See The World Through My Eyes: Pulau Samosir-Tomok-Ambarita, Indonesia

Pulau Samosir-Tomok-Ambarita, Indonesia

Day 2: 25 Nov 2014

'Tralala...tralala...Tralalaaaa'..AISEH...terngiang2 lagu Batak yang aku dengar kelmarin..best la pulok..seawal jam 5 pagi aku dh bangun dan berkemas untuk jalan2 sekitar hotel. Nyaman jer...ambil gambar, tapi mengecewakan bila balik Msia tengok semula gambar alamak memang kabur sangat.silap setting kot..ermm..menci laaa..xnak upload sini

Anyway, jam 7.00 pagi di sana kami bersiap2 untuk ke Tomok dan Ambarita. mengikut peta tu sangat mudah, hanya 5 km sahaja dari tempat menginap. Kami menyewa speda moto aja dengan ongkosnya 85 ribu rupiah untuk 8 jam. Maka dengan itu, berbekalkan dua topi kaledar merah putih dan bensin (petrol) full tank maka bermulalah pengembaraan yg penuh kesesatan.
Here we GO..!!


See..kat sini view sangat cantik tapi setting kamera menyebabkan gambar kabur
DISSAPPOINTING



Sempat singgah untuk tukar duit. Perjalanan diteruskan ke Tomok..bertanyakan arah pada beberapa orang penduduk Batak di situ. Di Samosir ni hanya ada kaum Batak Toba.


Ermm..melucukan bila pusing2,,aikk camno boleh sampai ke hotel kami pulak. ??Pusing lagi mencari jalan ke Tomok. Di sepanjang perjalanan dapat lihat banyak gereja2, semua Batak sini beragama Kristian. N banyak anjing2 berkeliaran sana sini tapi ok ja sebab anjing ni xligan orang...Jalan di Samosir ni banyak lopak..sakit pinggang jugaklah naik motor dengan penuh kelopakan. Tapi pemandangannya mengasyikkan..sempat jugak rakam video..udara pun cukup sejukk gitu..


Sampai di persimpangan dilema. ke kanan Ambarita, ke kanan ke Tomok.mana harus pergi dulu?? hasben decide ke Tomok.

Sampai di Tomok, alamak kedai pun xbuka lagi..terus sampai naik ke Lontung, makin naik ke bukit, kami dah rasa cam kesesatan lalu berpatah balik. kt Lontung byk ada sangkar khinzir..kami buat keputusan nak ke Ambarita pulok..merempit ke Ambarita untuk ke Huta Siallagan Kerusi Batu. Jauh perjalanan..besttnyerr..tapi kat mana kerusi batu itu??? dah sampai ke mana hala kami pergi, rasa cam dah jauh sangat nih.terus turun motor dan tanya sorang makcik tu.Left ..she say left..yg tu ja aku paham yang lain xpaham dia cakap Batak. Aku angguk2 tanda buat2 paham. Kami berpatah balik dan bertanyakan orang lain pulak..di sini aku dapat melihat ketensyenan muka hasben yang mybe dah xlarat nak press moto sana sini. Aku cuma diam bg ekspresi muka mengharap janganla 'give up'. As a good husband mmg beliau x pernah spoil kan keinginanku stakat ni..


Dan akhirnya kami sampai jugakk..xda orang.kami ja. dgn bayaran masuk 6 ribu rupiah dan 50 ribu rupiah untuk upah guide. Actually x wajib ambik guide pun xpe, tp disebabkan en hasben menunjukkan tahap minat yang sgt mendalam untuk mengkaji suku-suku Batak, so kena la ambil guide untuk cerita apa yang patut.

See..minat yg begitu mendalam En Hasben
Cerr tengok skill memancung yang beliau buat.


Selesai sesi mengenal sejarah Batak kami perlu mengikut satu lorong keluar yang wajib melalui kedai2 yg menjual byk barangan. Adakalanya ada penjual yang bertindak agresif dengan menarik tangan masuk ke kedai mereka. Tapi biasalah tu, aku cuma wat derk je. Di luar pun masih ada kedai yang baru buka. Ada sorang makcik ni sangat beria-ria nak 'pecah telur'. Apa yang aku paham istilah pecah telur tu adalah harga buka kedai. Maklumlah kami pelanggan terawal yang datang, harga pun di kasi agak murah. Tapi sebenarnya harga barangan di Ambarita lebih mahal berbanding di Tomok. T shirt yang sama pattern yang aku beli di Ambarita berharga 50 ribu tapi di Tomok hanyalah 30 ribu. Tapi xpalah aku anggap sedekah sebab kesian tgk makcik-makcik kat sini. Malah ada yang masih beria-ria menjual keychain masa kami dh start moto nak balik.. Very touching.. 

Perjalanan diteruskan ke Tomok meredah hujan yang mulai turun. Di Tomok lebih banyak kedai dan juga terdapat banyak pilihan. Rambang mata jugaklah tengok semua barang handmake yang cantik2..Rasa macam kat Tangkuban Parahu barang2nya. Kat sini hasben membeli beberapa buah rumah Batak, tu sebab terkena badi rumah Batak Toba di Ambarita tadi ..tu yang dibelinya rumah Batak..Aku pulak cuma membeli beg sahaja.wang pun dh di habiskan banyak di Ambarita tadi.


Selesai menyopping, misi seterusnya adalah mencari kedai makan muslim. Akhirnya jumpa sebuah rumah makan tidak jauh dari penginapan kami jugak. Apa yang diberitahu tuan kedai, cuma ada tiga buah kedai makan muslim sahaja di Pulau Samosir ni. memang tak banyak.

Yess..menu lunch kami adalah gulai kambing, ayam goreng, masak lemak ubi rebus dan sambal. Huh..sambalnya memang marvellous .kena sgt dengan selera tekak so memang sangat bertambah2 selera makan di Samosir ni. Sepanjang makan, ada jer penemannya, di Malaysia, di Indonesia pun ada..who??

Sambal yang memang terbaiklahh
Ni la peneman setia.dari awal hingga sesudah makan, duduk je tepi i


Then, setelah kekenyangan terus pulang ke hotel untuk beristirehat. Tapi secara jujurnya aku masih belum kenyang, ntah lapo semacam je, teringin nak makan lagi. Tapi xpa kita tido dulu, petang nanti makan lagi..hahahaaa

Di petang hari, xda sebarang aktiviti..mula terpikir alangkah baiknya ke Panguruan.Tapi Panguruan itu jauh 39km dari hotel. Enggak apa2 bisa di sini aja menikmati angin petang.Just pusing2 sekitar hotel kemudian g makan di kedai muslim berdekatan. Cuma jalan kaki di tengah hujan renyai. Ha kali ni i minta nasi tambah, sebab last dah makan kat Pulau Samosir ni.esok udah mau berangkat. Makan sepuas-puasnya...


Menghirup udara segar
Jap2..nak betulkan tudung!!

Banyak depa tangkap lobster
Tedia..ni la seluar shopping kat Tomok tadi..Colourful giteww


Melayan blues Toba

So..habis sudah dua hari di Samosir, awal pagi esok akan Berastagi pula. Apa-apa pun memang sweet sangat stay kat sini. Very peaceful n relaxing...Ok.misi malam ni adalah mempacking barang n kira bajett!! dah dekat sejuta aku melabur di sini..esok nak melabur di Medan pulak..kira punya kira enggak punya wang yang banyaakk..harus di mana mau berangkat pulang ya..?? Esok aja kita pikirin...'habang birrit birrit....tralalalaaa..tralalaaaa..'aku mau nyanyi lagu batak dulu..Memang layan lagu ni..BESTT..Hangpa try dengar HABANG BIRRIT-BIRRIT.......sampai termimpi2, sah terkena badi kt Huta Siallagan tadi.

0 comments :

Post a Comment