See The World Through My Eyes: HATYAI, Thailand

HATYAI, Thailand

16 Mei 2015... Selamat Hari Guru buat diriku sendiri..sambutan kali kelima as a teacher. Bersyukur sangat dipilih Allah S.W.T untuk menjadi seorang cikgu, memang kena dgn jiwa lah..


16 Mei tahun ni jatuh pada Hari Sabtu so majlis sambutan ditunda pada 19 Mei Selasa nanti. Tapi pada tarikh ni aku memilih untuk Ke Hatyai untuk membeli sedikit cenderahati untuk dihadiahkan kepada staf yang banyak membantu kami dalam urusan sekolah seharian...

So macam biasalah ada drama king masa awal pagi Sabtu. Aku ni jadi ke nak p HATYAI ke idokk?? nak tidur sana ke idok?? confuse..lalu dgn blur aku terus mempacking juga barang2, konon2 macam nak pergi bercuti dua tiga hari. Duit apa pun xtukar. Maka dgn kekonfiususan aku mengajak en hasben . JOM..PI HATYAI.. ermm..jam dah menunjukkan pukul 9. JOM PI LA...

Singgah di KOWAJA kangar utk buat insurans RM20. mujur uncle ada duit siam. boleh la tukar dengan beliau. tukar rm200, bawa balance duit dari krabi masih lagi berbaki 2000 baht. Cukup kot stakat p Hatyai. Sampai di sempadan jam 10.30..Setelkan semua urusan passport, dari border Padang Besaq ke pekan Hatyai hanyalah mengambil masa selama lebih kurang 45 minit sahaja. 

Destinasi pertama, singgah di Hatyai Festival Centre. Katanya baru dibuka. Dari jalan besar dah nampak shopping complex ni.. Mmg tesergam..Sesapa yg mmg hobi menyopping memang sorga la buat mereka itu. Tapi nehi for me..aku stakat windows shopping ok la. Cari sim card siam kat situ. Makan2 n window shopping..
See.. keserabaian pemakaian akibat last minute preparation..hentam jela labu
Semua menyelerakan...nyummnyumm
Destinasi seterusnya ke Nora Plaza, cari punya cari jumpa..tapi malaslah pulak nk cari parking . sesak. baru pukul 1, dh xtau nak ke mana, decide ke ICE DOME, alih2 waze bawak kami pi ROBINSON.. 3 kali pusing jumpa ROBINSON lagi..hadoii... last2 kami masuk jugaklah ROBINSON., xda apa pun yang dibeli. Tapi ada hikmah Nya..kami singgah solat di surau kecil yg kecil dan comel di Tingkat 2..Namun..Aku xpuas hati.. nk juga ke ICE DOME..terus menggoogle. waze dah memang xleh pakai..dh pandai membohong. aku tawakal je main agak2 p ke hatyai Park. katanya kat situ ada ICE DOME.. 

Actually xjauh sangat pun. cuma jalan menuju ke Hatyai Park ni menghala ke Songkhla. xberapa jauh dari Pekan Hatyai. Finally sampai jugak akak di sini yer.. Hatyai Park ni luas rupanya..macam2 ada..Cable Car pun boleh naik kat sini. tapi kmi xnaik pun...hanya nak masuk ICE DOME...dgn bayaran 300 baht sorang masuklah kami ke tempat yang sejuk ni. Untuk masuk ke ICE DOME, kami diberi pinjam jaket dan glove percuma. aku membuat tambahan dgn membeli stokin brharga 40 baht. Risau kot2 nanti kakiku kebekuan dan kekejangan..
Sampai jugak akhirnya...
Colourful gitew
Suasana di dalam ICE DOME
Penguin
Ni bukan Teletubbies...Ini Telehubby
Merasa main salji..best ooo..HAHAA
Masuk dalam tu, bolehlah tengok ukiran2 bangunan yg diperbuat daripada ais.Tapi nak dijadikan cerita, xsmpai beberapa keping gambaq kami snap, hasben xtahan sejukk...dia nak keluaq cepat. baru xsampai 15 minit. haiii la en hasben, sedangkan aku yang kurang berlemak ni pun masih boleh bertahan...ya nasibb..xsempat aku main salji sepuas-puasnya..haishh..geram i.. tp demi memikirkan keadaan kesejukan hasben yg takut memudaratkan kesihatan. aku menurut saja utk keluar sama..tapi agak kecewa. bayaq mahai, tapi masuk sat saja..hmmm...x apa laaa... 

Sebaik saja keluar, terus menuju ke FLOATING MARKET yg famous dan tarikan pelancong di HATYAI. so tujuan ke sana utk mencari kraftangan utk dijadikan cenderahati..dah dekat sangat dh, dlm 10 minit ja dah pun sampai. Orang pun xramai. Berdasarkan pembacaan aku di GOOGLE, pasar terapung ni bukanya jam 3 petang (jam Malaysia) pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.  
Tediaaa... sampai dah..cekidautt
Kita gambor dulu
Jom terjah
Mana satu ni nak pilih??
Beli jangan tak beli..memang murah makanan kat sini
Bekas aiskrim pelbagai aneka bentuk
Makan di kala hujan..
Makcik ni nak tumpang show on 
Suasana selepas hujan..
Boleh pilih mana2 bentuk bekas air yg disukai..30 BAHT
Crowded
Persembahan kebudayaan
Paling teruja ..apabila sampai terlihat banyak gerai2 jualan seperti makanan, pakaian.. tapi bukan yg aku cari, terus xsabar nak tengok bot2 yang menjual makanan. hurmm..boleh tahan, banyak juga penjual2 di sini. Perbezaan antara pasar terapung HATYAI dgn di BANGKOK Menam Chao Phraya adalah berdasarkan cara @ aktiviti si pembeli. Si pembeli klu di Bangkok turut sama naik sampan utk membeli daripada penjual yang berniaga di dalam sampan. Cuma di Hatyai, pembeli hanya melukut di tepian gantang sungai/ hanya berada di daratan saja. Para peniaga yang manis2 saja ada dalam sampan utk meniaga.. 

Makanannya..bolehla tahan.. aku menghabiskan banyak duit di sini utk mencoba macam2 makanan. Aiskrim, ayam goreng, sup daging, nasi, udang goreng tepung...bla222....last2 sampai hujan, sempat tgk momen peniaga2 pempuan yang ayu2 menjadi kelam kelibut sebab hujan. Tapi alhamdulillah , hujan sekejap saja, hujan berhenti sambung aktiviti membeli makanan lagik...waduh2.. gedempon aku klu camni hari2..
Sampai ke malam kami di sini..waduh-waduh..
Sempat lagi beli sup di saat dah nak balik dgn dialog:
(kak, kmi dh nk blik m'sia..kot la kak nk bagi buy 1 free 3)
Dlm hati beliau: HOTAK HANG
Nampak...penuh makanan di tangan beliau

Jalan2..pusing2..jumpa kedai kraftangan, membeli 15 pelapik cawan kayu, comel2 kraftangan di sini dan harga pun murah.. sempat sambar satu 'tuk tuk' untuk dibuat kenangan. So habis menyopping, jam menunjukkan pukul 7 malam. Mulalah lagi drama king. Aku ajak hasben utk terus ke Songkhla bermalam di sana, tapi hasben nak balik tidoq kt Malaysia.. Beliau bertanya .. 'Ada apa kat Songkhla tu?'.. Aku habaq la kata ada patung Duyung kt Pantai Songkhla.. Beliau terus menjawab " Nak buat pa Duyung tu, bukan boleh bawak balik pun..???!... HUH... tengok kenyataan kemaih beliau.. geram cheqq.. lalu aku akur, xpala..jom la balik Malaysia malam ni jugakk!.. hurm..baru duk berangan2.. klu la tdo kt Songkhla malam ni..esoknya boleh la pi jalan2 kat pantai, then p zoo songkhla, Chang Puak Champ..3 D Museum.. bestnyerr...dalam duk berangan2 tu...aikk?? ...alamak...dah sampai dah kt border Malaysia..anganku musnah...OK SEKIAN....

0 comments :

Post a Comment