See The World Through My Eyes: Medan-Permatang Siantar-Danau Toba, Indonesia

Medan-Permatang Siantar-Danau Toba, Indonesia


Horass... Alhamdulillah...finally dpt juga ke Danau Toba ...

Trip ke Medan 24 Nov -28 Nov menutup tirai cuti backpackers 2014. Walaupun pada mulanya susah nk mencari tarikh yg benar2 free..Sesungguhnya betapa peritnya nk menyetelkan semua benda dlm masa yg sgt singkat. Maklumlah cuti sekolah dh start on 22 Dis, byk kerja nk kena beres n juga assignment yg bertimbun.tapi sempat juga menyelit pergi bercuti..

Beli tiket dgn rm310 untuk 2 org pergi balik dr penang ke KualaNamu. seminggu sebelum pergi dh bt sikit2 research, bajet membajet..pening kepala nk buat kputusan smada nk booking supir atau pergi menerjah sahaja. Memandangkan Medan ke Danau Toba agak jauh, 5-6 jam bru nk smpi aku pikir baik ambik supir aja.. jenuh la berwhassap dgn supir2 survey bajet..antaranya Ridu, Yudi, Pak Roy supir yg slalu di suggest prkhidmatan mereka di blog2..

Akhirnya pikir memikir...aku membuat kputusan nk p terjah saja..ikut la..smpai sana bru pikir..boleh gitu? nonconformist person..perghh..then dua tiga hari sbelum berangkat, maka berhempas pulas siapkan assignmen dgn penuh gigih smpi nk muntah..wekkk..serius..pdn muka aku sapa suruh nk p brcuti sgt kan..? dh tu pulak presentation on 29 Nov, hambikk kau...act..saja ja pilih tarikh ni smpena anniversary kami on 27 Nov..kikii..sweet x...choii

Satu satunya bas ke Sg Nibong 'plusliner'
beberapa mlm tido ku xtenang..n tiba hari keberangkatan ke Penang. Dh nama pun backpackers kn of coz la nk jimat budget..ke Penang naik bas..Ayahanda menjemput jam 6.15 petang hntar ke Kangar. tepat jam 7.15 malam bas bergerak, smpat tido dlm bas..krohh..smpi di Terminal bas Sg Nibong Pnang jam 10.30 mlm.. Sempat makan2 mlm then ambil kereta sapu sorang pakcik tu dgn harga rm20 ke airport Pnang. 
Otw, pkcik yg brjanggut panjang menyediakan soalan teka teki..haishh..Beliau suruh kami meneka berapa bilangan anak dia??haha....15 org haa...btul ke x xpasti..tp dia da sorang bini ja,..oklah abaikan, yg pnting kmi slmat smpi di airport jam 11.20 malam.. jgn heran ok, flight kmi jam 7.25 pagi esok..jd spt biasa cr port tidorr..
cerita bab tdo ni mmg agk xmsuk akal.. kmi tdo d surau..seram la pulak mlm tu yg tido kt situ aku sorang ja..surau sunyi dan kdgkala dgr bunyi mcm pintu diketuk2...surau kt airport ni hujung sgt, sunyi tmbh2 dlm 2, 3 pgi mmg xleh tdo dh sbb terlalu sejukk...last2 kul 4 pgi msg hasben ajak p jalan2 kt atas..huh..gila x gila...inilah aku...kdg2 ada benda org xpnah buat aku buat..yg jadi mngsa en hasben yg trpksa mengikut rentak bini nya yg ntah hapa2...sorry dear kerna menderamu...

Sunyi dan sepi jam 2.00 pagi

Siksa jugakla nak menunggu flight.. mst ramai yg trtnya2 pasaipa la yg pi awai sangat?? jawapannya aku sorang ja yg tau..sekian..

25 Disember 2014..flight berlepas tepat jam 7.25 pagi..aku dh pening2 sbb tahan mengantuk, xsempat nk tdo dlm flight sbb hanya 45 minit dh smpai, sblum tu mcm biasalah kena mengisi sgala borang2 yang perlu..



Medan lewat sejam dari Malaysia so kami tiba di Medan jam 7.10 pagi waktu di sana. Sebaik saja keluar dr airport..maka bertimpa2lah pak2 supir mengoffer perkhidmatan teksi terus ke Danau Toba. Tapi kami buat kputusan naik bas Damri ke stesen bas Amplas Medan. Dari sana kami bercadang nak ambil bus Sejahtera terus ke Parapat. Tambang bas Damri ke Medan sorang 15 ribu rupiah dan memakan masa lebih kurang 40 minit tanpa macet sbb masih awl pagi.



Perjalanan pada mulanya agak tenang, tapi sebaik saja smpai di pekan Medan,huh..memang membingitkan telinga...bising dgn hon2 yg kerap dan berpanjangan, sakit otak, Jejak kaki ke stesen bas Amplas aku dh mula rasa agak gentar dan tak sedap hati. Ramai yg kata kwsan bas ni byk pencopet. Stesen bas Amplas ni nampak menggerunkan, kotor dan busuk..Cehh..mengutuk negara org pulokk..tapi itu la hakikatnya..tapi aku berpura2 steady dpn hasben sbb aku yg brcdg naik bas..


Terus aku brtanya pada org2 di situ " pak..bisa bertanya...bus sejahtera yang ada angin (aircond) jam berapa mau berangkat" (slang ala2 indon ciplak)...sorang mamat indon menjawab.." bis sejahtera udah berangkat bentar aja tadi.."..ohh..nasib xmenyebelahi kami, yang ada bas sejahtera yang tidak ber aircond..kmi trus msuk ke dlm bas.......keadaan bas sgt lah tidak menyelerakan..masuk ja aku dh nk muntah, kerusi yg tercabut, bau asap rokok, kotor, busuk dan ditambah dgn penjaja yg naik memaksa menjual brg..ok STOP..aku xsanggup nak menempuh perjalanan 5 jam naik bas dlm keadaan mcm ni..

Terus turun dan sorang mamat menawarkan kereta kongsi dgn bayaran 200 ribu (RM60)..oklah tu..agak selesa dgn teksi toyota kijang..tapiiii..rupa2nya kami terpaksa menunggu penumpang yg lain. Mula tu mmg gabra sgt lah bila tengok muka pak supir n kwn2 dia mmg mcm mafia..aku sgt risau kalau2 kami kena tipu, tetiba mereka minta bayaran tambahan lg 50 ribu sbb katanya petrol dh naik harga..nak tak nak kena bagi la..dalam pada tu...mcm2 doa aku baca moga kami diselamatkan. lagi terkejut tiba2 ada dua org lelaki naik dlm kereta kami dan menumpang kami, duduk di sebelah aku pulak tu..mmg nk trcabut jantung!!

rupa2nya kami stop kat satu tempat.. menunggu penumpang lain. bru kami tau rupa2nya mamat tadi tu bohong . dia cakap kereta dh ada penumpang yg cukup, tinggal nk berangkat ja..rupanya tidak,setengah jam berlalu, kami mengubah kedudukan di belakang sekali.aku mula menyembunyikan duit, risau kalau2 kami kena rompak ke..menunggu dgn penuh debar..harap2 sgt ada penumpang lain yg datang...hasben pun muka dh kecut dan tidak selesa..aku paham

Syukur alhamdulillah..hampir 40 minit mnunggu ada 3 penumpang yg nak ke permatang Siantar.2 perempuan dan seorang remaja lelaki..rupa2nya supir lain yg bawa kami ke sana, supir perempuan..legaaa..tapi mak aiiii...lajunya dia bawak, hon sana sini..tapi xpalah, aku rasa tenteram dan selamat...dan tertidur keletihan...

Celik mata..aku dengar ibu2 penumpang tu bersembang dengan supir perempuan tadi..kisah2 tentang ex hasben, status menjanda n macam2 lah luahan perasaan...Hermm..layan jelaaa..perjalanan yang panjang dengan pemandangan yg biasa, kelapa sawit di sepanjang jalan Tebing Tinggi- Permatang Siantar...hasben masih tidur, biarlah dia mungkin kepenatan.

Dan lebih kurang jam 2.00 petang, kami tiba di Permatang Siantar, si supir perempuan meminta supir yang lain untuk menghantar kami ke Parapat. Dalam mini bas tu, bestt...i make a new friend from Belanda. Her name Junam and 39 years old..Junam ni travel solo..berani dia..rupa2nya junam ni dari Yogjakarta menghadiri Conference then ambil peluang utk ke Danau Toba. ..Best borak ngn dia walaupun English aku tunggang langgang dia masih boleh paham..huhuu

Tapi Masyaallah supir lelaki yang bawak kami yg ni lagilah dahsyaaattt...bawak laju gila2 kona pun xbrek n redah lopak2..perghh...mmg nk luruh tangkai jantung, nk tercabut buah pinggang semuanya..mujurlah perjalanan dari Siantar ke Parapat hanya sejam saja..kalau tak heart attack aku..mulut pun dh berdarah gara2 terhantuk di kusyen depan..

Finally dari kejauhan dah nampak Danau Toba..destinasi yang nak sgt aku teroka dari tahun lepas.. Kini nyata aku hampir berada di situ..Memang sgt cantik, tenang..Berbaloi jugaklah menempuh perjalanan panjang yg menyiksakan semata2 utk melihat indahnya Danau Toba.

Berhenti di Parapat, di Jeti Tiga Raja, kebetulan ada feri yang baru nak berlepas. Terus naik feri dengan tambang 10 ribu seorang untuk ke Pulau Samosir. Sepanjang perjalanan, sangat menenangkan dengan pemandangan tasik yang membiru, di kelilingi danau yang indah serta udara yang cukup segar dan nyaman..hilang lelah kami..ditambah dengan alunan lagu2 Batak menceriakan perjalanan kami.

My new friend JUNAM







Perjalanan ke Pulau Samosir mengambil masa 45 minit.Sempat berposing2 ambil gambar dgn Junam.. Ada juga family dari Malaysia dan menegurku.. Sempat borak2, rupanya dari Kedah..OO..jiran rupanya..kiki..


Then, feri menurunkan kami di Carolina Cottage, tempat penginapan yang aku tempah melalui telefon dan kami akan berada di sini selama 2 malam. Kos 2 malam 280 ribu (RM84) dgn bilik Economy Beach.. Sebenarnya ada bilik yang lagi murah dgn harga 80 ribu (RM24) semalam, tapi yang tu terletak atas bukit dan kena memanjat.tak naklah ii, tak larat..


Berehat dan tidur sehinggalah jam 5.00 petang..letih ooo perjalanan yang panjang..then lepas mandi kami menyewa sepeda motor dengan bayaran 30 ribu untuk keluar cari makan. Restoran hotel ni tak sesuai untuk muslim sbb makanan yang tak halal, ada menu Pork..so meredah hujan dan jumpa rumah makan Muslim tak jauh dari hotel. Hati2 sebab di Samosir ni tak banyak makanan halal. Kena cari yang signboard tulis Muslim dan Halal..

Dengan penuh kelaparan dan kebuluran kami menikmati masakan rendang daging yang sgt sedap..mybe sbb xmakan dari semalam kejap ja dah licin. nasinya mmg sedap, wangi dan agak melekat, xmacam nasi kita..serius makan tengah2 hujan pulak tu mmg enjoylah...Selesai makan kami sempat pusing kampung meredah hujan then balik hotel rehat2 smbil menikmati view Danau Toba yg menenangkan...Tapi tulah..kami xda kamera yang canggih..dapat catch gambar yg kabur2...i really miss our DSLR..!!


Then, bila senja mula melabuhkan tirainya..kami tiada sebarang aktiviti utk dibuat..terus tidur bertemankan deruan air Tasik Toba yang memecah sunyi malam...Rasa x sabar2 nak meronda dan merempit di Samosir esok pagi..HORASS...selamat malam..







0 comments :

Post a Comment