Nahas jalanraya yang menyebabkan sesak sepanjang 13km. |
Pemandangan yang sangat menenangkan |
Ala kakak ni..curi posing ngan i yerr.. |
There comes a moment on a journey when something sweet, something irresistible and charming wells up in the traveller's being.
Pengalaman hidup
Mengembara ialah platform terbaik untuk mempelbagaikan pengalaman dan mengenal pasti tujuan hidup. Setiap tempat dan situasi akan memberi peluang untuk anda menikmati pelbagai pengalaman yang berbeza. Minat mengembara boleh dipupuk sejak kecil lagi.
Menjana ilmu
Pendidikan di luar lebih luas daripada pendidikan di dalam kelas dan ia boleh didapati melalui pengembaraan. Dengan mengembara, anda boleh meluaskan ilmu pengetahuan serta mencatat dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Anda akan menjadi semakin berkeyakinan, berani, bijak membuat keputusan dan menangani masalah.
Membentuk personaliti
Mengembara mewarnakan kehidupan anda. Bicara tentang pengembaraan kepada kawan-kawan dapat membuka mata mereka tentang anda dan dunia pengembaraan, malah anda mungkin menjadi inspirasi kepada mereka yang baru hendak keluar "melihat" dunia.
Mengayakan budaya
Pendedahan terhadap pelbagai budaya memberi impak kepada kehidupan anda. Dengan mempelajari budaya asing, anda dapat melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. Seperti manusia, setiap budaya juga berbeza. Pertukaran budaya menjadikan anda lebih peka dengan keadaan sekeliling, minda lebih terbuka, fikiran luas ketika berbicara dan petah mengungkapkan pendapat.
Belajar berdikari
Apabila mengembara, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Perlu juga diingat,kadar pergantungan anda kepada Allah juga tinggi.
Menjadi lebih bertanggungjawab
Anda bertanggungjawab menguruskan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, makan mimun, pasport dan perbelanjaan. Kesusahan dan kesulitan yang dialami menjadikan perjalanan anda lebih bermakna.
Belajar mengurus kewangan
Tiada zon selesa apabila anda keluar mengembara. Segala-galanya bergantung pada diri anda sendiri dalam mengawal keluar masuk kewangan. Pengembaraan menjadi platform terbaik untuk anda belajar mengurus kewangan
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)
“Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” (Surah al-Mulk, ayat 3)
“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)
“Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)
Nahas jalanraya yang menyebabkan sesak sepanjang 13km. |
Pemandangan yang sangat menenangkan |
Ala kakak ni..curi posing ngan i yerr.. |
0 comments :
Post a Comment