See The World Through My Eyes: June 2015

Santai di Putri Ayu Chalet, Yan Kedah.


Salam...Entri kali ni lain dari yang sebelum2 ni.. bukan bercuti, tapi ber 'kem' bersama bebudak pengawas n rakan2 sejawat.. Cuma 1 hari setengah jer, tapi cukuplah..memang agak ponat namun dapat pengalaman baru bercuti bersama bebudak ni.. Best juga sebenarnya..Maklumlah tanggungjawab menjaga 70 pelajar pengawas bersama 6 guru yang lain bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Aku bertugas sebagai AJK Pendaftaran, AJK Dokumentasi, Memasak dan Mengawal segala aktiviti di sepanjang kem..

26 Mei 2015, bertolaklah kami ke Putri Ayu chalet yang terletak di Yan Kedah, area Gunung Jerai la jugak. Kami turut sama mengiringi budak menaiki 2 buah bas sekolah. Cuma aku berdua dgn Cikgu Hayati, Perjalanan lebih kurang 1 jam 40 minit dari SMK Sanglang terchenta..sampai kira-kira jam 10 pagi di sana, slot pertama bermula.. Sebenarnya banyak kem yang terdapat di sekitar Yan ni.. Kalau dulu masa aku muda remaja, ber kem di Kem Kenari. Tempatnya boleh tahan best. But ok la Putri Ayu ni..Tempat yg chantek n sesuai sgt buat kem dan bersantai sebab suasananya menenangkan..Namun agak kureng sedikit dari aspek pengurusan. Yg tu xmau storylah di sini..

Anyway, layan je gambar aktiviti bebudak pengawas ni..
Sesi pendaftaran sebelum naik bas
First time pakai selendang..jadi ke idokk?? haha
Kena berjalan sejauh 1KM juga untuk sampai ke chalet
Aktiviti memunggah kelengkapan untuk memasak
Sesi mengumpul henset oleh Pn Hayat yg garang nih..
Slot pertama
Muka kena masak. time ni mengantuk sangat
Pn Hayati menunjuk skil menetak 10 ekor ayam sekelip mata
Pn Hayati Ahmat dibantu oleh Pn Hayati Ismail.. erm..jomlah kita hayati..
Sesi taklimat sukaneka waktu petang
Game 1
Game 2
Sesi pekena Teacher Hafiza ..Beliau kena tuang tepung ngn bebudak ni
Para cikgu lelaki yang tiba jam 7 malam utk buat BBQ.. Semua buat muka kemaih.. anyway mmg best sgt depa ni sbb supersporting dan sanggup datang untuk memeriahkan kem ni..Thanks!
Memproses ayam oleh chef Azhar dibantu Chef Zamzaidi. Yg 2 orang tukang pantau
Habis licin. perut kenyang sangat2..macam2 yg harus di makan..ERKK
Ni bebudak pengawas punya keja.. habis hangus..sapa nk makan ni??
Patut ler..ni nk membakar apo nih??

Hari kedua 27 Mei 2015
Sesi Tazkirah selepas Qiyamullail jam 4.30 pagi
Dapat peluang Qiyamullail berjemaah
Alhamdulillah..selesai berQiyamullail 
Sesi senam robik di pagi hari
Guru dan student
bersama pengawas lelaki
bersama pengawas perempuan..sori yg x kelih muka tu..
JOM kita selfie


             Sesi taklimat jungle trekking
                Trekking yg boleh tahan mencabar
                    Kena mendaki la pulokk
               Menuruni bukit yang curam dan licin

    Meredah anak sungai..

Bebudak ni mmg bukan main gumbira

  Terjunan terakhir beramai-ramai

 Sesi penutup dan penyampaian hadiah

       Menunggu bas untuk pulang

Alhamdulillah, selamat sampai dengan selamat..