See The World Through My Eyes: KRABI, THAILAND 2015

KRABI, THAILAND 2015

Sempena 1 Mei, Hari pekerja yg jatuhnya pada hari jumaat dan kemudian pula disambung dengan Hari Wesak, Ahad berikutnya...mmg dapat peluang cuti 4 hari. Mulanya merancang nak ke Hatyai cuma tapi tringin pula nk ke Krabi.. Kali ni kami xpergi hanya berdua tetapi ramai!.. Kakak ipaq i yang 7 beranak , my sis and abang ipaq yg datangnya dari Perak.

Sehari sebelum pergi, Kak ipaq smpai jam 6 ptg di Perlis. Kami pula p cari kamera GoPro kt A.Staq n tukar duit. Tapi act xbeli pun sbb mahal sgt. Pakai kamera lama jela..hurmm...Balik singgah rumah Maktam tlg mktam buat mkn2..jemput pakngah sekali..Manakala abg ipaq, Abg Rizal yang paling kesian, bas yang spatutnya bertolak jam 3 last2 8 mlm bru bertolak. So, disebabkan hujan yg lebat, malam, jalanraya yg sesat kami p teman kak su ambil abg Rizal di Shahab Perdana. Jam 1 pagi baru kmi smpi rumah dan mula packing barang.

2 Mei 2015

Bertolak jam 7 pagi ke rumah Maktam untuk breakfast dan jemput Kak Uji. Siap tapau makan semua, jam 8 lebih jugak la baru bergerak ke Pdg Korea jemput kak n abg rizal. Kami cuma p dgn 2 biji keta saja.......Then singgah di Kangar pula, beli insurans Thailand. kena RM20. Singgah isi minyak 2 x, n finally kmi decide utk ke Krabi melalui sempadan di Wang Kelian. Agak ramai orang, sempat tukar duit di sempadan belah sana, rate pun lebih kurang ja. RM1 = 8.8 BAHT...RM jatuh agak banyak..

Dalam jam 12.00 bertolak dari sempadan, singgah di TESCO untuk beli SIMCARD siam. Haruslah pakai waze sbg panduan perjalanan. Ikut waze atau Google Maps dari sempadan ke Krabi adalah 6 jam perjalanan. Kami singgah cuma sekali selpas kawasan Trang. Perjalanan smooth je cuma bila sampai di Krabi mmg jam..nmpak keta org Malaysia ja..Mula mencari guesthouse yg telah dibooking di Booking.com tanpa dikenakan caj kad kredit ke apa. Aku mna la ada kad kredit suma ni..

Tapi malangnya, parking penuh.. lalu incik hasben drop kami depan Popeye Guesthouse then beliau mula meneruskan misi mencari parking. Kak Uji n family pula baru nak mencari hotel yg dekat dgn area hotel kami. Popeye Guesthouse ni mmg aku recommend kpd sapa yg mmg budget rendah tp nak duk dekat pantai Aonang...tapi serius, biliknya sgt bersih dan sgt selesa. Berbaloi sangat dgn harga RM109 utk 2MALAM.. tapi bilik aku xda aircond, cuma ada kipas jer.. kalau bilik kak su ada aircond RM157 utk 2MALAM... berbaloi-baloi kan???

Sekitar Popeye Guesthouse
Cari makanan halal agak sukar..
Petang tu, ada berlaku drama, krisis, tragis.. di mana semuanya berpunca dari masalah parking xjumpa..huhuuu..xnak story di sini..Petang tu, kami cuma jalan2 di sekitar hotel mencari pakej untuk ke Pulau dan Pakej Elephant Trekking. Kedai2 yg berderetan nni lebih kurang di Pantai Chenang Langkawi tapi sini lebih happening, meriah dan mcm2 kedai ada..Makan malam di restoran Bamboo. Mahal nyer..rm16.70 sepinggan nasik goreng yang ciputt.. xpelah yg penting halal. i REDHOO..sbb area sini mmg susah sikit nk cari restoren halal....Malam tu kami buat kputusan utk ambil pakej dgn sorang mamat ni..yg akhirnya kami tertipu dgn pakej yg ditawarkan.. pahit la juga kna tipu..xpenah kmi travel sebelum ni tertipu dlm bab2 pakej ni...hurmmm.. Sebenarnya mmg rambang mata tgk beratus2 kedai yg jual pakej yg pelbagai. Tapi hampa apa yg kami cari xda.. Pakej PULAU PHI2 sudah fully BOOKED!.. dissappointed..So kami ambil pakej ke 4 pulau dgn bayaran RM65/pax.. balik bilik teruih lena xsedaq diri, penat...

3 Mei 2015

Bangun awal, excited nak tgk pantai Aonang. Jalan2 cari breakfast cuma jumpa Cakoii..sedapp, boleh la skadar nak alas perut. Kedai buka seawal jam 9 pagi Malaysia = 8 pagi Thailand. Sempat sambar rayban n topi yg harganya lebih mahal berbanding di Night market di Krabi Town. So..jam 9.30 pagi Thailand, baru ler kami dijemput naik Pikap utk ke pantai. Janji pukul 8.30 tapi lewat sejam. Mg janji siam betoi.. Mula rasa tertipu sikit. bila sampai pantai, rupanya kami akan naik longtail. xseperti dijanjikan dalam pakej yg katanya naik Green boat skali dgn org diving... mmg geram, pakej bayar mahal rm65, klu kdai lain naik longtail cuma rm40.. mmg nk kna mamat ni..xpa..sabaq..sabaqqq..jgn duk buat lokluq lagi..rileks lu....


Muka seronok naik pikap siam
Blakang tu.. mister potato.. Kak Su pakai topi Cowboy nak cover muka takut sunburn


Longtail..Inila rupanya..perhu panjang, nmpak mcm sentimental value giteww..Then belayarlah kami menaiki longtail. First pulau ialah Poda Island, org ramai kt sini, second Chicken Island, rasa mcm pantai kt Sabah ja, third, Tup Island, best juga sini..air cetek je, confirm xtenggelam n last one..mmg best kt Phranang Caves..tempat ni cantik sbb view Pulau dan Gua dgn view perahu di pesisiran yg menjual byk makanan halal. Sayang...kami xsempat beli apa2 sbb rombongan longtail kmi dh nak bergerak balik. Kiranya hari ni mmg seharian di 4 buah pulau. mmg letih dan sunburn. Overall 3 bintang setengah utk pakej ni..


Poda Island
Bersiap2 untuk aksi terjunan merbahaya


Tup Island
So many halal food here.. uniknya dijual dalam perahu panjang ni..

Hati2 memanjat..silap panjat kot terbungkang dalam laut


Balik menaiki tuk tuk, penat, mandi2, bersiap utk ke Krabi Town utk pergi Night Market yg hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. So ke sana menaiki tuk2 dengan harga rm20/pax. MMg meriah night market.mcm2 ada dijual, pling special kraftangan dari org kurang upaya. Tapi hati hati klu nk membeli makanan , pastikan yg menjual tu memakai tudung dan makanannya adalah halal. Sbb di sini en hasben nyaris2 terbeli udang goreng yg dijual bersama daging babi. Alhamdulillah...Allah bg petunjuk...2 jam kami kt sini then balik...aku ajak hubby p mngurut kaki.. huish mmg best lah..rm20 utk sejam..org Malaysia belambak kt spa yg kami pilih ni.. kalau nak diikutkan tu mmg banyaaaaak sgt spa massage..xtau nak pilih, dh la murah, rugila kalau mai sini xtry massage depa...mmg terbaiklah...hasben yg baru kali pertama test massage ni pun cakap best.. Uncle yg urut beliau tu owner spa tu rasanya.. mmg dh expert...

Layan blues menaiki tuk tuk ke Krabi Town
Ini betul2 orang..bukan patung yerr

Suasana sekitar Night Market di Krabi Town
4 Mei 2015

Hari ketiga dan hari last kami di sini. Pakej Elephant Trekking, menaiki tuk-tuk utk ke sana. agak jauh  di kawasan hutan. Bila sampai kena menunggu lbih kurang 30 minit utk naik gajah. Kami dihidangkan buah tembikai... Pengalaman naik gajah adalah sesuatu yg baru, merentas hutan, sungai..kami memilih gajah yang bernama Mama Noi. Mama noi ni mungkin anak gajah mengikut saiznya yg xbegitu besar. Abg Rizal n kak su pilih gajah yg besaqq, nama Butong apa ntah.. Mujur xpilih gajah tu mmg banyak songeh, spanjang trekking keja singgah makan ja..Mama Noi pulak bagus betul, cuma dia berhenti berak sekejap..huhuuu....




Habis trekking kami menunggu baby elephant show sperti yg terdapat dlm pakej. Tapi aneh, kami dibawa terus pulang ke hotel..Bila tanya driver tu dia langsung xpaham english n malay...dh la driver bertukar2, susah nak detect.. Mmg time ni rasa tertipu sangatttt...kami ke kedai mencari mamat tu tp x ada. dia xbuka kedai.Mmg geram lah time ni..lalu dgn akal yg kurang waras kmi menulis surat layang.. Ntah dia paham ke tidakk..apa pun ni antara pengajaran yg kami dapat. sepatutnya, nak memilih pakej biarlah di kedai yg permanent. rupa2nya mamat ni hanya menyewa sekejap saja, org2 di area2 tu pun xkenal mamat tu. mungkin dia dh menipu byk org, ambil untung ats jualan pakej yg x serupa bikin. xpelah..

Sebelum pulang, kami makan di sebuah restoran makanan halal di Aonang Beach juga..mmg sedapp.. laksa n nasi ayam. boleh pilih kuah yg pelbagai jenis.. harga pun berbaloi..Perjalanan diteruskan utk ke Emerald Pool tapi disebabkan kesuntukan masa, taku border dh tutup jam 10 malam, kami meneruskan perjalanan pulang dan sampai di border jam 9.20 malam. Singgah makan di kedai area Padang Besar. 

Jam 11.30 kami sampai di rumah.. Berkemas untuk esok sbb ada kursus PT3 Geografi..huhu... anyway.. percutian singkat ni boleh refresh mood sbb Krabi adalah destinasi percutian pertama dalam tahun 2015. Ok..bye2...salam..

0 comments :

Post a Comment