See The World Through My Eyes: KLANG - CAMERON HIGHLAND 2018

KLANG - CAMERON HIGHLAND 2018



Salam..Jumaat 27 April..bertolak ke Klang untuk melawat Pak Ngah Idris di Hospital Klang.

Bertolak selepas Asar tepat jam 5, first time ke KL pada waktu macam ni..Nak sampai tu ya Allah terasa sangat jauhhh..sakit belakang duk lama2 dalam keta..asyik duk tgk wave brapa minit g nak sampai..xsabar..asalnya nak bertolak selpas solat Jumaat, tapi keadaan kesihatan xmengizinkan..perut asyik kembung ja minggu ni..nampaknya kena banyak berpantang makan lagi..

I minit lagi nak sampai.. tepat jam 12 malam sampai di hotel. 7 jam perjalanan..waduhh..siksaaa
sampai di hotel De Art I City..lawa deko2nya
gambar yg aku suka ..ada sentimental value..
view waktu pagi ..lawa..teringat masa fly pi Sabah 2012..awan2 cenggini..
Selepas Subuh, cari makan pagi then terus rehat kat hotel..kepala pening xleh tido, then kul 12 check out, terus ke Hospital Klang. Sesampai saja di hospital rasa takut sangat.rasa memang sangat tak mampu nak naik tingkat 5 tengok Pak Ngah. Dengan keadaan hospital yang agak sesak menambahkan anxiety aku..Pening sangat, tapi aku gagah juga ikut belakang suami.. Terus ke kantin makan dulu. Rasa hilang sikit rasa anxiety, banyak baca surah2 yang diingati..Allahuakbar..aku rasa bersyukur sangat bila masuk dalam wad Ortopedik..macam2 yang dapat tengok..dan menambah resah aku..Persekitaran wad yang kurang selesa, tidak bersih membuatkan aku rasa macam nak lari..syukur sangat la aku jadi orang Perlis, sekurang-kurangnya hospital xla sesak nafas macam ni..syukurr..Lepas tenangkan diri , tengok Pak Ngah, sedih pula..aku pula yang rasa lemah semangat masa nak balik..Rasa sayu..sedih...ntah camna pula la pengakhiran hidup kami...di kala usia senja nanti..Inilah yang dinamakan realiti kehidupan, Putaran hidup, yang muda kian tua, dan yang pasti mati itu pasti , cuma tidak pasti bilanya akan tiba ..Allah..sangat2 insaf bila ada di sini..Apa yang pasti kehidupan perlu diteruskankan dan menghargai setiap nafas yang Allah kurniakan dengan amalan untuk bekalan di alam sana nanti.
Pandangan dari wad Tingkat 5, nampak kelibat hijau keta aku..xsangka aku berjaya ada di tingkat ni..
mengatasi anxiety yang melampau2 masa di hospital ni.

Perjalanan diteruskan, cadangnya untuk singgah semalam di Cameron..sekali lagi anxiety datang menjelma, panick attack bila mula menyusuri jalan Tapah untuk ke Cameron..ditambah dengan bacaan kaji cuaca yang mengatakan ribut petir pada petang ini.. Allah..sekali lagi aku kena gagah melawan anxiety...Apatah lagi dalam perjalan selama hampir 2 jam dua kali bertembung dengan lori yang turun laju dari arah bertentangan.. berapa kali rasa jantung ni macam hampir gugur..tapi aku gagah, takut hasben risau..lepas ni aku memang takkan lalu jalan Tapah lagi kalau nak ke Cameron..Cukuplah perjalanan kali ni yang mendebarkan..saat hasben salah pusing stereng,...hadoii...


dah makin nak sampai, di Ringlet

Sesampainya di Bharat..angin sejuk mula menerpa..aku pening time ni, badan rasa goyang,
nak snap gambar pun xlarat..badan rasa xstabil
lawa view sini..baru lepas ujan

Akhirnya sampai di hotel, stop kejap nak cari makan..
pasar malam Brincang mmg dekat sgt dah..di bawah tu ja

Hasben dan kambing xdapat dipisahkan..diner malam ni

Menunggu sarapan pagi di hotel..kui 8..oh noo..lewat tu..kami p cari kat gerai bawah..
Kecekalan en suami memikul bantai strawberi

Aku, strawberi dan Iriz

Penginapan kami di Hotel Double Star..ok boleh tahan la..sesuai dengan harga
Perjalanan kami diteruskan, aim utama nak ke ladang teh di Sungai Palas, seawal jam 8.30 kami dah bergerak dari hotel , lebih kurang 30 minit perjalanan baru nak sampai..ngam2 lah sebab ladang ni buka jam 9.00 pagi..tetapi aduhai..sekali lagi kena melalui jalan yang seram , mendaki jalan yang sempit dan berselekoh tajam untuk sampai ke sini..Mujur jalan nak naik kurang sesak sebab kami awal..

Namun setibanya di sana, parking dah hampir penuh, kena pula menapak kalau nak naik ke atas, ada restoran atas tu, dan kilang..mampukah aku??.. sekali lagi rasa darah xsampai ke kepala.mula seram sejuk gedi..kena berperang dengan anxiety once again..Hasben byk bagi sokongan psikologi..Dah mula terpikir macam2..jadi trauma sebab masa kat Bukit Tinggi nak naik taman jepun, aku dah kena panik attack..So..aku kena berani..sampai bila..memandangkan cita2 nak ke Switzerland..aku kena praktis dari sekarang..sampai bila nak dibelenggu dengan anxiety, gerd..Dalam hati..aku kasihan tengok en hasben bersusah payah bawak keta kilas stereng xsangga..last2 xjadi naik sampai atas..en hasben macam excited dan teruja..sebab tu aku kuat juga..menapak setapak demi setapak..dan tangga2 terakhir membuatkan aku semputtt....tapi cuba control pemikiran..perut dah mula kembung semacam..sampai saja atas, mata dah melilau-lilau cari keta yang boleh bawa aku turun ke bawah..hmm..ada la dua tiga buah tapi xdiizinkan si suami..katanya untuk bawa pelancong lain..Apa pun aku lega sebab ada juga kenderaan.in case emergency aku nak nk tumpang ke bawah..

Mendaki jalan sempit, berliku untuk ke Sg Palas

hampir sampai..dah nampak kehijaun ladang teh Sg Palas, antara terbesar di Asia Tenggara..bangga

Tengok kerusi ja rasa lega..sekurang2nya aku boleh duduk..berapa banyak kali daa aku duduk ambil nafass

Akhirnya dalam keadaan semput2, aku berjaya naik tangga sampai sini..bravo..bravo
Viewa dari atas tempat makan ni
Xmau masuk dah kilang teh ni..aku nak turun..huhu..bergambar kat signboard ja
Ambil semangat pelancong ni..yang kurang upaya pun boleh naik..snap curi2

Muka xda mood dan xlarat..apa pun dah tercapai hasrat nak mai Sg Palas ni
                                     
Eh..nak join rombongan sekolah plak hasben ni

xsangka aku berjaya berjalan ikut tangga tu masa naik tadi

Time nak balik, jam 11 pagi, jalan mulai jam..kenderaan berasak2
Kami meneruskan perjalanan pulang ikut jalan Simpang Pulai..dah xkemana2 sebab kami dua rasa sangat letih..mungkin penangan angin sejuk..Apa pun perjalanan kali ni memang menguji anxiety aku..dan aku berjaya mengatasinya dengan dorongan hasben tercinta..dan rasa ringan kepla dari keserabutan memikirkan kerja. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang aku dapat untuk melihat keindahan bumi ini..jauh dan banyak lagi yang perlu dilihat dan disyukuri..

Kmai sampai di Perlis jam 6 petang, malamnya en suami macam nak demam, lenguh satu badan, kepala panas..aku risau..kemudian selepas dipercik air zam-zam, badan suami dah kurang panas..
aku pun pun sakit satu badan ..esok sekolah..huhu..macam nak mc ja..tapi aku berjaya juga ke sekolah..memandangkan selasanya cuti.. (hari ni lerr)..

Ok..stop sini..ada banyak keja nak buat..esoknya hasben kena KL pulak...sedihh aku..kna tinggal lagi..huhuuu...

0 comments :

Post a Comment