See The World Through My Eyes: December 2017

Azam 2018


Salam akhir penghujung tahun 2017...hari ni dah 28 DIS 2017, coretan penutup dan terakhir 2017..

Corat coret kenangan pahit manis sepanjang 2017..Yang indah2, yang dah tercapai dan masih belum tercapai..

Yang manisnya, Awal Februari, selepas cuti sebulan tanpa gaji pada awal tahun..dah boleh mula bekerja walaupun dalam keadaan yang masih belum sihat sepenuhnya..namun alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk kembali bekerja..perjuangan untuk ke sekolah pada awalnya sangatlah kuat dari segi mental psikologi..ni disebabkan fizikal yang berubah sangat..berat yg dulunya 50 kg ke 37 kg..mmg nak menghadap rakan sekerja dan studen kena kuat tahan dgn komen2 yg boleh meruntuhkan semangat aku nih.. tapi sekarang dah lali..malah ada perubahan dah bertambah sedikit kilonya..

Pada Mac, alhamdulillah rezeki en suami dapat APC, APC kali kedua sepanjang perkhidmatannya..Alhamdulillah.........

Manisnya lagi..bulan 5, sambutan hari guru..aku terpilih sebagai untuk Anugerah Guru Wanita Popular..mungkin sebab pada tahun ni aku lebih dekat dengan pelajar, lebih memahami dan lebih2 ikhlas dalam menyayangi mereka..dan tahun ni aku rasa lebih rapat dengan studen, i love my students especially tingkatan 1 yang saban hari keja melepak di bilik Geo time rehat.. Malah ada studen Form 2 yang sanggup membantu untuk mengemas bilik Geo dan lebih nampak ceria..Tirai pun dah pasang, nmpak lagi cunn..


Memorable moment..kat pentas boleh sebak pula..haishh..
Thank u my students..sangat enjoy mengajar tahun ni..siap dengan mcm2 prtandingan aku buat, membina model petempatan, debat, eksperimen gunung berapi la..n sgt mencabar juga utk satu kelas yg hyperactive..fuhh..!! agak nightmare hari selasa, kelas padat dan kena kelas yg super aktif 2g.. 
Yang paling xlupa ada 4 pelajar yang ponteng masa aku lari balik, dan eksiden..mujurlah aku sempat bt pengumuman dalam telegram rasmi dan announce nama2 pelajar ponteng..kalau x jenuh aku kena menjawab.

Bulan puasa pula alhamdulillah, boleh berpuasa dengan kuat berbanding tahun lepas bergantung pada ubat..dan semasa pertengahan Ramadhan, doaku dimakbulkan..abang ..en suamik dapat transfer ke Perlis setelah 5 tahun di Kedah..dan pengakhiran Syawal berita gembira lagi kakakku dah pregnant..Alhamdulillah............eh..tgh menulih ni kak su mcm tau2 ja..dia hantar gambar scan bby dia..mmg sejibik muka dia..haishh..xsabar pula aku nak uli anak sedara yg first ni..Allah...harap tahun depan rezeki aku pula..aaminn..

Bulan Ogos pula seronok, pertama kali anak didik chess ku , Saipudin telah berjaya ke peringkat kebangsaan..seronok sangat..jenuh juga la ke rumahnya untuk membolehkan dia ke peringkat kebangsaan..ada cerita sebaliknya..budak yang berpotensi tapi sayang selalu ponteng sekolah.

Diikuti dengan pengakhiran hujung ni..alhamdulillah..aku dah berjaya melangsaikan hutang PTPTN..rahmat besar ni..selesai hutang..

Kisah percutian pula sepanjang tahun ni..kami hanya ke Putrajaya, 2 kali..KL shopping semata2 sekali, Langkawi (masa bulan puasa) ke Bukit Tinggi, Pahang..Satun Pak Bara Thailand dan Bukit Bendera Penang sahaja..Insyaallah selepas ni akan menapak lebih jauh lagi..Dengan harapan aku akan sihat sepenuhnya seperti dahulu kala..aamin ya Rabbala'lamin....

Untuk azam dan harapan tahun depan..aku mengharapkan supaya lebih sihat, lebih cemerlang dalam kerjaya, bertambah kukuh dan erat hubungan suami isteri keluarga dan dilimpahi kasih sayang dalam keluarga kami, ayah mak, kak adik semua sihat juga..Aku mengharapkan supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..dan impian untuk bina rumah tahun depan juga tercapai..serta dipermudahkan urusan naik gred untuk tahun hadapan..serta en suami akan habis bayar loan kereta dan juga loan MARAnya..harap2 yang bertambah2 baik dan manis2 juga tahun hadapan.. Semoga keimanan dan ketaqwaan kami juga akan bertambah..aaminn..

2018 akan memberi banyak sinar dan rezeki dalam hidup kami dengan perlindungan dan rahmat kasih sayangMu Ya Allah..

PTPTN............habisss daaaa

Assalamualaikum..

For today...PTPTN..nyah dari kamus budget hidupku...haha...masa ni rasa gembira..syukur baru saja balik setelkan hutang PTPTN smoothly..rasa bahagia sangat dan lapang..Alhamdulillah, dah hilang rasa beban yang ditanggung hampir 7 tahun ni..dan syukur sangat Allah bukakan hati untuk bayar lump sum hutang PTPTN..

Sebenarnya agak rugi sebab dulu lepas habis study (2010) umur 25, dah kerja..bayar tak proper.x ikut jadual..ada duit bayar, kdg2 lupa..dah tu pulak aku tolak tawaran ujrah sebab xmau potong dalam slip gaji..aduh..rugi sebenarnya..caj kos pentadbiran konvensional lebih mahal dari ujrah.. Rentetan daripada tu, aku terpaksa membayar jumlah hutang yang lebih atas kelewatan bayaran..Pinjam RM19500 untuk 3 tahun..tapi dh jadi hampir 22 000 disebabkan caj kos pentadbiran..Rsa macam bulan2 tu bayar bunga sahaja...hmmm..nI mungkin disebabkan aku berniat jahat..hanya nak bayar separuh sahaja hutang PTPTN (aku mengaku mmg berat nak bayar balik sbb bunganya tuh...haduh)

Lalu pada 2015 baru la kesedaran meningkat, sebelum pergi umrah, dalam bulan Julai aku bertekad nak langsaikan PTPTN dalam tempoh 5 tahun..aku buat potongan gaji sebanyak RM300 sebulan melebihi jumlah yang perlu dibayar dalam jadual (rm171 sahaja).. Dan start pada hari tu aku semakin bersemangat untuk menghabiskan hutang PT.. dan sangat jemu bila bulan2 menjenguk dan memeriksa baki online..dan stres.. Bila laaa nak habis..

Sampaikan 20 Disember 2017 (2 hari yang lalu), tiba2 aura nak bayar lumpsum PTPTN makin membuak2..aku xsabar dan sgt meluat tgk potongan bulan2 di slip gaji..sampaikan mimpi2 ke pejabat PTPTN.. dan aku rasa aku kena dan perlu segera bayar secara lump sum.. Congak mai congak pi..kalau dulu aku rasa rugi nak bayar hasil duit simpanan..tapi kali ni aku dah tak kisah..aku perlu setel segera..hutang perlu dibayar..barulah tenang..Strategi belanjawan kewangan akan berubah selepas ni..yang menariknya ada diskaun 20% untuk bayar keseluruhan hutang.. So agak untung dalam 2K..Kena rebut ini peluang..

Atas semangat yang semakin membara malam tadi, efeknya hari ni hasben xp kerja sebab teman aku g ambik duit kat TH dan ke opis PTPTN yang bertukar ke UTC (aku xpernah p sebab tu aku nebess).. huhu..maap la en suami..aku kalau nakkan sesuatu mmg la la tu juga la nak buat..macam xda hari lain dah..dan akhirnya Alhamdulillah..sebaik saja setelkan bayaran..rasa lapang sebelah dada (org perlis kata)..mmg rasa seroonokkk sangat, xtau nak habaq gena..huhuuu...

Anyway lepas ni..planning nak buat rumah kecik2 saja, akan tambah hutang baru ..jadinya xperlu susah payah pikir byk hutang..setelkan yg mana dulu..dalam masa yang sama, bolehlah rm300 bulan2  yang ke PTPTN akan beralih arah ke Tabung Haji pula...Alhamdulillah..aaminn..mudah mudahan segala urusan selepas ni akan lebih dipermudahkan dan diberkati...insyaAllah...

Dan sangat tak sangka sebab aku berjaya habiskan hutang sebelum target..Allah bagi hidayah untuk bayar hutang..sebab sblum ni rasa tak tergerak hati nak bayaq bagi perabih..duk tangguh2..guna kot lain..dah tu pulak berjaya mengatasi hutang belajar MARA en hasben yg akan berakhir Mei Bulan depan.. haha..5 bulan lagi nu...lambat lagi noo..en hasben ku yg sweet..aloloo..hak2..hahaha(gelak paling jahat)......

Resit terakhir kenang kenangan..GUDBYE PTPTN forever

Hampir ke penghujung 2017

salam selamat malam..

pertama kali menulis blog di kala waktu malam..dh xda kerja nak buat, en suami ondaway balik dari KL..rutin dah kali ke-15 ke sana bawak boss..hmmm..aku jugak yang boring..kelmarin melepak di rumah mak dan kak hana.. Kelmarin dulu ahad 10 Dis ke rumah Ngah kenduri cucu2nya yang comel..Mak njang pun balik hari Sabtu, sempat juga la ke umah maktam belajar membungkus lepat liat..pengalaman..Balik dari rumah ngah hantar Kak Ti ke rumah, terus ke Padang besar teman abang ambil barang untuk ke KL. Then ke Pdg Keria, ayah folow tgk tapak tanah...jumpa dengan Pak Njang Usop untuk tambun tanah..Nampak gayanya kena keluarkan kos minggu depan RM800 untuk urusan membeli dua lori tanah, 2 buah KOQ dan juga menyewa backhoe sekerat hari dgn kos RM200..HUH..Merecikk..

Semangat berkorbar2 untuk ada rumah sendiri, dah xlarat menyewa..dari 2012 dah semangat nak buat rumah, insyaallah tahun depan akan tercapai..cuti panjang ni saja aku bz melukis pelan rumah(poyo..dan bz mengalahkan arkitek)..sampai stress2 aku memikir plan dan survey kontraktor..hampir 10 pelan aku dh buat dan sentiasa berubah2..n last dah dapat plan rumah yang aku suka dan teruih hantar ke kontraktor untuk dilukis dgn lebih terperinci.. Kontraktor tu pun dah siap hantar plan tu hari ni..aku sangat excited ..walaupun ianya melebihi harga dalam bajet kami..tapi aku mmg dah berkenan dan istiqamah dgn pelan rumah idaman tu so..saiznya sajalah yang mungkin akan dikecikkan sikit..xsabar..nak duk rumah baruuu...

tapi untuk tujuan ni aku kena banyak berkorban..dah tak boleh nak bercuti kerap2 macam dulu..kalau nak stabil dari segi kewangan pun mybe 2020 nanti..takpala..korban sikit xpa..rumah tu kan keperluan..dan boleh jimat kos untuk x tinggal menyewa lagi..boleh juga aku duk di kampung lagi dekat dengan mak ayah..lagi dekat dgn skool..

Anyway tadi kak aku datang umah lepak2..dia baru sj ke klinik buat checkup..sempat la borak2 panjang..sado pulak demam..sebab semalam kot dia tdoq kat luar..dgn adik2nya osdo pun dia xmau main..makan pun xlalu..hmm...pada mak ayah aku pula, aku hadiahkan cadar..dah lama aku xbeli hadiah,,harap2 mak ayah aku suka dan tidur dengan lebih nyenyak..hehe..thermos aku juga dan sampai..nice...boleh la makan nasik panas nnt kat skool..baju pun bru siap sepasang hari ni, kak basha msg terus g ambil..

Sepanjang cuti ni..aku xbuat apa2 sangat ..byk masa untuk planning buat umah thun depan..esoknya cadang nak melawat kawan baikku asma di pdg besar..dan khamisnya akan ke penang..menyopping barang apa yang patut utk thun depan..ingat boleh bercuti ke vswiss garden damai laut..aku dapat vouvher free tapi xboleh pulak masa cuti skolah ni..penuh..nanti2 la..

Oklah untuk tahun ni banyak kenangan pahit manis..apa pun alhamdulillah kesihatan akau semakin pulih..semangat pun semakin pulih dan harapanku untuk tahun depan supaya azam dan impianku tercapai..aaminn..Azam nak bagi gemuk sikit, nak semakin sihat, semakin bertambah ahli keluarga kami, dan semakin bahagia serta bertambah iman dan taqwa..aaminn...