See The World Through My Eyes: 12/20/16

SEKIAN LAMA...

Assalamualaikum,...

pagi yang mendung, masih kedengaran bunyi rintik-rintik hujan..hati rasa sayu dgn iringan lagu-lagu bollystan, dah berbulan lamanya blog ni yang dulunya ceria dengan warna-warna perjalanan ke serata tempat..tapi kali ni pada tahun ni ada bezanya..

Tahun 2016 yang mencatatkan sejuta kenangan kesedihan dan kesakitan dengan ujian Allah s.w.t..Tenanglah, positifkanlah..ini adalah ujian terhebat buatku sepanjang hidup. Aku yakin ujian ini adalah sebagai penghapus dosa, menguji kesabaran dan imanku..Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan ujian Mu..membuka mataku dengan lebih luas untuk melihat sisi sisi dunia yang lain..dari kaca mata insan yang lebih hebat ujian hidupnya..Allahuakbar..

Hari ini adalah hari kekuatanku untuk menulis di blog ni setelah sekian lama melemah di dunia sendiri.. Jika sebelum ni aku slalu bergumbira dengan nikmat kehidupan, di satu saat ujian datang menyinggah untuk mengejutkan aku dari arus kenikmatan.  Aku dihantui dengan penyakit sejuta rasa iatu GERD. Seram aku menulis perkataan ni.. seseram aku menghadapi simptom2 penyakit ni..sentiasa rasa sesak nafas, ketakutan berpanjangan dan pening kepala yang menemani sepanjang tahun.. Serius, sepanjang tahun 2016, pada tarikh ini..tidak pernah walau sehari aku sihat seperti insan yng normal.

Cemburu melihat rakan2 yang sihat, dapat buat apa saja aktiviti tanpa risau. Aku hanya terperosok di rumah melalui hari2 dengan penuh sabar menghitung hari2 yang sihat. Tapi aku sedar dan bersyukur kerana menemui rakan-rakan yang mengalami sakit yang sama. Saling berkongsi perasaan dan saling menyokong antara satu sama lain untuk sembuh. Now..dengan bimbingan dan kekuatan moral support dr hasben dan kawan2 group, aku dh berjaya berpantang makan ketat selama 49 hari..Perit rasa bila xdapat menikmati makanan kesukaan..namun SABAR..untuk menemui jalan kesembuhan.tak sanggup aku nk menghadapi saat seperti nyawa akan dicabut..dahsyatnya penangan GERD..

Merubah hampir 95% hidup normal aku ..aku redha..dan berharap tahun 2017 ada sinarnya untuk kembali normal..cukuplah aku dah menyusahkan banyak org dengan sakit yg kdgnya seperti mengada..kerapkali ke hospital yang selama ni tempat yg paling takut dan xpernah jejaki sebelum2 ni..aku berazam untuk sihat..biarlah pada saat ni tubuh badan yang menyusut mendadak, kurus melayang ditiup anginm..aku dah tak kisah, yang penting sabar..insyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa. Hujung tahun ni tak seperti sebelumnya, tiada istilah bercuti di mana-mana..tak apalah..Biarlah pulihku seperti sedia kala ..AMINN

Cukuplah sekadar aku menjenguk blog ni..terubat sudah rindu di hati menatap kembali gambar2 percutian terdahulu. sekarang aku sedar untuk lebih menghargai apa nikmat Allah yang telah beri selama ini, rezeki kesihatan yang mmg tiada nilainya berbanding wang ringgit..




TERIMA KASIH buat insan-insan ini yang berada di sampingku...suami yang sangat penyabar..rakan-rakan sekolah..especially Kak Zai, Nurul, Ust Noriza, Kak lia, Kak Helda..Kak Miza, Kak Syimah, Syakirah dan kawan yg jauh di mata Zaza yg sentiasa memberi support..makcik2 cleaner, makcik kantin yang selalu mengurut bila terjadinya sesak nafas..studen ku yg terbaik, Farawahida yang selalu membantu dan support...aduhh..Terima kasih kalian..