harinya..

29hb..badan masih terasa lemah..aku gagah g ambil barang kt umah mak..yg ni pun ada kjadian berlaku..rahsia..dan petangnya aku menjemput kepulangan hsben di Pdg Besar..dan otomatiknya aku berselera rs nk mkn dn rs sihat..siap pkena nsik arab lagi..alhmdulillah..en suami telah pulang ke pangkuanku..dan aku mula menyuarakan hasrat nk ke bercuti ke Siam..teringiiinnn..kataku dengan penuh perasaan dgn harapan dpt melembutkan hati en somi..XMAU..itu jawapan en somi..aku mula redhoo..tapi ada idea dtg..lantas aku mewassap en somi dgn teks ucapan yg berbunyi..' ABANG..KALAU THAILAND MENANG BOLA MALAM NI KIRA KONPOM PI SIAM.NO KOMPROMI..'..aku pun lantas membuka siaran lnsung bola dan menyaksikan perlawanan final Malaysia Thailand dgn penuh sokongan ke atas Siam..Maaf ..semuanya demi kpentingan diri semata2.. dan akhirnya keputusan berpihak padaku..

30hb..eh2..dah macam diari pulak...bila nak cerita ke Satun ni?? iNtro panjang nahhaii..ok dh habis ni..pada hari ni..belum kata putus untuk ke sana.jadi ke tidak..aku msih lagi menunggu green light en hsben..aku mmg paham en hsben..klu nk ke siam atau ke luar negara ja mst borat atinyaaa..sbb dia mmg patriotik sgt..sayang gila ngn malaysia..tapi sambil2 tu aku dh mula membooking hotel..petangnya aku membelanja satay rusa pd en hsben untuk ambil atinya setelah selesai mebeli insurans kereta di Kangar..malamnya aku berkemas sbg persediaan utk bertolak esok..xsabar..dh lama xbercuti kt luar negara even satun tu dekat saja pun..

31hb... ok yang ni aku akan story kat page SATUN..satu perjalanan yang agak mencabar apabila kurangya persediaan awal..macam2 juga yg terjadi..adehh

MC..

Hari ni aku mc. kali pertama dalam tahun ni..rasa rugi sgt xdapat g skolah..tp nk bt cmna dh keadaan kesihatan yg xmengizinkan..Update kali ni..dah lama sihat, kemudian skali lagi sakit sbb ambil air Ustaz pada Sabtu yg lalu..Biasalah krisis pemulihan..mujur tak seteruk dulu..Cuma berat yang belum naik2 lagi..37 kg je..masih di takuk lama..

Petang ni rasa sunyi ja..ada 2 sebab kenapa..pertama sebab aku sakit, mood xok..hasben pulak g kursus di Langkawi..kena la survive sendiri..mcm semalam sakit pinggang sgt plus cherry berry..haduii..dugaan..kedua, lepas ambik mc td, aku dh xtahan , aku p buang kucing Kam2 dgn anak2nya yg comel ke market. Dlm sakit2 ni aku dh xpikir apa..serabut dgn ank2 kucing yg berak dn kencing merata2..harap2 lepas ni hantar ke market depa dpt survive kat situ..mmg la kesian sgt..xsampai hati nk buang tp...tapi susah juga nk bela klu duk di taman ni..bila tenung saja bekas Frikies kat dapur, sayu ja..rindu pula dgn Kam2 dan ank2nya..peneman hati aku selama ini..dh mcm kluarga..hari2 ada ja kisah Kam2 dan ank2nya yg nak dibualkan kami suami isteri..

Hmm..sebenarnya dah setahun lamanya aku bela Kam2..Kam2 ni asal dari rumah mak..kak Su hantar sini skali pakej anak2nya yg comel..tp ntah hilang ke mana semuanta..Kali kedua Kam2 beranak lagi.. tp yg survive sekor saja yang namanya SADO..SADO baru berusia 6 bulan..SADO ni juga ada sejarahnya..pernah aku hantar ke market juga lepas balik dari Putrajaya, Tapi 3 hari kemudian SADO tiba di rumah pada awal paginya di depan rumah kami..arghh..memang Sado sbb jumpa jalan pulang..lalu skali lagi aku mandikan dan bela lagi..

SADO ni dari kecik mmg dah sado..badannya gemuk berbanding adik beradik yg lain..bertambah kesadoannya apabila satu-satunya ank kucing yang boleh survive.yg sedaranya mati sbb kutu kot..apa2 pun sekarang SADO lah yg jadi teman di kala ku kesepian. Sado juga menjaga adik2nya lima beradik dengan penuh kesabaran walaupun pada awalnya SADO xsuka dan benci dgn adik2nya.. 

SADO OH SADO..Walaupun kdg2 perangainya menjengkelkan: berak dan kencing merata..tapi kenakalannya membuat kami terhibur.. jgn xtau SADO juga pandai mengurut..hari2 balik sekolah, SADO akan mengurut..tiap jam 6 pagi ja SADO akan mengiau utk masuk ke rumah..HURMM..sayang SADO SAMHANIM...

Eh2 dah kenapa aku karang lebar pasal SADO ni..hehe..nanti aku upload gmbar sado untuk kenang-kenangan. Aku bertekad kalau SADO masih berperangai buruknya yg lama, aku akan tempatkan SADO di market yg lebih jauh dari rumah hingga jalan pulang xkan ditemuinya..

Anyway, the best story is Kak Su dh pregnant 2 bulan..setelah 4 tahun setengah menunggu. Alhamdulillah rezekinya dah sampai..Aku pula yg sangat excited pada pagi 27 Julai 2017 tatkala membaca msg whatsapnya.. Aku doakan semoga kandungan Kak SU membesar dengan sihatnya..tak sabar rasanya aku nk ada anak menakan.. dan diharapkan juga giliran aku pula utk pregnant lepas ni.. Aaaminnn..

Salam Ramadhan 1438

Salam..hari ke 23 Ramadhan..

Alhamdulillah masih lagi puasa penuh..syukur sangat berbanding tahun lepas..bergantung pada ubat untuk berpuasa..Puasa kali ni menjadikan aku lebih kuat
Walaupun hari pertama hingga kelima..banyak sangat cabarannya..tapi kuatnya lawan untuk menunaikan rukun islam ketiga ini..Alhamdulillah..Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Berkat Ramadhan juga, doaku dimakbulkan..en hasben dah dapat transfer ke Perlis..Walaupun jauh juga opis dgn rumah tapi xpala..asalkan dapat cuti yang sama dengan aku..hehe..Anyway telah berjanji dgn en hasben untuk belikan motosikal baru kalau dpt transfer..slow2 nanti aku kotakan yerr.. emm..BAIKNYA AKU..bini sapa la ni??...

Pada Ramadhan kali ini jugalah sempat aku ke Langkawi dengan tidak terancang dan kepincangan perjalanan..haha..duk berkira-kira nk pi..nak pi...tup2 ter pii..juga walaupun aku sendiri xyakin kuat ke aku bulan posa ni nk g jalan2..

So pada Khamis 1 JUN, pagi yang agak rileks..dan jam 11.15 bertolak ke jeti slpas terasa ingin ke Langkawi..tapi sampai di jeti..ALLAH..lupa pulak bawa henset..hmm..memandangkan bot pada pukul 12, terbatallah hasrat untuk ke Langkawi..balik ke rumah sempat berehat, tido..dan jam 1.20 ptg kemudiannya bersiap sekali lagi ke jeti dan mengambil bot pukul 2..

al kisah di dalam bot, anxiety datang menyerang..rasa seperti sesak nafas..nak saja ajak hasben keluar dr bot..tiba2 rasa nk berpatah balik..haishh...mujurlah masa bot dah jalan..aku berjaya menenangkan diri sendiri..Smooth perjalanan..kira-kira sejam sampailah di sana..menyewa kereta Viva RM50 ..murah sbb bulan posa kan..

Kami menginap di Panarak Bamboo Motel yang terletak lbih kurang 5 minit perjalanan dari Jeti..OK juga la tempat ni.ada diskaun bulan posa..Huntung la juga mai dalam  bulan posa ni..semua murah2..
So tujuan nk ke sini sebabnya misi yang utama mencari pemanggang ajaib..yg ajaibnya pemanggang kat HIG semua dah habis stokk..hmmm...xda rezekinya ..xpelah..

anyway ok juga sebab..petang tu, kami sempat ke Chenang..konon nak berbuka puasa sambil tgk matahari terbenam..Alhamdulillah tercapai juga..Walaupun pantainya dipenuhi oleh kaum2 India Cina..kami terselit juga muslim yang ada kat situ..berbuka puasa di bawah pephon nyiur yang melambai-lambai giteww.. Saksikanlahhh...gambar2 kenangan di Chenang pada Ramadhan kali ni..

👽
Lapang dan tenang..no crowded...lega..
Alhamdulillah..sampai dah woii
Viva RM50 sajo..
Panarak Bamboo Village..
Model yg underweight..ada aku kesahh
Sesampainya di Chenang..menikmati view sunset dan waktu berbuka
Cuci mato ke tu?..

bz cari setting fon..time ni bru kalut nk study

makanan dah standby..yg ni ajo..syukurr
Berbuka ditemani view sunset..layann
sesudah berbuka..

finally..bye2 Chenang..my memorable moment for this Ramadhan here..

Ni time sahur..makan ala kadar alas perut