See The World Through My Eyes: Malacca i'm coming!! May 2023

Malacca i'm coming!! May 2023

 Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Entry yang pastinya panjang sepanjang perjalanan yang ku tempuh ke Melaka. Untuk orang GGA ni pastinya satu pencapaian yang begitu mengujakan. Thumbs up for myself!

Melaka. Kali terakhir ke sini 2016, otw ke kenduri Zaza di Johor. Tak sempat pusing, sbb CNY. Melaka sememangnya crowded. Tapi kali ini betul2 aim nak ke Melaka, atas sebab tujuan utama yang penting. So, preparation membooking hotel telah dibuat 7 bulan yang lalu pada bulan 10. dah start booking hotel. How time flies, sekejap saja tup2 dah tiba hari yang ditunggu2. Penantian yang begitu mendebarkan, risau akan ada halangan sebelum dan semasa nak ke sana. Tapi ALHAMDULILLAH, Allah sangat mempermudahkan urusan kami berdua dari awal perjalanan hinggalah selesai.

13 Mei 2023(Sabtu)

Setelah selesai mempacking baju pada hari Jumaat, standby for long journey start at 9 am. Makanya tanggungjawab sebagai bibik ialah meng 'check in' majikan Apom dan anak-anaknya ke Hotel Pet Shop & Spa di Kangar. Dengan bayaran total RM60 selama 5 hari 4 malam, maka berkampunglah Si Apom dengan anak2nya dalam kurungan sangkar bersama teman2 kucing bandar yang lain. Aku harap Apom dapat mengekalkan akhlak dan identiti kekampungannya, semoga beliau tak lupa jati diri bila balik nanti.

Siap sedia dh nak berlepas

Haruslah bawa kelengkapan memasak

Muka stres Si Apom kena hantar hotel
Muka stres Si Apom nk ke hotel
Masih menyusu , jd murah saja stay kat hotel

Perjalanan diteruskan pada jam 10.30 pagi, sempat singgah makan di Arau.Cuaca yang baik, berhenti di RnR Juru, Sg Perak dan transit di B&L Hotel di Tapah pada lebih kurang jam 3 petang. Atas sebab tidak mahu mengambil risiko menanggung kepenatan mengharungi perjalanan yang lama, so transit semalam kat sini sblum terus ke Melaka. Nak santai2 saja, xmau rushing nanti kot stres. Keadaan aku masa tu agak ok, cuma en hasben agak penat berulang alik mengangkut beg, periuk nasik, pressure cooker dan lain2 peralatan memasak yang lain. Petang tu kami hanya order food panda. Malam tu aku masak sup ayam menggunakan pressure cooker utk breakfast esok. Then tidur, tapi asyik terjaga2 pula xdapat lelapkan mata. Mengenangkan nasib si Apom yang jauh di mata.

View luar dari Hotel B&L Hotel di Tapah

Agak selesa, bilik sempit sikit unuk solat, ok la utk short stay

14 Mei 2023 (Ahad)

Keesokannya, aku memasak nasik dan  check out awal jam 9.00 pagi, niat nak makan di Sungai Klah, tapi belum buka lagi kedainya. Maka teruslah kami makan di Elmina. Keadaan trafik yang smooth, tidak jammed. Sempat beli Putu Bamboo World di Elmina tadi.  Memang World lah lepas merasa sikit. Mendapat habuannya lepas tu..Pening yakmat uii..Sampai di Melaka jam 2.00 petang. Meredah kesesakan lalu lintas mencari hotel.

Bilik ayaq dia tudia puas ati.besaq dan bersih

Cozy ja, dim light. walaupun tgh kota tapi sunyi sepi krik2

Check in di Jonkered Hotel betul2 terletak di Bandar Hilir Melaka. Jalanraya yang sememangnya jam, parking yang jauh, jenuh juga lah..aku berpura2 kuat dan melawan anxiety. Agak teruja sebab las mai melaka 2016, tu pun sekejap saja. Alhamdulillah keadaan hotel yang cozy, selesa sangatlah, walau terletak di kesesakan Bandar Hilir tapi bilik kami nyaman dan sunyi. Sesudah itu, mula mengorder food panda. Makan, rehat dan petangnya sempat jalan2 di sekitar hotel. Suasana yang sememangnya meriah dengan pelancong walaupun bukan musim cuti sekolah. Walaupun dalam keadaan badan xstabil, gagah juga la sebab teruja. Malamnya, cuma jalan-jalan tengok orang naik river cruise. Then, kami mengubah parking ke tempat yang lebih selamat walau hakikatnya begitu jauh dari hotel. Namun sebab aku yang memilih hotel ni, redho jelah..Malam tu makan lagi, order Wong Solo..sedap

Belakang tu ha, hotel kami..betul2 tengah kesibukan kota

Menikmati pemandangan malam River Cruise

Sejak dari hari ini, aku penggemar Wang Solo

15 Mei 2023 (Isnin)

Seawal pagi dah rasa teruja nak pusing2 area hotel. Maka dengan itu, bangunlah seawalnya walaupun aku xboleh tidur sangat. asyik terbangun bangun. Sesudah subuh, siap2, semestinya misi mencari breakfast dulu lah. Di sepanjang menuju ke parking banyaklah gambar yang sempat snap..mengambil peluang yang ada bergambar sebelum ketibaan pelancong di situ. Memang heaven seolah-olah tempat tu kamilah yang punya.

Aku terpaksa pasrah bila mana butang baju senget sebelah, style baru

xready, minta tlg uncle cleaner kat sini tlg snap

muka cengkung kurus je time nih

Redho jelah butang senget pun

Bermesra dengan kucing Melaka

Seterusnya, kami ke Dataran Pahlawan menikmati sarapan pagi dan sempatlah kami berposing-posing di sekitar Dataran Pahlawan dan seterusnya menapak  ke Kota A Famosa yang berdekatan sahaja. Suasana  yang masih hening dan sunyi. Tiada gerai jualan yang dibuka. Sekali lagi tempat ini kami yang punya.

Breakfast di sini berhampiran Dataran Pahlawan

butang baju dah betul dh

Kota A Famosa

A Famosa

Pertama kali menjejak di Kota A Famosa dan seterusnya kami balik ke hotel dan check out. Terus ke Pantai Klebang sekali lagi lunch di situ. Sunyi sahaja memandangkan hari persekolahan. Tapi pantainya yang berpasir putih gebu membuatkan aku rasa healing juga walaupun terik sesekali disusuli angin pantai yang berhembus. 

Selesai urusan check out. 

Lunch di pantai Klebang
Xda orang pun. Hari sekolah kan..

Kemudiannya kami bergerak mencari buah kelapa muda untuk tujuan perubatan. di rumah Ustaz, pertama kali menjejak kaki di sini, agak gementar. Dapat bilik yang pertama, betul2 berhadapan pintu utama rumah ustaz. Menunggu sehingga jam 3 petang untuk check in. Dan berehatlah kami dan bersedia untuk giliran pertama untuk rawatan besok hari. Petangnya kami hanya order food panda.

Sekitar Desa Qurnea Chalet

16 Mei 2023 (Selasa)

Selamat Hari Guru  buat diri sendiri. Sedih juga tahun ni tak sempat menyambut hari guru dan hari raya bersama rakan lain dalam majlis. Ada agenda yang lebih penting hari ini. Kali pertama mendapatkan rawatan dengan Ustaz. Seawal pagi, sempat keluar cari makan pagi di kedai makan berdekatan. Beralaskan nasi lemak, maka get ready jumpa Ustaz. HUh, betapa beerdebar, jantung berdegup laju kali pertama tengok Ustaz depan2. Kami dah memang ada no giliran seterusnya msuklah berubat. Alhamdulillah selesai semua, kami terus check out jam 9.30 pagi.

Tara..tercapai hasrat jumpat Ustaz

Singgah di Bandar Melaka. Membeli belah barang2 yang perlu, T shirt dan ole2 untuk family. Seterusnya kami bergerak pulang, dan aku berhasrat tak mau balik terus. Esok cuti sempena Hari Keputeraan Raja Perlis so, kami check in di Kuala Kangsar menginap di Sayong Resort. Syok juga di sini. Biliknya luas, tapi sunyi, macam kurang terurus. Petang tu mandi limau ais, malam tu tidur agak nyenyak setelah kepenatan.

17 Mei 2023 (Rabu)

Esoknya sempat healing-healing sekitar hotel. Best tenang saja. Dalam jam 11 pagi kmi check out dan bergeraklah mencari labu sayong. Banyak kedai yang ada tapi masih belum dibuka. Aku pula time tulah nak pening, so cepat2 lah beli tanpa memikirkan sangat designnya. Memang murah beli terus dikedai. kalau online lebih mahal.


Kucing ni tak puas hati sungguh dengan aku

Direbutnya buaian ni dengan aku

View yang cantik, tenang saja di sini

 Apa pun kali ni terasa sangatlah healing walaupun tak sepenuhnya bercuti. Tujuan rawatan sebenarnya. Tapi sekurang-kurangya dapat merasa seronok dan badan lebih kuat untuk perjalanan yang jauh. Sesampai di Perlis teruslah ke hotel kucing untuk mengcheck out mereka keluar. Alhamdulillah masih sihat walepatliat mereka2 itu dalam jagaan hotel. Aku pula habih satu badan letih. nak recover ni makan masa juga. Ha jomlah berehat. Esok nak ke school pula.

Apa pun alhamdulillah Allah memudahkan urusan perjalanan kami.Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. 

0 comments :

Post a Comment