See The World Through My Eyes: AKHIRNYA BERJAYA NAIK FLIGHT 2024

AKHIRNYA BERJAYA NAIK FLIGHT 2024

Merujuk kepada tajuk, sungguh tertanya2 apakah kejayaan yang telah dikecapi.

Kejayaan terbesar baru sj aku capai tatkala berjaya naik flight pergi dan balik ke KL pada tanggal 23 -25 Ogos baru-baru ni. Kejayaan ini haruslah aku banggakan sbb tembok anxiety aku dh runtuh sikit demi sedikit. Ha noh ..8 tahun since 2016 xpernah naik flight akibat ketakutan.. Ntah apa yg ditakutkan aku pn xtau nk habaq.

Pada hakikatnya, keterpaksaan yang membuatkan aku tiada pilihan lain selain memilih flight utk ke KL, atas sebab menziarahi mak njang yang kena minor strok 2 bulan yg lalu. Memikirkan alternatif naik kereta Ferlari aku, mmg xsanggup. perjalanan yg lama, kereta yg mcm uzur syariee..Nehi..Nehi..

ETS pn kurang sanggup akibat sejuk melampau seolah berada di Benua Antartika gitew. Mengenangkan perjalanan 7 jam 30 minit naik ETS ke Melaka pada Mei yang lalu mmg perit. Semua anggota badan dan organ dalaman aku membeku akibat kesejukan yang melampaui batas. Oh ...Sungguh ku tak mammmpuu..menahan sejuk..ah..ah.. 

Dlaam duk pikir memikir itu, tetiba si suami memaklumkan bahawasanya beliau dh already beli tiket flight! Tanpa was2, tanpa bertanya pd isterinya yg cantik jelita rupawan ini. perghh..Opkos aku agak terkezut dan panik tetiba..n then  bermulalah episod  tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi xbasah, kentut xbau asbab memikirkan mampukah aku naik flight.. So start 4 Ogos aku dh mula berhati2 dlm pemakanan bg memastikan aku betul2 berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Hari ditunggu2 makin tiba, aku start mengkaji dan mengkaji, Kajian aku diteruskan dengan penuh tekun sehinggalah aku menemui tempat penginapan yg sesuai untuk dua mlm di KL. First aku booking apartment di Alanis Residence Kota Warisan sbb tgk review ok. Harga berpatutan RM 220 dua mlm. Tak jauh dari KLIA. Namun begitu, cancel di saat akhir akibat terperanjat bila aku mendapat tau apartmen tu di Tingkat 29. Woww..Mesti buka tingkap teruih dapat pegang awan kan? Gayat oii..Huh!..Mujurlah aku bersoal siasat dulu sblum penolakan bayaran kat akaun.

Dan pada last2 minit juga aku menempah Tune Hotel dengan harga RM573 utk dua malam. Pasrah sajalah, sbb hotel ni yg terbaik sebab terletak dekat sgt dgn KLIA 2. Boleh jalan kaki saja. Dan aku juga telah membayar deposit kereta sewa sbnyak RM100 untuk satu hari. So persiapan dh 90%.

Flight berlepas ke KL adalah pada 'tanggal dua puluh tigaaa.. bulan  lapan... dua puluh empat..'(eh termenyanyi pula) yakni jatuh pada hari Jumaat yang mulia lagi berkah. Maka dengan itu, bagi menghormati hari tersebut, beliau en suami mengambil cuti. Aku pula ke skool macam biasa. Nak diceritakan sebelum tu kesihatan aku sangatlah tak menentu, macam2 lah terjadi, lenguh sana sini, berat kepala, berat kaki, berat hati dan simptom2 yg sewaktu dengannya. Justeru aku bertawakal lah sepenuhnya pada hari tersebut.

Panjang intronya, sepanjang perjalanan ini.....lembah dan lurah kulewati..ketenangan yang kucari..belum kutemuiii.. (Zaiton Sameon masukk). 

Ok dah2.. Jam 3.15 petang tepat kami bertolak dari rumah. Sampai di airport Sultan Abdul Halim jam 4 ptg. Hujan renyai2 ketika itu. Kesejukan melanda, angin bertiup sepoi2 mencengkam urat saraf. Terus menyarung jaket dan seusai menjejak kaki di airport, perut pula terasa lapar. Dia buat dah..buat dah..Tanpa melengahkan masa, terus saja aku mengklik Food Panda, Grab mencari mkn . Tapi hasrat terbatal melihatkan caj delivery yg tinggi. Lalu aku teringat kan bekal aym kunyit yg en suami goreng pagi td. Aku terus ngap yg tu dlu. Aku agak pening pd ketika itu. Kebarangkalian untuk berpatah balik pada ketika itu sangat tinggi. Tapi berkat menjamah aym goreng kunyit air tangan en suami, aku terus jd bertenaga mcm power rangers. Teruih masuk balai menunggu.. Di situ kesejukan melanda. Hasben aku sempat membeli nasi lomak dan ngap di situ juga.


Senyum untuk mecoolkan diri sebelum berlepas


Menjamah nasi lemak daun pisang

Ambik attendance

Masa berlepas sudahpun tiba. Sekali lagi aku dh standby kelmarin, jumpa ustaz untuk menghilangkan rasa gemuruh. Akhirnya berada dalam perut kapal terbang maka berlepaslah kami ke KL pada jam 6.30 petang dengan tempoh masa 1 jam sahaja. Tapi masa nk take off aku punyala rasa bergoyang, anxiety mulalah menjengah juga. Perjalanan sejam agak tak selesa sebab bunyi enjin sangatlah kuat. Dan akhirnya sampai di KL. Huh jenuh menapak juga dlm kesejukan ekon. Tapi alhamdulillah aku agak ok dan kuat namun sangat lapar. Menunggu kereta sewa Bezza dengan sabar untuk ke Tune Hotel walaupun jaraknya tidaklah begitu jauh. 

Menunggu kereta sewa

Sesampainya di Tune Hotel

Setibanya di hotel, hujan renyai2, selesai check ini, order makanan. Semalaman tidak dapat tidur sebab sejuk ya amat. Asyik terjaga-jaga. 

Peace yow

Keesokannya bertolaklah kami ke Bangi, . Sebelum bertolak, tekezut kami, melihat harga parkingd di Tune Hotel mak aii.. betul mencekikk darah. Dan hampir seperjalanan, biasalah atas sebab kelupaan suamiku akan hadiah kain batik untuk maknjang maka kami berpatah balik ke hotel untuk mengambil kain batik dan hal ini menyebabkan kerugian  masa selama sejam. Bunga2 nak gaduh tu dh ada, tapi akhirnya kami berhenti makan di sebuah restoran. Hilanglah rasa marah aku sebab perut dah kenyang.

 Kami tiba di rumah Mak Njang di Ampang kira-kira jam 11 pagi.  Ada Ul dan Pak Njang. Ini kali ketiga ke rumah Mak Njang. First time Disember 2011, Disember 2014 (masa nak ke Sabah). Keadaan Mak Njang membuatkan hati berasa sebak, terlantar minor strok, kali akhir jumpa masa sihat dalam tiga bulan sebelum tu Maknjang balik Perlis. Sempat makan-makan di Kuala Perlis.

Bilik kecil saja tapi bersih

Noh hai mahai

En hasben n Pak Njang

Hampir sejam di situ, kami bertolak ke rumah Kak Uji di Semenyih. Kali kedua kami ke sana. Kak Uji dan anak-anak baru balik makan kenduri di rumah kejiranan. Aku pula masa tu dah letih sangat rasa xdaya. Macam nak terbaring tidur. Sedangkan hasben duk sibuk dengan bisnens kopi dengan kakaknya. Habih selesai bincang bab kopi mengopi maka pulanglah kami dengan membawa muatan berkotak-kotak kopi free sebagai buah tangan dari kakak ipaq. Kak ipaq sekarang dh tukar kerja di kilang kopi.

Sesi memilih flavour2 kopi

Sedang berangan2 nak buka bisnes kopi
Return Bezza depan Hotel

Petang tu sesampainya di hotel kami pulangkan Bezza. Malamnya kami dua2 keletihan, tak sempat nak berjalan2 pusing kedai makan dalam KLIA. Maka kami dah standby beli makan kat luar tadi. Malam ni tidur awal disebabkan kena bangun awal pukul 4 pagi dh nak check out. Flight kami pada jam 6.45 pagi. Maka hanyalah tidur-tidur ayam sebab takut terlepas flight. Semua barang dh setel kemas awal. Terpaksa berhempas pulas untuk memuatkan kotak-kotak kopi yang sangat banyak. HUH. dalam hati aku agak macam terlebih muatan dah ni. Tak lepas masa nk check in luggage nanti. 

Pagi esoknya jam 4 pagi kami dh berjalan kaki ke KLIA 2. Agak jauh la juga. Berapa kali aku berhenti sbb xbrp larat. Orang dah start ramai, Disinilah bermula kenangan, pengalaman yang xleh dilupakan. Kalau xbuat kalut memang tak sah!!

Bye-bye Tune

Start menapak

Beliau jalan laju jauh meninggalkan aku


Lek lu..makan ayam goyeng dulu

Start dengan bebai kat laki sbb jalan laju sangat, aku mengah kot. Lepas tu start dengan beg sorong terlenyek taik sapa ntah di tengah-tengah jalan. Aduh, hint awal bahawa akan berlaku sesuatu yang lebih dasyat dari itu. Maka, aku dh start lapaq, yg en husben dh xsabaq2 nak check in bagasi awal. Aku kata rilek dulu, line sangatlah panjang kena que..tu yang penerbangan lagi awal dr kami. Then duduklah aku melepak2 di kedai makan membeli ayam goreng. Dalam jam 6 kami dh start beratur check beg. Sekali sampai turn kami disuruhnya kami keluar sebab terlebih muatan. Haruslah sebab muatan kopi yang berkotak-kotak itu. Maka keputusan harus diambil segera. En hasben berdegil tak mau korbankan kopi-kopinya itu maka beliau pergilah mencari beg di kedai2 lain. Beliau juga terpaksa beratur nak membayar caj terlebih barang. Tapi kena beratur panjang. Beliau surrender sebab kaunter dah tutup sbb penerbangan dh nak berlepas.

Kantoi luggage overload

Semuanya dalam keadaan panik. Dalam 6.30 kami masih lagi punggah memunggah muatan kopi. Las2 aku dah givap dan menegaskan bahawa aku nak sedekah kopi pada pekerja bangla. Lalu pergilah aku menghadap bangla tersebut untuk memberi kotak2 kopi tersebut, namun, dalam masa yg sama, aku sempat bertanya staf kat situ bole lagi tak nak bayar caj untuk luggage. Boleh rupanya, kena ada ic. Sepantas kilat aku membayar pakai kad kredit. Kemudian beratur semula untuk check in barang. Alhamdulillah, LEPAS. Gambar xsempat snap sebab situasi panik ketika ini. Segala kudrat dikerahkan untuk memunggah, menyusun, memadatkan kopi ke dalam beg serta sewaktu dengannya.

Then, sampai ke step check body pula dh. Laki aku kena tahan lagi sebab tali pinggang dia xlepas. Aku dengan cekapnya memungut semua beg2, ic, sementara menunggu en hasben yang sibuk  membuka tali pinggangnya yang ketat. Dah 5 minit di situ, kemudian barulah lepas. Tak sempat en laki memakai semula tali pinggang, terus berlari-lari anak menuruni lif untuk ke balai pelepasan. Aku sempat melihat wajah beliau yang panik sambil memegang pinggang seluar yang hampir terlondeh. Manakala aku pula hanya mampu berdoa dalam hati agar seluar beliau memberi kerjasama yang sebaiknya agar tidak berlaku adegan separuh bogel mengejar flight di KLIA.

Namun, aku pula yang cuak apabila selesai menuruni lif, alangkah terperanjatnya, balai berlpas ke Kedah jauh.. Naya Pak Karim. Aku dah rasa memang sangat tak sempat sebab nak jalan kaki kot. Haruslah semput. Jauh beb makan masa, Jam menunjukkan jam 6.32 pagi. Ala2 cerita filem berlari-lari anak , manakala en hasben berlari2 dengan keadaan seluar londeh yang agak terkawal. Klau terlepas flight nayalah kami berdua. 

Dalam keadaan kelam kabut tu, datanglah pertolongan Allah S.W.T dengan menghadirkan buggy yang dipandu oleh seorang adik. Aku tanpa segan silu menahannya dan meminta adik tersebut memandu buggy pada kelajuan tahap maksimum formula 1. Maka dia pun kepanikan mendengar cerita kami yang hampir ketinggalan flight.  Then sampai di balai pelepasan, sekali lagi urusan pemeriksaan IC, aku lepas dengan jayanya, en hasben sekali lagi ditahan atas kegagalan beliau menunjukkan IC.

Alamak, beliau memberitahu staf bahawa dia tertinggal ic dalam box di pemeriksaan kastam. Dengan muka kecewa, panik dan pucat aku sedih melihat beliau pastinya akan ketinggalan flight. PASTI. sebab berbaki hanya 6 minit, memang mustahil untuk berpatah balik ambil IC. Sangat mustahil. Masa sangat suntuk!.Aku merasa sedih sebab terpaksa meninggalkan laki sendiri di airport, hanya balik keseorangan ke Kedah. Mungkin beliau akan naik bas nanti. Riak muka hasben sangatlah jelas kesedihan  dengan keadaan seluar londeh beliau sehinggalah aku rasa tidak sampai hati meninggalkan beliau sendirian di perantauan.

Dari kejauhan aku memerhatikan beliau dan TARAA..!!. Aku berpatah balik dan menunjukkan ic en hasben kepada staf tersebut. Actually aku dah siap kutip semua barangan beliau dalam box masa beliau ditahan td. Lalu muncul wajah ceria beliau. SEbenarnya aku sengaja nak menyedarkan beliau bahawa jangan mementingkan KOPI-KOPI yang akhirnya membawa susah kepada beliau..

Then, sebaiksaja kami selamat masuk, flight terus bergerak awal 3 minit. Kami menghela nafas lega. Pengalaman yang manis + pahit+ lucu yang kelak dikenang nanti. HAHA.. Alhamdulillah masa tu anxiety aku xda langsung, dipermudahkan urusan.


Berdoa dalam hati semoga seluar beliau ok2 saja

Aku dah start aim buggy kat bawah

Kami paling last..tunggu...

Dari kejauhan aku sengaja memerhatikan kepanikan beliau akibat tertinggal ic

Haha aku yang lagi maju ke depan meninggalkan beliau

Sempat naik jugakk

Beliau yang keletihan cuba merehatkan hormon adrenalin dan hormon kortisol yang mencanak naik tadi akibat kepanikan melampau

Manakala aku haruslah mengisi perut dahulu

Dalam flight melihat kepulan-kepulan awan pagi yang baru naik cukup menenangkan suasana ribut dalam hati tadi. Touch down kira-kira jam 7.45 pagi. Selamat semuanya dan pengalaman ini menguatkan aku untuk memecah tembok anxiety seterusnya. Berkira-kira dan teringin pula ke Sarawak menghabiskan negeri terakhir yang belum pernah aku kunjungi. Semoga keinginan ini tercapai hendaknya. Walaupun sebaik saja touch down kat Loqstaq , kepala pula start pening. Xsempat bergambor dgn kapal tubang (slang mateen).


Melihat hijau ini hatiku girang

Manakala situasi sebelum sesampainya di rumah, singgah di Kerpan membeli barang basah. Komitmen betul en suami menyediakan bahan basah selama seminggu. Tiba di rumah haruslah en suami mencuba kopi-kopinya itu. Sedap katanya. Berbaloilah kan gaara-gara kopi ni hampir terlepas flight


Kopi free

Anyway, adalah pengalaman manis dan sepahit kopi di atas. Mujurlah sempat juga naik flight bersama sang isteri tercinta, kalau tak, terpaksalah beliau pulang menaiki bas ditemani kopi-kopinya.


0 comments :

Post a Comment