See The World Through My Eyes: DI PENGHUJUNG 2023

DI PENGHUJUNG 2023

31 Disember 2023.. tinggal hanya berbaki 12 jam lagi ketika menulis ni nak menginjak ke tahun 2024.

Hari ni rasa sayu saja, mengenangkan betapa cepatnya masa2 yang berlalu tanpa disedari. Kehidupan yang semakin menua..membawa harapan yang masih belum dihajati pada tahun ini. Namun pelbagai kenangan pahit manis sepanjang 2023. Aku sangat bersyukur pada tahun ini kerana masih dilimpahi nikmat kurniaan Ilahi.

Pertamanya, masih lagi diberi nafas untuk bersama dengan orang yang disayangi suami, ibu bapa, adik beradik. Coretan dan kenangan ringkas yang manis-manis. Alhamdulillah diberi kesempatan ke Melaka dua kali mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Al Mujahiddin. Dengan izinnya banyak perubahan kesihatan yang bertambah baik. Berat dah naik sikit jd 36 kg. Dengan usaha berikhtiar dengan Ustaz Hamit Bahulu juga dengan izin Allah.

Kenangan persekolahan menaiktaraf bilik SBC dengan kehadiran pengetua baru yang banyak bagi support. Alhamdulillah dapat anugerah SBC Kreatif hasil pertolongan sokongan en hasben yang always ke sekolah menemani memaku sana dan sini..haha..untuk pertandingan catur tahun ni, dapat 3 gangsa, pencapaian terbaik sepanjang jadi guru catur. Rezeki. Tahun lepas hanya seorang dapat perak. Tahun ni juga syukur dapat attend dinner akhir tahun di Hotel Raia. Dapat dua kali cabutan bertuah, dapat periuk dan sejadah.

Paling best tahun ni, banyak gathering adik beradik, Kak Uji balik Perlis dan stay di rumah 4 hari. Buat makan2 jemput family Sham, Dik Yon. Then raya, family Pakcik rahim, Kak Long, Wan Chik, Famili Che Bak berkunjung ke rumah, abg Rizal pun beraya di sini, dapatlah main mercun malam raya. Gathering belah en hasben pun buat makan2 malam di rumah, ada Pak Njang Mak Njang, Pak Lang sefamili, Pak Ngah sefamili. Raya juga masa ni. Hujung tahun pula buat jamuan 2 AB, BBQ. memang meriah. Cumanya terpalit kesedihan juga sbb Mak Lang Olah meninggal pada 18 Feb, Kak Rohaya PPKI meninggal kemalangan. Al Fatihah untuk mereka yang dah pergi pada tahun 2023.

Kali ini, cuma mengimbau sedikit perjalanan ke Melaka kali kedua pada 9 Disember yang lalu. Perjalanan yang tak mudah, jalan jam dan hujan lebat. Pada mulanya agak keberatan, last mnute mohon CRK dari pengetua, Rabu 6 Dis dengan harapan 50-50 saja untuk lulus crk 2 hari. Pengetua luluskan dengan penuh support, lalu masih lagi termangu-mangu nak ke sana dengan memikirkan perjalanan yang jauh dengan kereta. ETS dh penuh, naik flight pun masih anxiety, kos pula mahal, buatnya panick attack masa nk naik..jenuh juga..lalu kereta juga menjadi pilihan.

Last minit packing barang, seusai en hasben balik dari Langkawi membeli beg troli baru, so br semangat nak packing. Jumaat 8 Disember masih lagi gagah ke dinner wlupun lagi sejam nk start dinner, aku baru beli baju tema hitam emas. Ni gara2 kena scam beli baju dekat FB ..mmg harrr..harrey ..dihantarnya baju ntah apa2 dengan alasan silap pihak gudang..taittt..geram dan stres, rugi duit dan masa menunggu. Tu antara kenangan pahit 2023. Tapi yang manisnya malam dinner dapat hadiah cabutan bertuah periuk sarang lebah. Dh lama xjoin dinner sekolah gara2 xsihat. Kali ni teringin pula. Maka pergilah ke Hotel Raia ditemani en suami yang setia menemani sehingga jam 12. Sungguh sayang beliau kepada isteri terchenta. Esok pula tu merangkap driver berhemah mengharungi perjalanan penuh ranjau ke Melaka.

9 Disember 2023 (Sabtu)

Perjalanan awal pagi, ke rumah mak dulu, pesan ayah bagi makan kucing. Ntah kenapa rasa sedih dan berat ati. Mula lah aku anxiety fikir mcm2. Lalu bertolak jam 9 pagi. Kesihatan pn rasa sangat tak ok.rasa pening, letih, sakit kepala sangat.Sesampainya di Alor Setar, ada lori gila picit hon dan menghimpit dari belakang. Aku dh rasa cuak, dan minta hasben aku singgah beli minyak urut di Qulusa. Dan ambil keputusan nak berpatah balik, rasa mcm petanda buruk..kononnya la..

Km berpatah balik dan singgah makan dulu. Kemudian setelah berbincang, perjalanan diteruskn juga sehinggalah tiba di Gurun. Sekali lagi aku rasa sesak nafas yang amat, rasa sangat xdaya dan memutuskan untuk berpatah balik. Aku tidur di belakang kereta. Hampir sejam kemudian, jem di Pendang, turun ikut jalan biasa. Lalu aku rasa agak ok dan berfikir berulang2. Aku cuma minta en hasben singgah di Taiping saja. Healing kat situ dah la sbb aku xsanggup nk menempuh perjalanan ke Melaka. Maka bersetujulah beliau lalu dengan penuh kesabaran drive sehinggalah lajak ke Tapah dan bermalam di sana. Booking pun last minit ja. Sampai sana dh jam 7 malam.

Menginaplah kami kali kedua di Hotel B&l, hotel yang sama semasa ke Melaka bulan Mei yang lalu. Seperti biasa aku xdapat lelapkan mata, sejuk. Memikirkan kereta Iriz buat hal pula, air dalam tank asyik mengering, rasa mcm mampu ke x nk menempuh perjalan yang jauh..aduhh..dalam hati asyik ulang-ulang baca Bismillah 5. Semoga dipermudahkan perjalanan kami. 


10 Disember 2023 (Ahad)

Pagi tu, order makan nasi lemak, lepas makan sejuk kaki ya ampunn..Then cepat2 keluar dari hotel bagi kena panas matahari..aduh..macam2 dugaan.

Meneruskan perjalanan ke Melaka, sampai di Pusat Al Mujahiddin jam 1 tengahari, agak awal. Sementara nak check in maka berpusing2 meronda di Kota Melaka.

Tapi kesihatan yang tak mengizinkan, maka tak sempatlah aku membeli apa2. Pening kepala sangat. Pulang check in jam 3 petang. Maka berehatlah kami tatkala kena berjaga malam untuk menunggu giliran esok hari. Kali ni ke Melaka dengan penuh tawakal sahaja memandangkan kami belum ada no giliran seperti kali pertama ke sini. Jadi persiapan mental diperlukan untuk berjaga malam. Kami dapat No 13 so start jam 6 petang kami bergilir menjaga nombor dan tempat duduk. Sehinggakan aku mengorder food panda jam 3.30 pagi lantaran kelaparan.

Ni rumah kayu kuning tempat menginap. RM180 semalam. Best sejuk dan nyaman

Dah start menunggu tempat dari jam 6.00 petang

11 Disember 2023 (Isnin)

Jam 6 pagi dah mandi, selesai Subuh, aku berganti dengan en hasben menunggu nombor sehinggalah jam 8 pagi pendaftaran bermula. Alhamdulillah, sihat pula aku bila sampai di sini. Best juga chalet kayu ustaz, sejuk nyaman, nyenyak juga tidur walaupun singkat. Kami berehat2 saja sementara menunggu masa rawatan pada jam 2 petang. Jam 12, check out dan km bergerak mencari makan di sekitar berdekatan saja. Rsa healing ja kt area2 tu. Tepat jam 2 menunggu Ustaz Din solat Zohor, maka bermula rawatan dalam tempoh setengah jam dah setel. Alhamdulillah. Rasa gembira dapat jumpa ustaz. Semoga ikhtiar kami dipermudahkan oleh Allah. Usaha tak pernah mengkhianati hasil. Kami teruja sebab dapat rasmi bilik rawatan yang baru saja dibuka. Masya Allah sangat cantik dekorasinya. Sempat la kami snap juga.



Kali kedua rezeki juma ustaz setelah mengharungi perjalanan yang lama dan memenatkan.


Jam 3 petang solat Zohor di Pusat Mujahidin, dan terus ke Kota Melaka nak membeli cendera hati untuk family, banyak jugalah disambar t shirt utk mak, adik, kak dan anak2 menakan. Sejam berlalu pukul 4 bertolak pulang. Di sini pengembaraan yang mencabar. Fuh!. menempuh jammed dalam hujan yang lebat selama 4 jam. Dalam hati hanya mampu berserah segalanya pada Allah Taala. Sangat mencabar, dengan cuaca yang gelap, jalan licin, kenderaan berat treler yang bersimpang siur memotong, Diulang2 baca Bismillah 5. Maka kami membuat keputusan check in di Bangi saja. Hasben dah nampak letih, mengantuk dan hilang fokus. Lalu aku mempraktikkan tepuk tangan kuat2 bagi mengelakkan beliau terlelap. Walhal aku sndiri pun letih dan ngantuk tapi tahan sajalah.

Dah macam malam, kelam, ujan yang lebat.jem sepanjang jalan menyebabkan aku rasa bertaubat nak mai naik dengan kereta. Sangatlah anxiety.

Jam hampir 8 malam barulah check in di Bangi Resort. Ambil masa juga sebab ada masalah teknikal. Dengan bayaran rm325 maka berehatlah kami di Hotel Lima Bintang for the first time of our life. Huhuu..Tak termampu rasanya melihatkan nasi goreng di hotel berharga RM45 sepinggan. Lalu hasrat terbatal dan trus mengklik order di Grab memesan makanan. Kami sempat berehat kejap tukar baju then jam 9 malam perut dh bekeroncong teruk, mau taknya..aku makan kuaci saja dalam kereta. Rasa pedih menyucuk2, terus turun untuk ambil makanan order yang diletak di luar hotel.


Urusan check in

NAH HAI.. dah lepas ambil makanan, aku tak dibenarkan masuk ke hotel oleh seorang guard warga Bangladesh. Tertanya2 aku..why and whyy.. Rupa2nya disangkakan aku penghantar makanan berikutan aku yang hanya memakai seluar slack t shirt dan tudung selepang2. So beliau dengan tegas dan komitednya melarang aku masuk untuk menghantar makanan. Disebutnya. PUT THE FOOD THERE..sambil menunjukkan sebuah meja di luar hotel.


Aku terus menyatakan. The food ...it's mineeee! Drama tu berlarutan dalam tempah dua tiga minit saja. Mujrlah dia faham akhirnya dan mengetuk2 kepalanya serta say sorry. Mujur paham noo..kalau x kepala beliau aku kekah disebabkan kelaparan yang amat sangat. Maka malam tu setelah mengisi perut, terus tidur dalam kesejukan akibat ekon yang xboleh nak adjust. Si hasben lagi awal dan kuat dengkurannya akibat kepenatan yang amat sangat.


12 Disember 2023 (Selasa)

Awal pagi, terus mandi dan tak sabar tengok view apa ya di luar. Oh, padang golf rupanya. bilik kami berhadapan padang Golf yang menghijau. Tenang saja suasananya. Jam 7 pagi kami turun breakfast. Menikmati sarapan pagi selama setengah jam, xleh lama2 sebab aku sakit perut. Berjalan-jalanlah kami melihat sekitar taman di hotel. Sungguh nyaman, tapi sayang xleh lama2 sebab dah nak gerak balik Perlis.Sempat snap beberapa gambar saja.

Swimming pool yang luas dan cantik

Nyaman dengan view cantik pagi hari

Breakfast dengan view menghijau. Best betul

Makan nasi lemak saja

Beliau dengan penuh kusyu menguyah 

Di sini berlakunya insiden di mana cubaan kami untuk seludup keluar yogurt untuk makan kat luar. Sebab aku dah start sakit perut tak boleh lama2 dalam tu. Toilet di luar. Kalau dah keluar dari situ dah tak boleh masuk balik dan makan. Rugi la nyah.. Tapi langkah kami terhenti apabila guard di situ buat roadblock dan menyuruh kami makan di situ sahaja. Dia xbagi km bawa kluar yogurt tuh. Alamak.jd utk cover malu, kami duduk dan siap add on buah makan dgn yogurt. Nah hai..


Cantik sangat view di beranda bilik kami dengan hijau padang golf.mendamaikan

tak boleh feeling lama2. dah nak kena bertolak balik. Esok kerja maa..

Best oo..

Dalam hotel ni ada Restoran Chef Wan.tapi time ni xbuka lg

dapat face to face dgn Chef Wan

Tepat jam 10 pagi kami dah gerak balik. Sempat jumpa Hawa Rizwana di RnR Sg Buloh. Then kami singgah di Sungai Klah untuk makan. Hasben ja makan sbb aku dah makan. Perjalanan diiiringi dengan hujan lebat dan agak jammed. Disusuli dengan kemalangan yang berlaku sepanjang perjalanan menyebabkan aku anxiety xhabis2. Si Iriz pula dengan tank nya yang cepat kering. Tapi Alhamdulillah memberi kerjasama yang sangat baik sehingga kami selamat sampai di Perlis jam 8 malam. Letih oiii..

Banyaknya pilihan sampai tak terpilih. Las2 aku tak makan apa pun.

Begitulah perjalanan yang tak begitu mudah kali ini, tak seperti perjalanan kali pertama dlu. Namun bersyukur diberi kelancaran. Dan keesokannya ke sekolah lah aku dalam keadaan mengantuk dan letih.HUHUU...

Anyway, semoga ikhtiar kali ini dapat membuahkan hasil dengan izin Allah S.W.T


0 comments :

Post a Comment